Bas Rapit Transit : Kadar Tambang Terbaru


Oleh rmf

Keselesaan pengangkutan awam telah menjadi tumpuan kerajaan untuk melakukan penambahbaikan agar ianya berdaya maju dan saing serta menjadi pilihan utama  rakyat dimasa akan datang.

Dalam hal yang  demikian, Kerajaan berusaha gigih untuk memastikan sistem pengangkutan awam darat berada pada tahap yang bertaraf antarabangsa.

Aawal tahun  ini kerajaan telah melancarkan sistem Bas Rapit Transit yang berwajah baru dan dijangka memberikan keselesaan kepada semua rakyat yang menggunakannya dengan kadar tambang yang mampu dibayar .

Kabinet baru baru ini,  telah meluluskan struktur tambang Bas Rapit Transit bersesuaian dengan perkhidmatan yang ditawarkan  disamping keselesaan pengguna. harga yang bakal ditawarkan adalah amat berpatutan dan mesra pengguna.

Berikut adalah kadar tambang yang telah dipersetujui dan amat berpatutan.

Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km.”

Pihak kerajaan juga telah mengarahkan PRASARANA Malaysia Berhad untuk memberi potongan diskaun kepada pelajar, Warga Emas dan OKU sebanyak 50%.Pemberian diskaun ini sebenar merugikan PRASARANA untuk menampung kos operasi.

Untuk tujuan tersebut  kerajaan telah menyuntik sejumlah dana sebanyak RM 14 juta untuk memberi subsidi bagi perkhidmatan ini dalam tempoh 3 tahun kepada golongan yang disebutkan.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s