Operasi Tegas SPAD – 12 Kenderaan Di Sita #SPAD


Oleh rmf

Tidak pernah serik , Itu lah ayat yang sesuai untuk diberikan kepada pengusaha  teksi haram yang menggunakan kederaan sendiri untuk mengangkut penunpang. Kenderaan yang nyata tidak mempunyai lesen pengangkutan awam beroperasi tanpa rasa  bersalah.

Serbuan demi serbuan telah dilakukan oleh SPAD untuk membenteras operasi haram yang dijalankan oleh Grab Car  dan Uber disekitar Petaling jaya dan Shah Alam.

Dalam operasi Tegas yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  telah Berjaya menahan  12 buah kenderaan awam yang bertindak sebagai Grab Car dan Uber dimana perkhidmatan yang dijalankan tanpa lessen serta membahayakan keselamatan penumpang.

Operasi yang dijanalankan di sekitar Sunway, Times Square, Damansara, Kelana Jaya, Puchong, Bangsar dan Subang semalam telah berjaya menyitar 12 buah kenderaan..Kenderaan yang ditahan itu adalah 4 buah Perodua MyVi, sebuah Perodua Axia, Sebuah Proton Preve, Sebuah Toyota Camry, Sebuah toyota Vios, Sebuah Honda Jazz, Sebuah Honda City, Sebuah Hyundai Elantra dan sebuah Chevrolet.

Sebanyak 12 kenderaan telah ditahan dalam operasi Tegas tersebut dan  kesemuanya telah disita oleh SPAD sebelum tindakan mahkamah dikenakan terhadap pemilik kenderaan tersebut. Seharusnya  nasihat yang diberikan kepada pemilik kenderaan oleh SPAD diambil perhatian. Ini adalah kerana dengan tindakan mereka ini akan mengundang  masalah kepada penumpang jika sesuatu musibah berlaku.

Tindakan SPAD  melancarkan operasi  Grab Car dan Uber ini adalah bertujuan untuk melindungi  pemandu teksi yang  belesen  disamping menjaga  keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan haram  ini. Keselamatan penumpang yang tidak dilindungi oleh insuran akan mendatangkan  masalah jika berlaku kemalangan.

Membenteras kegitan ini adalah salah satu tugas SPAD agar  perkhidmatan  teksi haram ini tidak akan menjadi budaya  yang bakal  berkembang tanpa  tindakan undang undang  yang sepatutnya. SPAD secara dasarnya akan terus melakukan pemantauan dari masa kesemasa untuk memastikan  perkhidmatan teksi  tanpa lesen ini dapat dikurangkan sebanyak mungkin.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s