RMK 11 Bakal Menghubungkan Bandar Penawar Dan Kota Tinggi.


Oleh rmf

Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid

Penduduk Kota Tinggi akan menerima tempias projek pembangunan di Pengerang sekiranya cadangan bagi pembinaan jalan empat lorong daripada Bandar Penawar ke Kampung Makam dapat direalisasikan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, ia tidak mustahil jika waktu perjalanan daripada kawasan tersebut dapat disingkatkan daripada 90 minit kepada 45 minit.

Menurutnya, beliau yakin penjimatan waktu perjalanan untuk ke Pengerang bakal memberi impak besar buat penduduk di Kota Tinggi.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid bersama pejabat daerah telah memohon kepada  Kerajaan Pusat untuk membina  jalan empat lorong bermula dari  Simpang tol Bandar Penawar hingga ke  Kampung Makam selain melebarkan  jalan sedia ada ke Kota Tinggi.

Melalui Rancangan Malaysia ke 11, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid amat berharap  agar  rakyat Kota Tinggi akan bersama sama mendapat manfaat pembangunan infrastruktur yang dirancang.

Kehadiran Menteri  di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong ke Kota Tinggi akan dapat melihat keperluan infrastruktur yang  dirancang serta kepentingannya  untuk menghubungkan diantara dua Bandar serta  dimanfaarkan bersama oleh  penduduk Mersing dan Tenggara.

Pada dasarnya rancangan infrastruktur tersebut telah mendapat sokongan penuh oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mana  berpendapat dengan infrastruktur yang terancang akan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat di Kota tinggi dan kawasan Bandar disekitarnya

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s