Liow Tiong Lai-Rekod Selengaraan Membuktikan Serpihan Sayap Flaperon Milik MH370


Oleh rmf

Liow-Tiong-Lai_mh370_300

Mencari titik pertemuan yang sukar dalam pencarian pesawat MH370 pada permulaan carian  di Lautan Hindi telah banyak menyelongkar  segenap sudut titik carian , Namun semua pencarian permulaan tersebut dinanti  dengan penuh kesabaran.

Sehingga  terjumpanya sekeping serpihan sayap flaperon yang terdampar di pantai Pulau Reunion oleh saorang  anggota yang bertugas membersihkan pantai. Bermula itu maka harapan untuk  menjumpai pesawat MH370 yang kini telah setahun hilang.

Menteri Pengangkutan, Da­tuk Seri Liow Tiong Lai mendedahkan, kerusi dan tingkap pesawat adalah antara serpihan yang turut ditemukan di Pulau Reunion, lokasi penemuan serpihan sayap atau flaperon yang disahkan milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Penemuan objek-objek tersebut bagaimanapun perlu diperiksa sama ada sebahagian daripada pesawat MH370 atau tidak. Diantara yang dijumpai ialah  serpihan  seperti tingkap pesawat, kerusi dan kepingan aluminium.

Walau apa juga bahan serpihan yang dijumpai , semuanya mesti melalui proses  penelitian dan pemeriksaan yang terperinci sebelum ianya boleh disahkan sebagai milik MH370.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Tiong Lai berkata, penemuan rekod penyelenggaraan dan tanda pengesahan milik MAS pada serpihan sayap yang ditemukan itu menjadi bukti utama bahawa komponen berkenaan milik pesawat MH370.

Pengesahan sebelum ini bahawa flaperon itu milik MH370 juga dibuat sendiri oleh pasukan penyiasat Malaysia yang dihantar ke Perancis.

Malaysia mengambil langkah menghormati keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa Perancis untuk meneruskan penyiasatan, namun pihak kita sudah mengesahkan bahawa flaperon tersebut milik MH370 berdasarkan siasatan pasukan penyiasat kita.

Selain rekod penyelenggaraan dan tanda pengesahan, antara bukti lain yang menguatkan lagi bahawa flaperon tersebut milik pesawat MH370 ialah warna dan maklumat selenggara, kesemua tanda tanda asal dan bukti lain diambil kira untuk mengukuhkan bukti yang dijumpai.

Awal pagi ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan misteri kehilangan pesawat MH370 akhirnya terjawab selepas 515 hari apabila penemuan serpihan sayap kapal terbang berukuran dua meter di Pulau Reunion minggu lalu disahkan milik pesawat itu.

Pengesahan tersebut sekali gus merungkai persoalan mengenai nasib sebenar yang menimpa pesawat MH370 di mana Lautan Hindi menjadi ‘destinasi’ akhir sebelum pesawat yang membawa 239 penumpang berserta anak kapal itu terhempas.

Menurut Tiong Lai, satu mesyua­rat bersama tiga pihak iaitu Malaysia, China dan Australia akan diadakan berdasarkan pengesahan flaperon tersebut milik MH370 dan mesyuarat tersebut juga akan menentukan fasa seterusnya dalam operasi pencarian.

Untuk memastikan kelancaran perjalanan penyiasatan dan pencarian  dilakukan, Tiong Lai telah menghubungi beberapa rakan sejawat  dari China dan Australia untuk mengadakan mesyuarat bagi menentukan fasa pencarian.

Malaysia juga akan menunggu pandangan daripada pakar dan agensi yang terlibat sama ada mahu meneruskan pencarian MH370 di kawasan sedia ada yang diputuskan sebelum ini atau ke kawasan lain  yang dijangka lebih banyak bukti akan ditemui.

Mengulas mengenai operasi pencarian, Tiong Lai berkata, operasi kapal pencarian sudah meliputi lebih 60,000 kilometer persegi di kawasan dasar Lautan Hindi dan pihak bertanggungjawab merancang un­tuk meneruskan usaha mencari sehingga meliputi 120,000 kilometer persegi.

Demi kelancaran pencarian, China  dalam perkembangan terbarunya telah menambah asset baharu untuk membantu Malaysia dalam usaha pencarian pesawat MH370 disamping dua buah kapal digunakan untuk tujuan tersebut.

Tempoh pencarian pula bergantung kepada keupayaan pasukan dan juga faktor cuaca yang mana sentiasa berubah ubah dan  akan menggangu kelancaran pencarian tersebut.

Dalam pada itu, Tiong Lai juga  mengulas mengenai pampasan untuk keluarga yang didakwa masih belum diterimaproses tuntutan pampasan sepatutnya boleh dibuat sejak kehilangan MH370 diumumkan tahun lepas.

Bagi tujuan tersebut mengenai pampasan, Tiong Lai amat berharap agar keluarga penumpang MH370 yang berdepan dengan masalah untuk membuat pampasan boleh berhubung dengan pihak MAS ataupun Kementerian Pengangkutan bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac 2014 dan sepatutnya mendarat di Beijing, China pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama, tetapi dilaporkan hilang tanpa dikesan oleh semua pihak.

Kehilangan itu mencetuskan misteri penerbangan abad ini dengan pelbagai teori diperkatakan hingga akhirnya pada Januari lalu, pihak berkuasa mengisytiharkan semua penumpang berserta anak kapal MH370 maut.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s