Ringgit Lemah- 14 NEGARA LAGI LEMAH KERANA RAMALAN USA NAIKKAN KADAR FAEDAH


Oleh rmf

Pembangkang pastinya akan menolak fakta yang dikeluarkan oleh  pakar pakar ekonomi yang hebat berhubung dengan kejatuhan ringgit. Mereka tetap akan mengeluarkan fakta dari celah kelambu untuk dimanipulasikan kepada rakyat.

Kelemahan semasa ringgit yang disumbang terutamanya oleh faktor luar termasuk kejatuhan harga komoditi dan kelembapan ekonomi China, adalah sementara, kata pakar

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, Malaysia sangat bergantung kepada komoditi termasuk minyak mentah dan pada akhirnya kejatuhan mendadak harga akan memberi kesan terhadap pendapatan kerajaan, sekali gus mendorong pelabur mengambil sikap berhati-hati.

Ringgit hari ini ditutup pada 4.0375/0415 berbanding dolar AS.

“Pada awalnya, ia (kejatuhan ringgit) tidak lebih daripada disebabkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka menaikkan kadar faedah.

Langkah itu memperkukuh dolar AS namun kita menjadi lemah berbanding mata wang lain. Kemudian harga komoditi pula merosot yang memberi lebih tekanan kepada unit tempatan,” katanya.

Mengenai langkah untuk mengekang kemerosotan ringgit, Teng Siew berkata: “Biarkan sahaja ia melemah, dan mungkin faktor eksport dalam ekonomi akan mendapat manfaat daripada lebihan dagangan yang lebih kukuh. Dalam jangka panjang akan wujud satu bentuk penstabilan.”

Editor Serantau Oxford Business Group, Paulius Kuncinas berkata, walaupun halangan politik tempatan sedikit sebanyak menyumbang kepada penyusutan, situasi itu tidak membimbangkan.

“Kami tidak menjangka krisis besar-besaran. Situasi domestik mungkin menyebabkan kelembapan dan pembetulan kecil (di­sebabkan perkara itu), namun kita tidak harus terlalu bimbang mengenainya,” kata beliau.

Justeru kata beliau, situasi semasa adalah sementara dan ringgit akan kembali pulih apabila tiba masanya.

“Ia akan didagangkan antara 3.80 dan 4.20 berbanding dolar AS tahun ini serta kembali pulih pada awal 2016,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang penganalisis yang mahu identitinya dirahsiakan, kelembapan mata wang lazimnya hanya dilihat dalam perspektif negatif dengan kesan terhadap komponen import termasuk makanan dan bahan binaan yang diterjemahkan kepada inflasi lebih tinggi.

“Akan tetapi, ada hikmah juga di sebaliknya walaupun tidaklah menyeluruh,” katanya menambah bahawa dalam senario kes terburuk, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh melaksanakan dasar-dasar untuk mengawal situasi.

Bagaimanapun, beliau percaya keadaan tidak akan sampai ke tahap itu.

“Orang ramai pantas membuat perbandingan kemerosotan semasa ringgit dengan krisis kewangan 1997/98, namun mereka gagal mengenal pasti perbezaan asas-asas ekonomi yang kini jauh lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s