Tolak Agenda DAP, PKR – Jadi Pengkaji dan Pemikir Politik Bukan Balaci Politik.


Oleh rmf

pap1

Entah apa kah yang diuji oleh Allah kini  kepada satu bangsa yang cukup diberi pengiktirafan oleh Allah ini didalam  menerajui bumi Malaysia yang tercinta ini.

Jika kita renungkan sedikit demi sedikit dan muhasabah akan diri kita tentang semua kejadian yang telah  berlaku.

Pernah atau tidak kita terfikir , kenapa sejaka 1969 May 13, keharmonian kaum telah dapat diwujudkan dengan begitu baik sekali sehingga kan tiada perasaan prejudis diantara satu dengan yang lain.

Keharmonian jelas terpacar di raut muka setiap warganegara dan bersama sama bersatu menjalankan aktiviti tanpa rasa takut.

Perkembangan yang berlaku ini setelah sejarah hitam negara berlaku telah menyedarkan banyak pihak tentang betapa pentingnya diantara kita menjaga kepentingan bersama.

Kesedaran ini lah yang telah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara  yang menjadi contoh di kebanyakan negara luar didalam resepi hidup didalam kepelbagaian atnik.

Zaman zaman indah itu kini sudah tiada lagi didalam bumi Malaysia ini, Sekarang Allah sedang menguji kekuatan kesatuan atau kekuatan ummah untuk mempertahankan negara ini didalam pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara dengan perpaksikan agenda tersembunyi.

Dulu semasa kita mula-mula mencapai kemerdekaan walaupun pada masa itu kita hidup dalam seba-serbi kekurangan tetapi kita hidup penuh dengan aman damai tiada apa-apa kebimbangan yang menghantui kita. Pelbagai etnik dan bangsa bersatu saling memahami dan bersama sama membangunkan negara ini.

Sejak ideologi barat yang berpaksikan Yahudi Laknatullah menular masuk kedalam negara ini, agenda illuminati telah disebarkan dengan seluasnya didalam kotak pemikiran rakyat didalam negara ini, maka berlakulah  konflik pemikiran terhadap  pengaruh yang dilancarkan dengan  begitu strategi.

Perbezaan  yang nyata kini terserlah jelas dihadapan mata kita, jika dahulu peranan pembangkang didalam negara ini adalah untuk mengimbangi  sistem politik  yang berjalan. Tugasan pembangkang adalah sebagai pemantau didalam apa juga yang dilakukan oleh kerajaan demi kepentingan rakyat.

Teguran terhadap kerajaan dilakukan dengan begitu berhemah sekali, Dengan penuh  ketimuran walaupun mereka bukan dari golongan masyarakat melayu, kerana mereka percaya sikap saling menghormati budaya adat resam sesuatu kaum itu akan menjamin sensitiviti diantara mereka.

Corak pemikiran yang begini adalah menunjukkan kematangan  generasi terdahulu didalam  politik, Setiap manusia mempunyai sifat berbeza-beza dan tahap pemikiran yang tidak sama anatara satu sama lain. Untuk memahaminya kita memerlukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan psikologi manusia.

Hal ini adalah penting kerana ia berupaya memberi kefahaman tentang manusia, sifat – sifat tabi’i, tingkah laku serta jiwanya yang berbeza-beza antara satu sama lain. Memahaminya secara am adalah penting terutamanya kepada para dai’i yang berperanan untuk mengajak dan mempengaruhi manusia kearah kebaikkan dan menghindari kejahatan.

Peperangan ideologi dan pengaruh sering dimainkan oleh sesetengah pihak bagi menguasai satu kumpulan atau golongan untuk di jadikan sebuah kumpulan pengkaderan  segai persiapan benteng kepada agenda.

Mana tidaknya sekarang pergelutan kuasa sedang berlaku, Pembangkang akan menggunakan apa juga kaedah yang memihak kepada mereka tanpa mempedulikan keselamatan dan natijah terhadap negara.

Mereka pembangkang sanggup menjula maklumat negara, bersekongkol dengan yahudi  dan memintak bantuan kewangan daripada yahudi untuk memastikan kerajaan sedia ada  dapat ditumbangkan. Bukan sekadar kuasa yang mereka mahukan malahan  penjajahan alaf baru.

Peralihan pergantungan, bagi percapaian dan perkembangan ini tidak dapat dielakan. Mengikut Erikson (1963) setiap individu mengalami proses kehidupan dan pada masa yang sama remaja mengalami krisis kehidupan. Krisis ini bagi Erikson ialah “masa perkembangan identiti iaitu remaja sedang memilih beberapa pilihan yang bermakna”.

Ini bermakna remaja perlu memilih apakah bentuk identiti yang sesuai dengan dirinya supaya dapat mengurangkan krisis kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Kesesuaian pemilihan identity ini bergantung kepada konsep kendiri (self-Concept) dan esktim kendiri (Self-Esteem) remaja itu sendiri.

Oleh yang demikian pengaruh yang kurang sihat tanpa pemikiran yang cukup matang akan terus diterima tanpa sebarang kajian tentang kebaikan dan keburukannya. Maka tidak hairanlah  jika saya katakan golongan remaja ini diantara sasaran yang dipilih untuk melancarkan satu satu gerakan yang kurang sihat didalam sesebuah negara.

Menurut Teori Erikson, Tahap Dewasa Awal iaitu mereka di dalam lingkungan umur 20 an ke 30 an. Pada tahap ini manusia mula menerima dan memikul tanggungjawab yang lebih berat. Pada tahap ini juga hubungan intim mula berlaku dan berkembang.

Perhubungan ini bukan berkisar kepada  soal percintaan akan tetapi ianya meliputi segalam macam aspek yang mana  pengaruhnya akan dijadikan garis panduan untuk mereka bergerak kehadapan mengikut apa yang mereka percayai.

Dalam membentuk insan yang berkualiti kita memerlukan beberapa rukun utama. Pertamanya: sukatan pengajaran atau pendidikan yang memenuhi hala tuju yang kita ingini. Kedua: guru atau pembimbing, sama ada ibu bapa, pemimpin politik atau guru formal yang diamanahkan.

Mereka ini hendaklah menghayati secara amal dan faham terhadap hala tuju pembentukan insan berkualiti ini dan mampu membentuk rakyat atau para penuntut mereka. Ketiga: suasana persekitaran yang memberangsangkan agar segala ajaran yang baik dapat dihayati dengan sepenuhnya. Ini kerana persekitaran memainkan peranan penting mempengaruhi jiwa dan kelakuan manusia.

Ertinya dalam negara ini, jika modal insan berkualiti ini hendak dibentuk kita memerlukan kejelasan sukatan dan hala tuju masyarakat kita. Ke arah mana hendak kita bentuk sebenarnya?

Kedua: para guru dan pemimpin di setiap peringkat hendaklah berkemampuan menyampaikan dan menghayati hakikat pembentukan insan yang bertamadun ini.

Ketiga: persekitaran kita hendaklah dibersihkan dari nilai-nilai kebodohan, khurafat dan contoh-contoh buruk yang ditabal menjadi baik. Di situlah kita inginkan peranan para pemikir soleh yang menggariskan hala tuju, pemimpin yang terdiri dari golongan Ulul Albab dan media yang membentuk persekitaran yang baik lagi harmoni.

Jika tidak, kempen ke arah membentuk modal insan hanya menjadi kempen kosong. Sekalipun sekolah dan universiti ditambah, namun hasilnya tetap tidak membawa kepada masyarakat berprinsip, damai, harmoni lagi sejahtera.

Jika kita ingin berkempen ke arah generasi Ulul Albab, maka segala hala tuju, pemimpin dan guru dan persekitaran kita hendaklah melambangkan kematangan fikiran yang mampu membawa kita menemui hakikat kebenaran seperti dikehendaki Tuhan.

Nilai-nilai yang negatif cepat sahaja berkembang dalam masyarakat, padahal kebanyakan kita mempunyai latar pendidikan yang bukan sembarangan. Barangkali pengajian kita lebih banyak menegaskan soal penghafalan fakta, dan kurang pula membentuk kemampuan menilai fakta secara matang dan berprinsip. Lalu ramai yang hanyut dalam pengaruh  yang nagetif.

Kini kita telah dikejutkan dengan hebat kehadiran Islam Liberal yang kini menjadi pegangan  dan agenda pihak pembangkang didalam memperkuatkan pengaruhnya didalam negara ini. Apakah sebenarnya Islam liberal tersebut?

Istilah “Islam Liberal” pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder¹ dan Charles Kurzman.² Binder menggunakan istilah ‘Islamic Liberalism’, sementara Kurzman memakai istilah ‘Liberal Islam’.

Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; ‘Islam Liberal’ adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak.

Yang nampak banyak sebenarnya adalah ‘mazhab’ dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah ‘Islam Liberal’ yang kita maksudkan disini adalah “Pemikiran Islam Liberal” yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam

Pemikiran Islam liberal berpunca dari pengaruh pandangan hidup Barat dan peradabannya yang hegemonic dan mendominasi semua bidang kehidupan dewasa ini. Ia merupakan percampuran antara pemikiran ‘modernism’ yang cuba memberikan tafsiran Islam yang sesuai dengan ‘modernity’ dan pemikiran ‘post-modernism’ yang cuba melakukan ‘deconstruction’ terhadap segala pemikiran yang sudah mapan (established).

Namun dapat dikatakan bahawa dalam pemikiran Islam liberal pengaruh pemikiran ‘post-modernism’ lebih ketara. Upaya untuk merombak (deconstruct) segala yang sudah mapan dalam Islam, merupakan ciri utama pemikiran ini. Takrif Islam yang telah mapan, misalnya, perlu diliberalkan dan dirombak, sehingga orang bukan Islam pun dapat dikatakan sebagai Muslim, dan agama selain Islam pun dapat ditafsirkan sebagai Islam juga.

AI-Qur’an dalam bentuknya sebagai Mushaf Uthmani yang telah disepakati oleh semua kaum Muslimin, baik Sunni maupun Syi’ah, juga perlu kepada ‘deconstruction’, kononnya untuk mendapatkan wahyu Tuhan yang asal sebelum Khalifah Uthman merasmikan mushafnya untuk seluruh kaum Muslimin.

Pemikiran Islam liberal juga memanfaatkan dan mendapatkan modal murah dari radikalisme yang terjadi pada sebahagian kaum Muslim. Reaksi mereka bukan hanya tertumpu kepada golongan radikal dari kalangan kaum Muslimin semata-mata, namun kepada Islam dan sumber-sumber Islam yang telah disalah anggap sebagai sumber radikalisme oleh mereka.

Hal ini sejalan dengan fahaman Barat terhadap Islam pada hari ini bahawa ajaran-ajaran Islam itu sebati dengan terorisme dan penghalang kepada kemajuan peradaban sekular mereka. Dalam hal ini politik Barat sudah tentu mempergunakan para pemikir Islam liberal untuk merungkai dan membongkar (deconstruct) simpul-simpul Islam yang kukuh dari dalam tubuh umat Islam sendiri.

Barat melihat ajaran Islam sebagai benteng penghalang globalisasi peradaban sekular yang perlu diruntuhkan (deconstruct) terlebih dahulu menerusi para pemikir liberal ini.Dalam upaya meruntuhkan bangunan ajaran Islam yang kukuh, pemikiran Islam liberal tidak segan silu mengambil kajian-kajian orientalis, metodologi kajian agama lain, ajaran human right dalam konteks humanisme Barat, falsafah sekularisme, dan pandangan-pandangan yang bercanggah dengan Islam.

Untuk menyempurnakan penyamaran mereka terhadap kaum Muslimin awam dan supaya tetap dikatakan pemikiran itu sebagai bahagian dari Islam, pemikiran Islam liberal juga menggunakan bahan-bahan dari turath dan persuratan Islam dengan mengambil bahan-bahan yang kontroversial dan marginal.

Alasan mereka, bahan-bahan yang menyokong mainstream Islam adalah hasil dari persekongkolan para ulama dan para penguasa di zaman dahulu. Bahan-bahan itu adalah ‘construction’ ulama yang perlu kepada ‘deconstruction’ supaya pemikiran umat Islam bertambah maju, seiring dengan kemajuan sekularisme Barat.

PAS dan PKR mula terasa panas dengan bahang yang dicipta oleh Pakatan Rakyat dalam menentukan reality perjuangan yang mereka tetapkan sejak ketiga parti yang terlalu besar perbezaan fahaman politik boleh bersengkongkol atas tujuan menguasai Putrajaya.

Kenapa Putrajaya menjadi rebutan setelah kemenangan Anwar pada penghujung Ogos 2008 sedangkan sebelumnya, Presiden PAS tidak inginkan Putrajaya dengan menegaskan “jika PAS menang dan memerintah Malaysia, Putrajaya akan dilelong.”

PAS ketika itu tetap membawa ritma lagu kebencian DAP yang menanggap apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai ikon negara sebagai membazir sebagaimana parti itu pernah menolak pembinaan Jambatan Pulau Pinang. Tapi, akhir-akhir ini DAP mula berusaha secara menipu rakyat untuk membina terowong dalam laut bagi menghapuskan jasa BN membina Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985 dan Jambatan Kedua yang dijangka siap pada tahun 2013.

Kapitalisme juga sedang bermetamorphosis dalam rangka perkembangan yang tidak lagi menganggap manusia hanyalah sebagai alat pengeluaran tetapi penyumbang kepada kemakmuran. Pakatan Rakyat hanya cuba mendominasikan “ketuanan rakyat”, hakikatnya menggoda rakyat dengan pelbagai “tawaran palsu” yang kemudiannya dinamakan tawaran jingga.

Seorang pemimpin dan pemikir PAS yang bersifat sekular memahami dengan teori politik ekonomi manakah telah berjaya membentuk sebuah kehidupan masyarakat yang adil, makmur dan tidak ada cacat celanya kerana Karl Marx sendiri yang membentuk teorinya itu bukanlah seorang yang bermoral, beliau sentiasa kemabukan dan sentiasa membuat analisis situasi ekonomi bertemankan botol-botol alkohol.

Pakatan Rakyat mengambil pendekatan itu dengan melupakan bahawa keadilan itu bukanlah semudah berkata “membuka ruang persaingan yang sama” kerana persamaan itu sebenarnya bukanlah satu bentuk dan ciri keadilan.

Berdasarkan konsep keadilan iaitu “memberikan kepada yang berhak” atau “memulangkan hak itu kepada yang berhak”, Pakatan Rakyat sebenarnya terperangkap dengan tuntutan sekumpulan penyokong yang tidak berhak daripada perspektif sejarah dan undang-undang yang pernah dipersetujui sebelumnya.

Ini bermakna dalam organisasi PAS sendiri telah melanggar haknya, apabila persetujuan membentuk sebuah negara Islam berdasarkan prinsip syariat menjadi “negara berkebajikan” dengan melihat bahawa mengajak penyokong berjemaah berdoa laknat, janji menawarkan syurga dan menyeru kepada pembohongan dan anarkisme politik sebagai ciri-ciri kehidupan madani.

Inilah sebenarnya yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat terjebak dengan kepalsuan, kehinaan dan keangkuhan kerana mahukan kuasa dan menguasai Putrajaya dengan berjanji akan melaksanakan “amanah Tuhan”. Apabila mempersoalkan keputusan parti yang terlalu tunduk kepada kepentingan DAP dan PKR, PAS akhirnya terpaksa memecat Dr Hassan Ali. Apakah itu adalah satu bentuk kerangka “negara berkebajikan” yang hendak dilaksanakan menerusi Tawaran Jingga.

PAS dan PKR terlalu banyak kroni politik berbanding UMNO. Cuba fikirkan bagaimana kekuatan Anwar dalam PKR juga dilaksanakan dengan mengetepikan lebih ramai rakan-rakan lamanya hanya kerana ingin mempertahankan kuasa.

Bagaimana sistem pemilihan jawatankuasa parti menjadi semacam huru-hara, bahkan semakin ramai pengasasnya telah berikrar membebaskan diri dari cengkaman Anwar. Apakah itu bukan bermakna corak kepimpinan autokratik terlalu kuat akarnya sehingga ketentuan haluan PKR hanya bergantung kepada Anwar dan Azmin Ali sedangkan parti itu menjadi milik setiap ahlinya.

Oleh yang demikian, bagi golongan remaja seharusnya menjadi pengkaji dan pemikir jika anda ingin memperlihatkan tubuh dan jasad anda didalam politik masa kini. Politik  yang tidak mengenal erti keamanan yang dibawa oleh pihak pembangkang yang berteraskan ideologi barat untuk menguasai negara di sebelah timur.

Memusnahkan kekuatan ummah merupakan  asas penaklukan  minda yang penting bagi memastikan  rakyat  berada didalam kecelaruan danb  tidak mampu berfikir untuk membuat keputusanm. Akhirna pengaruh menular dan akan menjahanamkan generasi  pelindung bagi sesebuah negara.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s