Peringatan saya kepada Pemuda UMNO tahun 2008-Ke mana pula hala tuju Pemuda UMNO.


Oleh rmf

Berikut adalah tulisan yang saya blogkan pada tahun 2008 untuk mengingati kepimpinan pemuda UMNO yang semakin lesu dan kesannya yang kita (UMNO) hadapi pada PRU akan datang.

Peringatan ini hanya sebagai tuliasan kajian yang mana  melihat secara terus kehadapan kesan dari kelemahan kepimpinana Pemuda.

Ke mana arah Pemuda akan dibawa oleh kepimpinan akan datang? Apakah Pemuda akan kembali ke era radikal seperti di zaman datuk Harun Idris atau Jaafar Albar, atau Pemuda di zaman Suhaimi Kamaruddin yang dikatakan agak kurang bermaya atau Ketua Pemuda akan datang akan membawa pemuda ke zaman yang lebih pragmatik ketika diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dan di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Tun Dr Ismail pernah mengingatkan pimpinan Pemuda ketika merasmikan Perhimpunan Pemuda 1972, yang mengingatkan pemimpin Pemuda supaya tidak menjadikan Pemuda sebagai pressure group secara terbuka kerana ia boleh dieksplostasi oleh parti-parti pembangkang.

Mustahak kita membezakan soal-soal prinsip dari soal-soal detail. Soal-soal detail tidak harus diperbahaskan di khalayak ramai dan cara-cara bertindak patut mengikut saluran parti. Tun Dr Ismail juga meminta Pemuda sentiasa bersikap action oriented dan bukannya publicity oriented.

Apa yang Tun Dr Ismail tekankan di sini ialah Pemuda harus selari dengan kepimpinan parti tetapi tidaklah sampai menjadi ’pak turut’ sahaja seperti sekarang ini. Walaupun salah, mereka tetap “angguk” tanpa ingin mengelengkan  sedikit kepala demi pangkat dan periuk nasi.

Pemuda dilabel seperti lembu dicucuk hidung kerana tidak berani menentang penyelewengan di kalangan pembangkang,  pemimpin parti, membongkar salah laku pembangkang.

Pada masa ini Pemuda lebih menumpukan kepada nilai projek melalui jawatan yang disandang, bergaya dan tidak mahu mengambil risiko dalam isu politik terutama  yang melibatkan pembongkaran skandal pembangkang.

Setiap fitnah pembangkang dibiarkan begitu sahaja. tindakan ini , akan mengukuhkan kepercayaan umum bahawa Pemuda UMNO hari ini tidak lebih dari Pak Turut iaitu hanya bersuara menyokong kenyataan pemimpin dan menjaga kepentingan.

Mereka ini akan kelihatan berani bila berhadapan isu yang merobek kepentingan mereka. Disini kita akan melihat bagaimana lantangnya bersuara. Malah ada yang berani menentang kepimpinan secara senyap dan terancang.

Jika ini berlaku masa akan datang kekuatan UMNO akan terganggu gugat oleh barisan yang dikatakan kumpulan pendesak dalam UMNO. Semangat untuk mempertahankan UMNO sudah tiada lagi. Apakah akan berlaku pada PRU13 akan datang adakah kita mendapat 2/3 majoriti undi?

Anda berhak memikirkan dengan melihat tingkah laku pemuda sekarang.? Lihat dan buat kajian .PRU 13 hanya beberapa tahun lagi. Tepuk dada tanya  adakah pemuda yang akan membumuh UMNO dalam senyap?

Kita semua ada peranan masing-masing. Malah Pakatan Rakyat juga ada peranan mereka sendiri kerana mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus memenangi hati rakyat, tidak mustahil jika mereka suksess beri khidmat terbaik kepada rakyat walaupun dengan `bantuan dari luar’, mereka akan terus berkuasa di hati rakyat.

”Melayu mesti melahirkan pemimpin yang berani mengeluarkan fikiran bernas kalau mahu terus maju. Dalam konteks Pemuda UMNO, bagaimana sifat berani ini harus dijelmakan?”.

Berhati-hati lah jika  isu kepimpinan ini tidak dapat dileraikan dalam masa terdekat maka, kita saksikanlah kembali kejatuhan yang paling teruk didalam pilihanraya ke 13 nanti.

Jangan salahkan pengundi tetapi sebagai kepimpinan anda perlu melihat apakah anda menjalankan peranan anda  dengan cara yang terbaik.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s