Justo Namakan 10 Individu Terlibat Plot Jatuhkan PM


Oleh rmf

justothai

SINGAPURA: Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang akan didakwa kerana memeras ugut bekas majikannya, mendakwa kira-kira 10 orang telah membeli dokumen daripadanya untuk menyerang Perdana Menteri.

“Dia telah mengaku segala-galanya. Dia telah memberikan kita kerjasama yang sangat baik…setiap dokumen, walaupun dari dalam telefon bimbitnya,” kata jurucakap polis Thailand Lt Jen Prawuth Thavornsiri kepada The Straits Times.

Justo dilaporkan menjual data yang telah diambil dari PetroSaudi kepada kumpulan tersebut, termasuk tokoh-tokoh media dan seseorang daripada pihak Perdana Menteri sendiri.

Antaranya adalah seorang wanita yang dilahirkan di Malaysia dan telah berpindah ke Britain.

 “Beliau mempunyai blog berita,” kata Lt Jen Prawuth.

Ditanya sama ada blog itu adalah laman Sarawak Report, beliau berkata: “Mungkin. Saya tidak menyebutnya, anda menamakannya.”

“Laman web itu mempunyai data yang diubah untuk menjatuhkan PM,” katanya.

Lt Jen Prawuth berkata beliau tidak boleh menyebut namanya.

Tetapi beliau berkata Justo telah bertemu dengan ‘ramai orang, kira-kira 10 orang, daripada media dan dari kalangan politik, walaupun daripada parti yang sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lt Jen Prawuth berkata Justo bertemu wanita yang dilahirkan di Malaysia selama tiga kali di Thailand, dan juga di Singapura, untuk ‘rundingan’.

Pada tahap terakhir rundingan, apabila kumpulan itu mengesahkan bahawa fail Justo terkandung maklumat yang mereka mahu, mereka membincangkan bagaimana untuk membuat bayaran kepadanya.

Bukti yang didakwa daripada Justo termasuklah transkrip penuh dengan semua perbualan WhatsApp beliau dengan kumpulan itu semasa rundingan dan perbincangan mereka tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Beberapa pertemuan dilaporkan telah diadakan di Singapura.

“Cara pembayaran adalah cara yang sama seperti yang dilakukan kumpulan pengubah wang haram”, kata Lt Jen Prawuth.

Semua butiran ini ‘semestinya berguna’ kepada polis Malaysia, katanya.

“Kes ini sepatutnya perlu dilaporkan di Singapura kerana pengubahan wang haram untuk menyerang PM bermula di Singapura,” katanya.

“Jika polis Singapura meminta saya untuk keterangan (melalui) protokol hal ehwal asing, saya boleh menghantarnya.”

Polis Thailand menahan Justo di rumah mewah beliau di pulau peranginan Koh Samui pada 22 Jun lalu.

Lelaki berusia 49 tahun itu telah bekerja untuk PetroSaudi pada 2010-2011, kata Lt Jen Prawuth.

“Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu adalah kawan rapat Xavier. Saya tidak tahu apa konflik mereka. Dia (Justo) meninggalkan syarikat dan meminta wang daripada syarikat.

“Syarikat itu membayarnya kira-kira empat juta franc Switzerland pada masa dia meninggalkannya.

“Selepas dua tahun Xavier menghubungi CEO itu lagi dan meminta sedikit wang lagi. Sebelum dia pergi, dia telah membuat salinan setiap e-mel syarikat dari pelayan.

“Pada tahun 2013 dia menghubungi syarikat itu dan berkata, saya tahu semua rahsia anda, dan saya mahu AS$2.5 juta.”

“Apabila PetroSaudi menolak permintaannya, Justo kemudian menghampiri kumpulan yang lain,” kata Lt Jen Prawuth.

Justo akan didakwa kerana peras ugut, kata Lt Jen Prawuth kepada The Straits Times.

“Ugutan itu berlaku di Thailand, jadi kami hanya mempunyai skop untuk itu.”

Pada 3 Julai, The Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa AS$700 juta yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sejak dua tahun yang lalu.

Perdana Menteri, yang digesa meletak jawatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menafikan pernah menggunakan dana negara untuk ‘kepentingan peribadi’.

Najib telah menuduh Dr Mahathir bersekongkol dengan media antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan melalui sabotaj politik. -The Straits Times/Asia News Network

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s