MCA Setuju Pusat Sehenti  Telekomunikasi Digital Melayu Di Banguanan MARA Tetapi Bukan Nama “Low Yat 2”


Oleh rmf

Wee-Ka-Siong-MCA-UMNO

Isu Low Yat telah membuka banyak pihak dimana ianya telah  mengundang satu insiden yang cukup drastik sehingga melibatkan  pihak berkuasa keselamatan. Isu yang mencerminkan banyak situasi yang nagetif dikalangan pembeli.

Kisah Low Yat telah melibatkan banyak pihak dan  disini kita melihat bahawa perpaduan akan menjadi rapuh jika tidak diolah dengan toleransi  diantara kaum. Tetapi dengan kebjikasanaan kepimpinan semua itu dapat diatasi dengan begitu baik sekali.

Dalam hal yang sedemikian idea untuk menubuhkan satu lagi pusat sehenti perniagaan yang mana  mengumpulkan peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan dalam bidan komunikasi. Cadangan ini telah diutarakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; YB Datuk Seri Ismail Yaakob.

Cadangan untuk menubuhkan Low Yat 2  merupakan cadangan yang cukup baik dan telah merndapat sokongan MCA dalam usaha mempertingkatkan dan menaik taraf keusahawanan peniaga melayu.

Namun MCA berpendapat , menggunakan nama Low Yat 2 tersebut adalah tidak sesuai , ini adalah kerana  nama tersebut adalah menggunakan nama premis perniagaan yang sedia ada.

“MCA menyokong penuh peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) membantu meningkatkan taraf keusahawanan perniagaan Bumiputera,” begitu kata YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas melancarkan program untuk pengusaha kecil dan sederhana (SME) anjuran Sekratariat Kemajuan Usahawan Malaysia pada 13hb Ogos lalu.

Walaupun demikian, Dr. Wee tidak bersetuju penggunaan nama diubah sebegitu rupa “Low Yat 2” memandangkan ia adalah sinonim nama seorang ahli perniagaan dan pemilik premis sediada.

“Saya telahpun menyatakan sokongan tidak berbelah bagi usaha MARA dalam mempertingkatkan usahawan Bumiputera. Namun mengguna nama itu di premis baru hanya untuk peniaga Melayu adalah tidak sesuai.” tambah Wee apabila mengulas cadangan yang dibuat Ismail Sabri yang berkemungkinan “diambil luar konteks” oleh sebuah portal berita.

“Keadaan terbaik adalah – tidak memprofilkan mana-mana kaum untuk berniaga dalam usaha menarik pelanggan. Andai saya seorang tukang jahit dan 90% daripada pelanggan saya adalah Melayu, saya pasti akan membuka kedai di kawasan majoritinya adalah Melayu. Anda tidak boleh memaksa pelanggan untuk datang mengunjungi kedai anda.” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Wee menggesa SME tempatan perlu bersedia menghadapi saingan dengan pelaksanaan Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) pada 1hb Jan, 2016.

Dengan perlaksanaan AEC, tiada lagi sekatan di dalam pasaran terbuka di antara 10 negara ASEAN.

“Golongan SME perlu mengambil peluang di dalam pasaran yang lebih luas dengan kependudukan seramai 650 juta orang. Anda tiada pilihan tetapi perlu menghadapi persaingan di dalam pasaran yang luas itu. Jika lambat dan leka, peluang akan terlepas dari genggaman.” tegas Datuk Wee.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s