Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Perkukuhkan Sektor Hiliran Berasaskan Sawit Di Asia


Oleh rmf

images (1)

Berbagai usaha yang telah dilakukan oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam mengembangkan pasaran yang berasaskan sawit disemua peringkat pasaran. Langkah ini diambil adalah sebagai usaha untuk memperkukuhkan kedudukan pasaran yang sedia ada.

Dalam mendominasi segala usaha tersebut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam usaha mempelbagaikan produk sebagai langkah pengukuhan kedudukan dan mengetuai dalam sektor hiliran yang berasaskan sawit di Asia.

Rancangan ini telah dinyatakan secara jelas oleh Ketua Kelompok Hiliran Sawit Datuk Zakaria Arshad menerusi usahasama dengan beberapa buah syarikat utama  dalam industri yang berasaskan sektor huluran dan hiliran.

Dengan usahasama yang dilakukan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dijangka akan mampu mengawal bekalan dengan lebih baik lagi disamping mempelbagaikan produk yang berasaskan sawit.Matlamat utama  Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) adalah untuk menjadi  pengiat bersepadu dalam menghasilkan produk yang bermutu berasaskan sawit.

Usahasama yang dilancarkan adalah bermatlamat untuk mengembangkan pasaran huluran dan hiliran melalui produk produk baru dan seterusnya mendominasikan pasaran didalam dan luar negara.

Zakaria berkata komponen utama untuk FGV mencapai matlamat itu ialah dengan meluaskan keluasan ladangnya dan mengawal bekalan dengan lebih baik, selain margin keuntungan.

Beliau berkata bagi mengimbangi harga minyak sawit yang tidak menentu yang terus menjejaskan syarikat perladangan sawit, FGV merancang menembusi sektor huluan di pasaran baharu.

“Vietnam, Filipina, China, India dan Myanmar sudah dikenal pasti antara negara untuk diberikan tumpuan oleh FGV sebagai asas pemasaran dan pengeluaran sektor huluan di Asia.

“Kami sudah memulakan perbincangan dengan penggiat utama di Filipina dan berharap dapat memulakan operasi huluan di sana tidak lama lagi,” kata Zakaria.

Beliau berkata India dan Filipina akan menjadi pasaran baharu untuk FGV dalam sektor minyak sawit huluan, manakala di Myanmar, kumpulan itu berharap meluaskan lagi kehadirannya di sana.

Di China, FGV terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan penapisan menerusi syarikat usaha sama, IFFCO Holdings Ltd, pengeluar dan pengedar utama UAE bagi barangan pengguna, industri dan makanan.

Di Indo-China, beliau berkata FGV akan meluaskan kehadiran pasaran dalam barangan pengguna berasaskan sawit dan minyak khusus menerusi habnya di Vietnam.

FGV baru-baru ini mengumumkan usaha samanya dengan peneraju industri konfeksi Vietnam, Kinh Do Corporation, dan penyedia penyelesaian serantau bagi logistik bersepadu, Indo Trans Logistics Corporation (ITL).

Ini membolehkan ia memanfaatkan pengguna Vietnam dalam segmen minyak dan makanan berbungkus serta pasaran perasa, yang menjadi tunggak FGV untuk mempelbagaikan asas produknya.

Zakaria berkata FGV juga yakin dapat bersaing dalam pasaran minyak makan pengguna, memandangkan minyak sawit kini merupakan import utama minyak sayuran di kebanyakan negara ASEAN, berdasarkan manfaat kesihatan dan harganya yang kompetitif.

FGV katanya merupakan anggota pengasas Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) – badan antarabangsa yang mempromosi minyak sawit lestari alam sekitar – juga akan dapat mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai jenama itu menerusi inisiatifnya dalam menyokong alam sekitar.

FGV terkenal sebagai syarikat global pertama menyediakan pensijilan Tandan Buah Segar RSPO bagi kumpulan pekebun kecil.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s