Dividen Raya Untuk Peneroka FELDA


Oleh rmf

235ec-felda-hanya-1

Sempena sambutan hari raya , FELDA tidak pernah  melupakan  golongan peneroka yang mana selama ini telah bersama  sama membangunkan  FELDA. Dalam hal itu FELDA telah memperuntukkan sedikit sumbangan hari raya untuk meringankan beban perbelanjaan menjelang hari raya.

Peneroka Felda harus bersyukur dengan pembayaran dividen yang dibuat agensi tersebut, sempena perayaan Aidilfitri.

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pembayaran itu membuktikan Felda dan kerajaan amnya, mengambil berat tentang kebajikan warga peneroka, lebih-lebih lagi ketika menyambut perayaan Aidilfitri.

“Perlu diingat bahawa pembayaran adalah pertimbangan budiman kerajaan dan Felda untuk sama-sama melihat warga peneroka menyambut Aidilfitri dalam suasana meriah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian dividen berjumlah RM4.47 juta kepada 5,229 peneroka dari 10 tanah rancangan Felda dalam kawasan Pengerang, di sini, petang semalam.

Felda berkenaan ialah, Felda Air Tawar Satu melibatkan 629 peneroka, Air Tawar Empat (512), Air Tawar Lima (589), Semencu (628), Sungai Mas (697), Papan Timur (429), Adela (390), Tunggal (530), Sening (505) dan Kledang (320).

Turut hadir, Ketua Seranta Felda Wilayah Johor Bahru, Hazman Ismail, Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Mohd Nizam Abd Ghani dan Pengurus Rancangan Felda Semenchu, Ezrange Moin.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peneroka agar tidak melulu menerima sebarang maklumat dari sesetengah pihak yang belum disahkan kesahihan dan ketepatannya.

“Berprasangkalah positif dan sentiasa dapatkan kepastian dari pihak berkaitan dahulu. Jangan sesekali menyebar dan mengatakan sesuatu yang belum pasti belum pasti kesahihannya,” kata beliau.

Pada majlis itu, sebanyak 50 anak yatim dari lima perkampungan iaitu Kampung Tanjung Buai, Kampung Sungai Layau, Kampung Tanjung Serindit, Kampung Pasir Gogok dan Bandar Mas, turut menerima sumbangan hari raya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s