Bukan Sekadar Berpolitik – Jangan Menjadi Melayu Bangsat Selepas PRU14


Oleh rmf

images362

Jika kita menceritakan zaman perjuangan generasi terdahulu, kita merasakan ada semangat yang terbuar dalam darah kita untuk meneliti  semangat yang dilenturkan didalam jiwa mereka, semangat yang tak pernah padam dengan kecintaan mereka pada Allah, Agama, Bangsa dan Negara

Mereka sanggup mengorbankan segala yang mereka ada  untuk semua itu- Kita sekarang hanya mampu mendengar sahaja coretan likaran sejarah yang terbuku didalam pemikiran  dan jauh didalam benak hati mereka.

Dengan darah dan air mata mereka menerjah jauh didalam perjuangan untuk memastikan sisa-sisa perjuangan mereka dikecapi oleh generasi masa akan datang, mereka korbankan jiwa, harta dan nyawa untuk negra mereka. Ini lah sumbangan yang tiada nilainya  kepada negara.

Kini rentetan sejarah itu kian dilupakan, generasi alaf baru  tidak mahu mendengar coretan dongeng yang memualkan fikiran mereka, mereka beranggapan semua itu adalah cerita semangat yang direka untuk penceritaan penglipurlara  sahaja.

Akibat  daripada pandangan dan anggapan tersebut maka lahir lah satu generasi yang radikal didalam medan kehidupan didalam negara ini. Mereka yang diberikan satu gelaran iaitu Generasi Baru-

Generasi ini lebih memperlihatkan sikap yang aggresif dalam kebanyakan perkara, mereka melakukan apa yang  dianggap logik dan mudah terpengaruh dengan gejala gejala yang cukup remeh dan diperbesarkan menjadi satu isu yang cukup kritikal.

Berinteraksi dengan golongan belia, pemuda dan remaja hari ini, saya dapati mindset dan model pemikiran mereka masih lagi mewarisi polar generasi sebelum mereka yang banyak dicorakkan oleh sistem penjajah yang baru meninggalkan negara.

Ia masih lagi teguh berorientasikan kekayaan kebendaan, kepuasan nafsu, hiburan & pelampauan batas, individualistik dan pengabaian tanggungjawab sosial, dipenuhi kepalsuan bid’ah &  khurafat, penolakan & pengendahan agama kecuali yang berunsur keraian & ritual mudah, dan rujukan serta sokongan mutlak kepada Yahudi & Kristian yang berpura2 betul.

Pada generasi muda, semua ini seolah2 satu belenggu yang mengikat & menarik mereka ke arahnya, walaupun masih di peringkat angan-angan tapi ia telah menjadi satu-satunya jalan & matlamat yang ingin dituju.

Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Dan Sekarang Melayu dijajah lagi , dijajah mindanya , lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Masih tidak sedar lagi.

Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.

Bahkan, persaingan hebat yang digambarkan dikalangan belia secara diam-diam telah menyebabkan belia terjebak dalam kegagalan meng-agendakan masa depan mereka. Pemuda hari ini ramai terperangkap dengan perasaan tidak sabar dalam menuju cita-cita dunia mereka.

Akibatnya, halangan-halangan kecil sudah dianggap kegagalan, lalu berpalinglah mereka dari cita-cita asal, dan berputar-putarlah kehidupan mereka dalam trial & error dan sibuklah mereka di sana.

Ada juga belia yang sanggup meninggalkan nilai-nilai asas insani (eg. kekeluargaan, moral, rezeki halal dari sumber halal) dalam menjamin financial security-nya.

Semua gejala ini berlingkar-lingkar dalam pemuda-pemudi Muslim Malaysia, termasuk golongan terpelajar, walaupun ia dilihat sebagai kompetitif.

Oleh itu saya berani katakan bahawa ini lah generasi yang mana pemikiran mereka sentiasa dijajah dengan panorama kehidupan yang mereka lalui sekarang, mereka mengikuti apa juga agenda yang di hamparkan dihadapan mereka tanpa membuat penilaian dan percaturan  dan kesannya pada negara pada masa akan datang.

Golongan ini telah membentuk satu struktur dominasi yang cukup berpengaruh didalam negara ini.Tetapi pernahkah mereka terfikir bagaimana rasanya bila  tiada satupun hak hak kepentingan Melayu yang tinggal apabila  bukan Melayu yang memerintah negara ini.

Konsep kesamarataan dan merit akan digunapakai bagi  menidakkan hak hak tersebut. Sistem koata yang selama ini digunakan oleh kerajaan untuk bangsa Melayu dihapuskan dan banyak lagi.. sehingga pada satu ketika apa yang berlaku di Pulau Pinang akan  direalisaikan keseluruh negara.

Penjajahan alaf baru kini telah dimulakan oleh Yahudi sejak beberapa  ratus tahun dahulu, menreka menggunakan konsep 5 F yang mana kebanyakannya telah meragut nilai nilai murni didalam diri  golongan muda ini.

Golongan yang lemah ini telah di kuasai dengan agenda agenda yang tersembunyi dengan menjanjikan apa yang dinamakan  kemuliaan perjuangan. Mereka tidak sedar disebalik kemuliaan perjuangan yang dihidangkan kepada mereka  akan menjadikan negara ini tidak stabil dan kekurangan barisan kepimpinan yang berani melakukan perubahan.

Oleh yang demikian  sebagai usaha untuk membina semula  harapan negara ini,  Pada pandangan saya, dalam mengajak kepada anjakan paradigma, yang terutama yang perlu dipupuk adalah kesedaran matlamat hidupnya atau ultimate goal.

Sebagaimana nasihat Steven Covey agar kita “begin with the end (goal) in mind” untuk setiap kerja, saya juga berpendapat bahawa perubahan pemikiran perlu bermula dengan orientasi halatuju yang betul.

Matlamat hidup kita perlu diluruskan sebagaimana kehendak Allah [51:56, 2:30], bukan kehendak Al-Hawa. Inilah tunjang perubahan.

Yang kedua barulah memperbaiki mentaliti standard kerja yang mesti progresif, improving, sistematik dan efficient. Sebenarnya, keutamaan pertama (matlamat hidup) ini masih tidak jelas dikalangan masyarakat terutama belia.

Dengan sebab mengabaikan keutamaan pertama ini, anjakan paradigma dikalangan belia kita masih tidak sempurna, bahkan hasilnya amat bertentangan dengan apa yang diharapkan.Akhirnya mereka hanya memikirkan apa yang salah dan tidak berfikir apakah akibat tindakan terhadap bangsa dan negara.

Kepuasan menyertai sesuatu  gerombolan dan acapkali menyuarakan pendapat yang samar , natijahnya mereka adalah dikalangan bangsa yang gagal memperjuangkan hak hak mutlak bansa mereka, Malah bersekongkol dengan musuh yang menjatuhkan bangsa mereka sendiri.

Pembentukan roh-roh perjuangan untuk mengemudikan jasad kearah pembentukan landasan yang diacukan oleh negara adalah perlu dan mesti dilaksanakan. Kita boleh melihatt sekarang bagaimana agenda agenda yang dibuat untuk menjajah semula  negara ini melalui golongan hambar atau golongan yang tiada ilmu ini digunakan sepenuhnya oleh  kuasa barat-

Mereka disulami dengan nilai yang cukup murah untuk mengadaikan negara ini pada orang lain, disebabkan beberapa perkara yang  boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Akan tetapai oleh kerana mereka telah diasuh dengan corak radikal, rundingan bagi mereka adalah pelengkap kepada prosedur bukan jalan terbaik bagi mereka.

Penyataan saya diatas boleh kita lihat bagaimana BERSIH1 hingga BERSIH 4 dilaksanakan dengan menggunakan banyak generasi muda sebagai perlaksana  agenda. Dari bangsa apakah mereka itu, tidak lain dan tidak bukan ialah dari bangsa Melayu.

Terus terang saya katakan bahawa bangsa melayu ini adalah satu bangsa yang tidak sabar, dan  sanggup serta merelakan diri mereka menjadi hamba kepada bangsa lain asalkan mereka akan mendapat sedikit imbuhan dari apa yang mereka lakukan-

Mereka tidak memimikirkan bagaimana untuk mendaulatkan bangsa mereka malahan ada juga telah membuang bangsa akibat termakan hasutan. Apakah bangsa ini?

Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, Melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan komunis.

Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99 peratus Islam?

Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai kapitan Cina, pekerja estet, penduduk kampung pedalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi daripada pemerintah Republik Indonesia.

Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita kerana apa yang “Maluyu” ambil berat hanya pada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.

Seharusnya Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina.Mereka kaum cina  berdiri teguh membina institusi warisan mereka agar tidak tercalar dalam apa keadaan sekali pun.

Tidak seperti bangsa Melayu, mereka sendiri membuang segalanya yang berkaitan dengan warisan mereka. Mereka sendiri tidak memelihara apa yang diwarisi sebagai budaya bangsa, Jadi  apa lagi dengan bahasa , adat resam dan lain lainnya lagi.

Kehilangan identity ini sudah cukup membangsatkan bangsa Melayu itu sendiri. Ini baru sedikit contoh yang diambil. Aakah akan terjadi jika bukan Melayu yang  memerintah nanti. Sedangkan pada masa ini pelbagai usaha untuk menghilangkan identity tersebut dan menjadikan Melayu sendiri tiada hak dan sejarah.

Pelbagai pihak mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat (dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu,

Mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan “Ah, tak pe,” “Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan,” “Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah.”

Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku sekarang, demi masa depan anak keturunan mereka? Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun!

Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka?

Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut dan Parti Koumintang. Yang ada adalah parti politik UMNO, Pas dan PKR.

Jadi jika ini berterusan maka, dengan yakin saya berani menyatakan bahawa tanah ini, bangsa ini, warisan ini akan berakhir pada 2018 nanti-

Percaya lah bahawa melayu sekarang ini hanya tinggal pada nama sahaja bukan gahnya pada warisan dan semangat perjuangan yang  disemai oleh masyarakat dulu kepada anak anak nya, mereka diulit dengan kemewahan tanpa rasa bersyukur.

Jika kita melakukan pengiraan tahun penjajahan pada tahun 1511 maka pada tahun 2011 genap lah putaran penjajahan akan berlaku semula, ini dikuatkan dengan apa yang dipanggil penjajahan alaf baru yang mana menggunakan bangsa itu sendiri untuk meyerahkan negaranya pada orang lain.

Melalui sistem demokrasi yang dicanangkan  akan berlakunya penjajahan negara ini pada tahun 2013. Lengkaplah sudah agenda tersembunyi barat untuk menggunakan  semua strategi yang  mereka cipta untuk melakukan penaklukan  tanpa membunuh bangsa itu sendiri.

Tiada lagi sesalan tiada lagi airmata untuk ditangisi, relakan sahaja  kerana itu sudah menjadi sifat dan sikap Melayu , mereka akan meyesal apabila  sesuatu perkara  telah  berlaku keatas diri mereka.

Dan bagi generasi akan datang  penantian 500 tahun akan datang mungkinkah akan membuahkan hasil- Atau Melayu akan hidup merempat diatas tanah ibundanya dan menjadi hamba abdi yang paling hina untuk satu bangsa yang dulunya gah dipersada dunia.

Berfikir sebelum melakukan, bertindak dengan berilmu adalah senjata orang yang bijak. Lihat lah bagaimana perjuangan Moro yang telah bermula 1578 sehingga hari ini untuk mendapatkan semula tanahair mereka..Pemerhatian itu satu pembelajaran.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Bukan Sekadar Berpolitik – Jangan Menjadi Melayu Bangsat Selepas PRU14

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s