Kadar Diskaun 30% Untuk Penguna Bas Harian di 3 Laluan


Oleh rmf

Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan pelbagai inisiatif mempertingkatkan mutu serta menambahbaik perkhidmatan penangkutan awam darat negara sejak ia ditubuhkan.

Pengumuman yang mengembirakan ramai pengguna pengangkutan awam bila mana SPAD telah mengistiharkan pemberian diskaun sebanyak 30% kepada pemilik pas bulanan antara bandar bermula 1 September 2015

Sudah pastinya penurunan harga sebayak 30% ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada pengguna bas  yang bekerja disekitar Kuala Lumpur.

Langkah yang diambil oleh SPAD adalah satu langkah yang positif dimana  dengan penurunan yang dibuat dijangkakan akan memaksimunkan penggunaan pengangkutan awam darat sebagai salah satu  pengangkutan yang utama kepada pengguna.

Inisiatif ini adalah selaras dengan aktiviti dan usaha SPAD bagi meningkatkan keberkesanan, kemudahan dan keselesaan rakyat di sektor pengangkutan awam.

Langkah  kadar diskaun ini merangkumi 3 laluan yang utama iaitu

  1. Seremban – Kuala Lumpur
  2. Klang – Kuala Lumpur & Rawang
  3. Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Ekspressway Transit 5 dan 6 (BET)

Berikut adalah ringkasan diskaun harga untuk perkhidmatan bas antara bandar.

Diskaun ini tertakluk kepada pemilik pas bulanan sahaja.Ini bermakna keistimewaan dan keutamaan diberi kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari yang bekerja di Kuala Lumpur atau rangkaian yang dinyatakan sebelum ini

Oleh yang demikian, hanya penumpang yang membeli pas bercetak sahaja yang akan menikmati  kadar potonga diskaun yang diistiharkan oleh SPAD. Dengan itu pengguna  diminta agar membeli pas tersebut  atau memohon secara muta turun melalui web SPAD.

Bagaimana cara hendak memohon pas bulanan? Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web SPAD atau boleh didapati dari kaunter-kaunter tiket pengendali bas yang terlibat.

Dibawah ini adalah maklumat syarikat Bas yang terlibat dalam potongan diskaun

Kenyataan Media oleh SPAD

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s