Datuk Seri Liow Tiong Lai -Laporan Siasatan MH17 Dijangka Siap Pada Oktober


Oleh rmf

FB_IMG_1437179103897

Pelbagai  kritikan yang dikeluarkan oleh berbagai pihak berkutan tragedi yang berlaku kepada pesawat MH17 yang telah ditembak jatuh di Ukraine.

Kritikan pada kebanyakannya  menyalahkan Syarikat penerbangan tersebut kerana menggunakan laluan penerbangan negara bergolak.

Dalam hal ini satu Jawatankuasa  Siasatan tragedi MH17 telah ditubuhkan bagi melakukan penyiasatan terperinci bagi mengenalpasti  kejadian.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan Laporan Jawatankuasa Siasatan tragedi MH17 dijangka siap Oktober ini.

Bagi menjawab kritikan yang dibuat terhadap  Syarikat Penerbangan tersebut  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  telah menjelaskan bahawa laluan yang digunakan oleh syarikat penerbangan tersebut telah mendapat kelulusan trafik udara dan segala prosedur yang ditetapkan  telah pun di patuhi.

Adalah difaham kan bahawa semasa kejadian berlaku, MH17 menggunakan laluan yang betul dan tepat dengan berpandukan prosedur yang ditetapkan, Malah  bukan hanya pesawat Syarikat tersebut sahaja yang menggunakan laluan tersebut, beberapa buah pesawat dari  syarikat penerbangan yang lain juga berada diatas laluan yang  dibenarkan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berpesan kepada semua rakyat agar tidak membuat spekulasi  terhadap kejadian yang berlaku, biar lah  pasukan penyiasatan dan Ahlijawatankuasa  yang telah dilantik menjalankan tugasan  sebagaimana yang diamanahkan.

Untuk menyalahkan sesuatu pihak dalam kejadian ini, adalah tidak wajar bagi kita melakukannya. Seharusnya kita sebagai rakyat yang  mempunyai budaya  hormati menghormati seharusnya memikirkan perasaan waris mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Tiong Lai mengesa agar orang ramai tidak menyebarkan khabar angin tentang tragedi dan siasatan itu,

“Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu, perasaan mereka akan lebih terluka” ujar Tiong Lai ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri semalam…

Kerajaan mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika ini, semua orang tahu kesemua 298 penumpang dan anak kapal maut yang mana majoriti penumpang rakyat Belanda. Jadi bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai.

Justeru itu, rakyat Malaysia seharusnya bersimpati degan apa yang telah berlaku dan seterusnya berserah kepada Allahdan memberikan kita keinsafan dan simpati kepada semua yang terlibat.

Memang mudah bagi kita  untuk mengeluarkan kata kata kritikan dan bagaimana pula keadaan mereka yang terlibat dan kehilangan orang yang tersayang.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s