Liow Tiong Lai : MH370 Malaysia Mohon Kerjasama Semua Pihak di La Reunion


Oleh rmf

UN-MH17-Liow-Tiong-Lai

Hari ini Malaysia melalui DCA meminta bantuan  beberapa agensi penerbangan awam di sekitar Pulau Reunion berhubung dengan  terjumpanya objek objek serpihan yang dipercayai dari pesawat MH370.

Menteri Pengangkutan, melalui satu kenyataan akhbarnya ,Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, berkata analisis yang lebih mendalam akan dapat dilaksanakan sekiranya terdapat lebih banyak serpihan terdampar di kawasan itu, sekali gus memberi petunjuk bagaimana pesawat MH370 itu hilang sejak 8 Mac 2014.

“Kita sudah maklum flaperon (sayap pesawat) itu dikenal pasti sebahagian daripada pesawat Boeing 777.

“Ini juga sudah disahkan pihak berkuasa Perancis bersama-sama dengan pengeluar pesawat Boeing, Lembaga Keselamatan Pengangkutan US (NTSB) dan pasukan Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam, Penerbangan Malaysia dan Pasukan Penyiasat Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia untuk MH370,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia akan memohon bantuan beberapa agensi penerbangan di sekitar Pulau Reunion agar dapat menggunakan kepakaran yang sedia ada  untuk melakukan  analisis substantif terhadap serpihan pesawat yang ditemui di kawasan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, berkata beliau amat berharap agar analisis yang terperinci akan dapat  dilakukan sekiranya terdapat lebih banyak serpihan terdampar di kawasan itu, sekali gus memberi petunjuk bagaimana pesawat MH370 itu hilang sejak 8 Mac 2014.

“Kita sudah maklum flaperon (sayap pesawat) itu dikenal pasti sebahagian daripada pesawat Boeing 777.

“Ini juga sudah disahkan pihak berkuasa Perancis bersama-sama dengan pengeluar pesawat Boeing, Lembaga Keselamatan Pengangkutan US (NTSB) dan pasukan Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam, Penerbangan Malaysia dan Pasukan Penyiasat Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia untuk MH370,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, beliau juga meminta semua pihak supaya menunggu hingga semua proses siasatan itu selesai demi kepentingan waris yang kehilangan keluarga mereka dalam insiden itu, yang menanti dengan penuh debaran serta banyak menderita selama ini.

“Kita akan membuat pengumuman sebaik saja proses pengesahan itu selesai dijalankan,” katanya. Penyiasatan ke atas flaperon untuk memastikan sama ada ia milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan dibuat di Toulouse, Perancis, bermula Rabu ini.

Katanya, wakil bertauliah dari Malaysia, Amerika Syarikat (AS), China, Perancis dan syarikat pengeluar pesawat, Boeing akan terbabit dalam pengesahan komponen mengemudi daya angkat digunakan pesawat Boeing 777.

Tiong Lai berkata, flaperon yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi pada Rabu lalu itu tiba di Paris kelmarin dan kemudian dibawa ke Toulouse melalui jalan darat.

Rabu lalu, sekumpulan penyelidik ekologi menemui flaperon digunakan pada pesawat Boeing 777 di Pulau Reunion ketika sedang membersihkan pantai, sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak berkepentingan kerana menganggap ia perkembangan kukuh untuk merungkai kehilangan MH370.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s