FGV Mengembang Sayap Ke Indonesia Kerjasama FGV dan EHP DiTandatangani


Oleh rmf

6 Ogos – FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) telah memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat perladangan sawit ketiga terbesar Indonesia, PT Eagle High Plantation (EHP). Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri  Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pada bulan Jun 2015  satu lagi perjanjian telah dimeterai bersama  dengan sebuah syarikat Rajawali Group dimana pembelian kepentingan dalam EHP. Pembelian tersebut telah dibuat dalam bentuk tunai dan pembelian saham yang bernilai US600 juta

Dengan pembelian  dan perjanjian induk ini Rajawali Group Indonesia telah memiliki sebanyak 2.6 peratus pemilikan asas saham FGV yang telah dikembangkan.

Dalam persetujuan  perjanjian induk tersebut FGV akan meyumbangkan kepakaran dalam peyelidikan dan pembangunan. Dalam masa yang sama FGV juga akan menubuhkan syarikat usahasama bersama Rajawali Group Indonesia untuk mengwujudkan satu kawasan industry tersebut.

Rajawali Group, syarikat usahasama Malaysia – Indonesia ini akan diberi tanggungjawab sebagai peneraju utama pelbagai aspek, termasuk pemasaran.

Melalui perancangan jangka panjang , Indonesia, menerusi gabungan kepakaran Malaysia akan muncul sebagai hab industri kelapa sawit terbesar di dunia dan dengan tidak secara langsung penglibatan FGV adalah pengiktirafan kepada negara yang mana FGV tidak dapat dinafikan lagi mempunyai mempunyai kepakaran dalam industri hiliran kelapa sawit

Menerusi  kaedah yang sama,  FGV akan mengambilalih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai US$67 juta. Kepentingan dalam EHP dan projek gula Rajawali Group itu akan dipegang oleh sebuah anak syarikat  FGV Kalimantan Sdn Bhd yang mana akan betanggungjawab dalam  operasi penghasilan produk  nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai menunaikan tanggungjawabnya, FGV telah membentangkan segala butiran dengan jelas tentang rancangan kerjasama tersebut.

“Akhirnya terpulang kepada pemilik saham untuk membuat keputusan. tapi fikirlah secara waras dan rasional. Jangan terbawa-bawa dengan hasutan mana-mana pihak sehingga yang baik jadi tak baik, yang hak menjadi batil,” katanya ketika berucap pada majlis Salam Perantauan Warga Felda itu.

Najib turut mengingatkan kesilapan dalam membuat keputusan akan menyebabkan peluang keemasan yang sukar diperoleh terlepas dan mungkin tidak akan didapati lagi pada masa akan datang.

“Jangan biarkan apa yang kita bina selama ini musnah kerana tak buat apa yang patut untuk pertahankan. Marilah kita pertahankan kejayaan Felda demi anak cucu kita,” katanya.

Menjelas lanjut Najib berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci rancangan kerjasama antara FGV dengan EHP itu dan mahu satu formula yang menguntungkan kedua-dua pihak diwujudkan.

“Saya yakin dan percaya kalau dapat satu formula yang menguntungkan, maka FGV dan masyarakat Felda boleh mengaut keuntungan yang besar. Harga yang kita tentukan kalau setuju, boleh kita pertahankan,” katanya.

Untuk terus mengubah kualiti hidup masyarakat Felda, pasaran yang menjangkaui sempadan negara amat perlu, termasuk kawasan ladang yang besar selain tanah yang subur.

“Kita ada kekuatan dan kekurangan, maka kekurangan FGV ditampung melalui usaha sama dengan EHP ini,” tambah Dato’ Sri Najib lagi.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s