SPAD Ingatkan Penumpang Agar Tidak Menggunakan Teksi Haram yang tidak DiLindungi Insuran


Oleh rmf

curi penumpang tak pernah berakhir

Industri teksi negara pada hari ini semakin terancam akibat dari lambakan ‘Kereta Sapu’ atau ‘Teksi Haram’ yang mengunakan kenderaan persendirian atau kenderaan dari Syarikat Kereta Sewa sebagai perkhidmatan teksi kepada penumpang/pengguna pengangkutan awam

Tanpa permit yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau Jabatan Pengangkutan jalan Malaysia, mereka menjalankan operasi mengambil penumpang tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung jika berlakunya kemalangan.

Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan sebegini adalah disebabkan oleh tipu daya Syarikat-Syarikat Aplikasi melalui promosi-promosi tambang murah serta pilihan kategori, yang mana mudah dicapai dengan hanya menggunakan telefon pintar dan terdapat juga di laman sesawang.

Promosi ini sebenarnya hanyalah bagi mengaburi mata pengguna/penumpang yang dianggap sebagai ‘mangsa’, semata-mata untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan tidak sah mereka.

Aktiviti ‘Kereta Sapu’/’Teksi Haram’ ini telah dikenal pasti sebagai perkhidmatan yang mengabaikan kepentingan pengguna dalam aspek keselamatan, menjejaskan kerjaya pemandu teksi berdaftar dan seterusnya boleh memusnahkan industri perkhidmatan teksi negara.

Sejumlah 55 buah teksi haram dan tanpa permit telah berjaya di sita oleh bahagian Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dalam operasi nya yang di jalan kan pada minggu lepas di sekitar Lembah Klang semenjak bulan Oktober lalu.

spad

Selain itu sejumlah 89 kes di mana kenderaan persendirian telah di gunakan sebagai teksi langganan melalui applikasi smartphone juga dapat di tahan.

“Terdapat ramai pemilik kenderaan telah menjalankan operasi teksi haram melalui kaedah applikasi pon pintar ini” kata Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad selaku Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD.

“Hanya dengan menggunakan applikasi itu tidak membuat kan mereka menjadi pemandu teksi yang sah dan kenderaan mereka tetap tidak sah kerana tidak mendapat permit yang di luluskan oleh SPAD dan sekali gus tiada perlindungan insuran untuk penumpang nya” ujar Che Hasni.

Dalam operasi yang di jalan kan di atas nama “Ops Serkap” semenkjak 10 Julai lalu di mana tumpuan di beri kan kepada perkhidmatan bas untuk hari perayaan , sehingga kini SPAD telah mendapati sejumlah 2,800 bas dan teksi telah melanggari sejumlah 160 jenis kesalahan.

Pada kempen sempena perayaan “balek kampong”tahun ini sebanyak 547 lesen perkhidmatan sementara telah dilulus kan oleh SPAD demi kemudahan orang ramai.

Bahaya menggunakan  perkhidmatan teksi haram  atau teksi sapu ini, setiap penumpang tidak dilindungi dengan insuran jika sesuatu  berlaku semasa menbggunakan  perkhidmatan ini. Sebelum ini pelbagai kaedah dan peringatan diberikan kepada penumpang agar tidak terjebak dengan tipu helah yang dilakukan oleh pemilik teksi haran dan teksi sapu.

Beringat sebelum kena, itu sepatutnya dibuat sebelum menggunakan perkhidmatan teksi haram dan teksi sapu.

Melalui operasi-operasi membenteras teksi haram yang dijalankan oleh SPAD dan JPJ, modus operandi UBER telah disahkan sebagai melanggar peruntukan undang-undang negara.

Uber sebenarnya telah diharamkan oleh beberapa negara luar seperti Beijing, New Delhi, Thailand, Belanda dan Sepanyol atas faktor keselamatan dan bagi melindungi perkhidmatan teksi tempatan

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s