Pramugari Baru ETS Kurang Prihatin Kepada Golongan OKU #SPAD #ETS #KTMB


Oleh rmf

7476922168_64de987d43

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam pelbagai usaha yang dilakukan kan oleh SPAD dalam menaik taraf mutu perkihdmatan sistem pengangkutan awam darat di negara ini dengan pelbagai penambahbaikan dirancang dan dilakukan dengan kesungguhan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.

Bermula dengan perkhidmatan teksi, bas  dan keretapi semuanya dipantau dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Dalam segala usaha untuk mencapai sasaran perkhidmatan yang terbaik. Usaha seharusnya digembeling oleh seluruh pihak yang berada didalam sasaran perkhidmatan.

Beratus juta telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menaiktaraf sistem yang sedia ada terutama perkhidmatan keretapi dan juga ETS (Electric Train servis) dengan pembelian tren tren baharu untuk memberikan keselesaan kepada penumpang termasuk golongan warga emas dan OKU.

Namun segalan usaha dan perbelanjaan tersebut tidak akan bermakna jika  perkhdmatan pelangan yang diberikan oleh kakitangan yang bertugas masih pada taraf kelas ketiga.

Terlalu banyak rungutan yang didengari daripada pelangan mengenai mutu perkhidmatan yang diberikan oleh para pramugari yang baru bertugas kepada dua golongan ini, iaitu golongan OKU dan warga emas.

Bagi pramugari yang telah lama bertugas mereka lebih memahami keperluan dan tugasan yang seharusnya mereka lakukan bila berhadapan dengan dua golongan yang menggunakan perkhidmatan ini.

Diantara ayat yang diberikan oleh pramugari “baru” ETS kepada golongan OKU bila memerlukan  kemudahan kerusi roda apabila sampai di stesen Kuala Lumpur Sentral ialah “tidak ada masa untuk mengambil kerusi roda” “ Tiada kerusi roda”.

Terdapat juga kejadian dimana golongan OKU tersadai lama menunggu kerusi roda apabila pramugari ETS “melarikan diri” apabila sampai ke Kuala Lumpur sentral. dan membiarkan golongan ini  menanti di tepi tren. Sikap yang tidak bertanggungjawab sebilangan pramugari baru ETS ini telah mencemarkan segala usaha SPAD dan kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam semua aspek.

Kita juga sedia maklum, bahawa tidak semua stesen ada meyediakan kerusi roda sebagai langkah persediaan jika terdapat keperluan yang memerlukan. Kebanyakan stesen tidak mempunyai dan meyediakan kerusi roda bila diperlukan.

Seharusnya pihak pengurusan ETS dan juga KTMB mengambil satu inisiatif yang bijak bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bagi golongan ini yang mana kadang kala memerlukan kemudahan yang sepatutnya.

Sebagai contoh yang terbaik, sepatutnya dipusat kaunter tiket ETS dan KTMB di Kuala Lumpur Sentral telah disediakan sekurangnya sebuah kerusi roda dan boleh digunakan bila bila masa diperlukan oleh golongan ini bila memerlukan.

Tetapi disini masih tidak terdapat kemudahan tersebut, apabila ianya diperlukan oleh golongan ini, Polis bantuan atau pramugari terpaksa pergi  ke pejabat stesen master untuk mencari  kerusi roda yang diperlukan.

Oleh yang demikian seharusnya , satu langkah yang drastic diambil oleh pihak pengurusan ETS dan KTMB agar memberikan latihan yang secukupnya kepada kakitangan yang bertugas didalam tren  agar lebih prihatin dan bertanggungjawab  dalam memberikan perkhidmatan pelangan terhadap golongan ini.

Amat malang sekali segala usaha yang dilakukan oleh SPAD dan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik  dicemari dengan sikap sebahagian daripada pramugari yang “lari” daripada tanggungjawab seterusnya mencemarkan  mutu perkhidmatan ETS dan KTMB yang dilihat semakin baik.

SPAD , Pengurusan KTMB dan ETS seharusnya melihat “pencemaran” perkhidamatan ini sebagai satu kesalahan yang serius dan seharusnya ditangani dengan  segera, sebelum ianya mencemarkan nama baik perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia agar ianya tidak menjadi buah mulut oleh pelancong asing.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s