Keadilan Untuk Mangsa MH170 – Usul Tribunal Jenayah Ke Majlis Keselamatan PBB


Oleh rmf

UN-MH17-Liow-Tiong-Lai

Untuk mendapatkan keadilan bagi  tragedi MH17 yang telah meragut banyak nyawa. Malaysia melalui  Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Liow Tiong Lai akan membawa usul di Majlis Keselamatan PBB untuk mendapat sokongan untuk menubuhkan Tribunal Jenayah Antarabangsa hanya khusus untuk kejadian yang menimpa MH17 setahun yang lalu.

Tarikh 29 Julai 2015 , Malaysia  bersama dengan  4 lagi negara anggota Pasukan Siasatan Bersama (JIT) iaitu Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine akan terus berusaha dan megesa agar satu sisatan yang meyeluruh dilaksankan mengikut  prosedur yang telah ditetapkan oleh Penerbangan Awam Antarabangsa.

Sehubungan itu , dibawah ini adalah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh DS Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia berhubung perkara tersebut.

KENYATAAN AKHBAR

OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN

Malaysia Bentang Resolusi Bagi Tribunal MH17 Di Majlis Keselamatan PBB

Saya akan mewakili negara di New York pada hari Rabu, 29 Julai 2015, di mana Malaysia bersama-sama dengan empat lagi anggota Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk MH17 iaitu Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine akan berusaha bagi mendapatkan sokongan dari kesemua ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa khusus untuk MH17.

Hampir setahun yang lalu, Majlis Keselamatan ini telah sebulat suara untuk menerima pakai Resolusi 2166 secara konsensus beberapa hari selepas insiden malang tragedi MH17. Majlis ini juga telah mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut dan menggesa siasatan antarabangsa yang menyeluruh dan bebas mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.

Resolusi tersebut juga turut menyeru semua Negara anggota untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan antarabangsa dan menuntut mereka yang bertanggungjawab dalam insiden ini ke muka pengadilan.

Sekali lagi, kita berada di fasa penting dalam usaha berterusan Negara menyeru Majlis Keselamatan PBB ini supaya mengotakan ikrar dan janji mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab dalam insiden MH17 agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan. Dalam hal ini, penubuhan satu tribunal jenayah antarabangsa ad hoc adalah amat wajar dan perlu dilakukan.

Masyarakat dunia, khususnya rakyat Malaysia akan terus meratapi kehilangan 298 nyawa yang tidak berdosa dalam tragedi malang ini. Malaysia kekal komited dan fokus dalam menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab bagi tragedi ini menerima hukuman yang setimpal. [TAMAT]

 

Image | This entry was posted in Keadilan Untuk Mangsa MH170 – Usul Tribunal Jenayah Ke Majlis Keselamatan PBB and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s