Parti Amanah Rakyat Bersumpah Tolak Hudud-


Oleh rmf

PAS_HIMPUNAN_JASAMU_DIKENANG_170615_TMINAZIRSUFARI_04

Ini lah muka muka yang memutar belitkan isu hudud dan menolak serta meletakkan kesalahan pada pemimpin UMNO sebagai penghalang.

Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang ditubuhkan untuk mengganti Pas dalam Pakatan Rakyat, telah memberikan komitmen tidak berbelah bagi untuk menolak perlaksanaan hudud di negara ini tidak kira apa.

Sekalipun mempunyai latar belakang sebagai parti Islam tapi Amanah tidak terikat untuk melaksanakan hudud kerana hudud bukanlah sebahagian dari rukun Islam yang wajib dilaksanakan.

Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) dipetik media sebagai berkata, Amanah akan mengisi asas Islam dalam Pakatan Rakyat setakat mana yang dipersetujui secara bersama dengan PKR dan DAP – terutama sekali DAP.

Ini penting kerana tanpa sokongan DAP, Amanah tidak akan dapat pergi jauh atau mendapat kerusi parlimen/DUN lebih banyak dari yang diperolehi Pas dalam PRU13 yang lepas.

Lagipun DAP telah berikrar untuk membantu Amanah mendapatkan dana bagi membiayai operasi politiknya, sebagai sebuah parti baru, apa yang lebih penting dari wang?  Maka itu kehendak DAP perlu diutamakan.

Amanah akan menjadi pencabar kepada BN dan Pas dalam PRU14 yang akan datang.  Lebih separuh ahli-ahli Pas akan meninggalkan parti tersebut unutk menyertai Amanah.

Penyertaan mereka secara beramai-ramai dipercayai boleh mengurangkan kekuatan Pas sehingga lebih dari separuh.  Jika lebih masa diberikan, 90% ahli Pas sedia ada akan menyertai Amanah, seterusnya menenggelamkan langsung Pas dalam PRU14 yang akan datang.

Sumber

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s