Penguatkuasaan Pemakian Tali Pinggang keledar Penumpang Belakang


Oleh rmf

IMG-20150712-WA0012

Pelbagai kaedah yang dilaksankan oleh kerajaan bagi memastikan keselamtan pengguna jalanraya  di musim perayaan.  Bermula dengan  kaedah pemeriksaan berkala  sehinggalah kepada  pemakaian tali pinggang keledar.

Kerajaan amat peka tentang peningkatan kemalangan jalanraya yang saban hari meragut banyak nyawa. Oleh yang demikian baru batu ini , kerajaan telah menguat kuasakan pemakaian tali pinggang keledar belakang bagi penumpang kederaan bagi menjamin keselamatan pernumpang  jika terjadinya kemalangan.

Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).

Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut :

  1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
  2. Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points).
  3. Kenderaan yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
  4. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.

Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, bagi tempoh enam (6) bulan pertama iaitu mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2009, JPJ atau PDRM akan menawarkan kompaun RM300 kepada pesalah

Baru baru ini ,penguatkuasaan undang-undang ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 di Terminal Bersepadu Selatan, Sabtu lalu.

Sebahagian daripada kita pastinya memandang lekeh pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang.Penguatkuasaan pemakaian talipinggang penumpang hadapan pun masih ramai yang ambil tidak peduli kepentingan

Pelaksanaan pemakaian talipinggang belakang ini telah dilaksanakan sejak 2009 lagi..namun, hasil dapatan yang diperolehi oleh Institut Kajian Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) menunjukkan hanya 7-9% penumpang sahaja yang berbuat demikian…

Menrut Tiong Lai, tema bagi kempen keselamatan sempena hari raya tahun ialah “Nyawa Dihagai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai”. Lihat sahaja tema ini, kita dapat lihat betapa seriusnya Kementerian Pengangkutan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara…

Pada tahun lepas 2014, jumlah kes kemalangan mencatatkan sebanyak 217 kes berbanding 2013, 258 kes

Mudahan dengan penguatkuasaan ini, akan dapat mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan jalanraya . Setiap langkah yang dilakukan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk kebaikan bersama. Kerana nyawa itu lebih berharga dari segalanya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s