Mungkinkah Ada Demontrasi Pendeposit Bila Affin Bank Membeli Hartanah di TRX?


Oleh rmf

11831814_958061167592167_3337155696918878177_n

 Jika dahulu Tabung Haji  bercadang untuk membeli sekeping tanah di kawasan Golden Triangle , TRX  yang mana telah mendapat tentangan hebat dari pendeposit yang mana merngatakan bahawa wang pendeposit digunakan.

Maka berlakulah bantahan bantahan dibuat dijalanan oleh PAS dan pembangkang yang lain termasuk pemuda UMNO  mempertikaikan pembelian hartanah tersebut.

Sekarang Affin bank telah mengambil keputusan yang sama, iaitu membeli sekeping tanah di TRX dengan nilaian yang agak tinggi. Apakah yang akan berlaku selepas ini, adakah pendeposit akan melakukan demontrasi jalanan menentang pembelian tersebut.

Menunggu pendeposit Affin Bank buat kenyataan dan demonstrasi jalanan – “Affin Bank beli tanah RM255j di TRX bina ibu pejabat baharu” [Harga tanah RM255 juta untuk 54,266 kaki persegi – RM4,700 per kaki persegi atau RM309.67 kaki per segi, berdasarkan keluasan lantai keseluruhan]

ISNIN, 10 OGOS 2015

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM255 juta daripada KLIFD Sdn Bhd. Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata tanah yang dibeli itu akan digunakan untuk membangunkan ibu pejabat baharu Affin Group.

Beliau yang juga CEO Affin Holdings Bhd berkata, pembelian tanah dan pembinaan bangunan pejabat sendiri itu sejajar dengan pengembangan kumpulan pada masa depan. Katanya, pembelian tanah itu akan menggunakan dana dalaman. Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai pembelian tanah itu di sini, hari ini.

TRX seluas 70 ekar adalah antara projek hartanah milik syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Selain TRX, 1MDB turut membangunkan projek hartanah Bandar Malaysia seluas 486 ekar di tapak lapangan terbang lama Kuala Lumpur. Selain hartanah, 1MDB dengan aset lebih RM52 bilion, turut mengendalikan 15 loji jana kuasa dan loji penapisan air masin.

Mengulas lanjut, Kamarul Ariffin berkata, pembinaan bangunan itu adalah yang pertama bagi Affin Group dan selama 40 tahun, kumpulan itu beroperasi di premis yang disewa. Berdasarkan penilaian oleh CH William, harga pasaran tanah itu ialah RM261 juta. “Terma pembayaran pembelian tanah itu ialah 10 peratus deposit dan baki 90 peratus akan dibayar sebaik saja mendapat ‘registration title’.

“Kami sudah lama meninjau lokasi sesuai yang menepati keperluan kami pada harga yang tepat,” katanya. Tanah itu seluas 54,266 kaki persegi dan ruang lantai kasar 823,439 kaki persegi. Bangunan gred A 35 tingkat dengan 830 tempat letak kereta.

Pembinaan bangunan ibu pejabat baharu Affin itu dijangka siap pada akhir tahun 2018. Kamarul Ariffin berkata, rundingan pembelian tanah itu sudah bermula sejak setahun lalu. Beliau berkata, keputusan pembelian tanah itu pada pertimbangan RM309.67 sekaki persegi, diluluskan sebulat suara oleh lembaga pengarah.

“Pembelian tanah itu hanya mewakili 0.4 peratus daripada jumlah aset bank,” katanya sambil menambah setakat 31 Mac 2015, aset bank itu sebanyak RM56.9 bilion. Ditanya sama ada wujud konflik kepentingan berkaitan pembelian itu membabitkan Timbalan Pengerusi Affin Holdings Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang juga Pengerusi 1MDB, beliau berkata: “Dia (Lodin) tidak ambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Kami beli untuk kegunaan sendiri.”

Dalam pada itu, 1MDB dalam kenyataannya berkata, hingga kini TRX sudah memeterai perjanjian dengan kumpulan pemaju hartanah global, Lendlease untuk membangunkan bahagian Gaya Hidup; pemaju Indonesia, Kumpulan Mulia untuk membangunkan plot Signature Tower; Lembaga Tabung Haji untuk plot kediaman dan syarikat pengurusan air, Veolia Water Technologies South East Asia untuk menyediakan loji rawatan dan kitar semula air.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s