Pulihkan Keharmonian- MCA Bakal Lancar Rumah Terbuka di Lowyat


oleh rmf

FB_IMG_1437374648130

Selepas tragedy di Lowyat, berbagai pihak telah mengambil peluang untuk mendapatkan nama dan meraih simpati terhadap isu yang berlaku.

Sememangnya tidak lain dan tidak bukan, semestinya pembangkang akan menjadi orang yang pertama sekali menunjukkan keperihatinan.

Rakyat Malaysia cukup masak dengan perangai yang ditunjukkan oleh pembangkang dalam negara ini, dalam insiden yang berlaku , ini lah masanya mereka  akan menabur fitnah dan memburukkan kerajaan Malaysia dan  satu perkara yang tidak lekang dek mulut mereka ialah dengan mengatakan bahawa Bn adalah rasis.

Sidang media yang mereka lakukan bukan hanya sekadar menunjukkan keperihatinan malahan menunjukkan  bahawa mereka adalah dikalangn yang bertanggung jawab konnya.

Politik murahan ini acapkali dilakukan oleh pembangkang  apabila berlakunya  sesuatu insiden yang mengakibatkan banyak  pihak. Apa yang mereka lakukan hanya la promosi murahan dan ianya tidak menyelesaikan masalah yang ada. Selepas itu pastinya mereka akan menghilangkan diri.

Walau apa pun yang dilakukan oleh DAP dan juga PKR serta PAS kebanyakannya tidak membantu apa apa pun. Mana tidaknya dalam keghairahan DAP dan sekutunya  meraih simpati melalui ucapan yang dikeluarkan.

FB_IMG_1437374669351

MCA dibawah Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai datang dan mencadangkan anjur rumah terbuka di Low Yat dengan tujuan memulihkan kembali imej Low Yat yang dikhabarkan kerugian 40-50% sejak insiden tersebut berlaku

Tindakan ini telah membuka mata peniaga Cina betapa MCA benar-benar memenangi hati orang Cina. Walaupun tindakan ini mendapat reaksi yang berbeza namun dalam konsep Barisan Nasional setiap komponen mempunyai peranannya masing masing, MCA tetap akan  membela orang cina, MIC akan berperanan terhadap oarang India dan  UMNO akan berperanan terhadap orang Melayu.

Toleransi ini telah lama diamalkan dalam negara ini  dan ianya amat berbeza dengan pendekatan yang diamalkan oleh pembangkang. Dalam hal ini bukan MCA membela peniaga yang penipu tetapi bagi mengekalkan keharmonian yang telah lama terjalin adalah penting bagi MCA memainkan peranannya.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai “kami ingin membantu dengan apa cara yang mungkin untuk mengembalikan keadaan kembaki normal. Tiada sebarang gangguan tetapi perniagaan merosot sebanyak 40-50%”

“MCA Wilayah Persekutuan ingin mencadangkan sambutan Hari Raya di Plaza Low Yat”

Turut menemani Tiong Lai ketika sesi lawatan di Low Yat tempohari ialah Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon. Lawatan tersebut telah menambahkan keyakinan kepada peniaga bahawa kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang mementingkan keamanan dan keharmonian  tidak kita dari pihak yang mana .

Dalam hal ini MCA dilihat berperanan memenangi hati semua pihak yang ada  terutama orang Cina. Bukan sekadar berkata di corong suara, tetapi melalui usaha yang dilakukan demi keharmonian negara dan penduduknya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s