Dr Wee Ka Siong-Kerajaan Lanjutkan Tempoh Pengecualian Visa Kepada 30 Hari Kepada Pelancong Taiwan


Oleh rmf

Dr Wee Ka Siong

Pada tahun 2014, seramai 274,000 orang pelancong dari Taiwan malancong ke Malaysia dengan jumlah tukaran asing lingkungan RM 700,000,000.

Ini merupakan satu penngkatan yang cukup ketara yang telah memberi pulangan hasil negara di sector perlancongan.

Dengan peningkatn tersebut, kerajaan telah mengambil satu inisiatif untuk memberikan kelonggaran kepada pelancong Taiwan yang berkunjung kedalam negara ini.

Dr Wee Ka Siong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri siang tadi mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah memutuskan tempoh pengecualian VISA kepada rakyat Taiwan selama 30 hari..

Pengumuman ini disampaikan oleh Dr Wee semasa menghadiri Majlis Perasmian Taiwan Education Fair 2015 di Dewan Tun Hussein Onn siang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan ia dijangka merancakkan lagi hubungan Malaysia dan Taiwan khususnya di bidang pelancongan dan perniagaan.

Kabinet secara keseluruhannya telah bersetuju   cadangan memanjangkan tempoh visa percuma itu pernah disuarakan Duta Malaysia ke Taiwan, Datuk Seri Tiong King Sing.

Sejumlah 274,000 pelancong Taiwan berjunjung ke Malaysia tahun lepas.

Pameran dua hari sehingga esok yang disertai 93 institusi pengajian tinggi negara itu bertujuan membuka peluang kepada pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Taiwan

Sebelum ini tempoh visa yang diberikan oleh kerajaan kepada pelancong Taiwan adalah selama 15 hari sahaja. Penambahan tempoh visa yang diberikan oleh kerajaan diharapkan akan dapat memningkatkan lagi kunjungan pelancong dari Taiwan dan menambah hasil pendapatan  negara  dalam tukaran wang .

Penambahan masa visa tersebut juga adalah sebagai balasan kepada kerajaan Taiwan yang mana telah memberikan tempoh 30 hari kepada pelancong Malaysia yang telah berkuatkuasa  sejak tahun 2013 lagi.

Keputusan yang dibuat adalah dianggap tepat dan  ianya merupakan permintaan kerajaan Taiwan  dimana akan memberikan masa dan ruang untuk pelancong untuk  menikmati lawatan  secara meyeluruh di negara ini.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s