Parti Islam Sebenar bersifat sejagat. PAS bukan Parti Islam


Oleh rmf

images

Terlalu banyak salah anggapan  tentang parti yang memperjuangkan Islam atau sebaliknya. Setengah daripada mereka beranggapan parti Islam hanya berkisar kepada apa yang mereka perjuangkan dan percayai sahaja.

Namun disebalik pemahaman tersebut banyak yang telah keliru tentang sebuah parti Islam . Parti Islam sebenarnya bersifat sejagat dan dianggotai oleh golongan yang diterima  pelbagi jenis bangsa dan negara.

 Demikian  dengan pemimpinnya yang diterima oleh masyarakat sejagat dan diseluruh dunia. Sebuah parti Islam bukan bersifat local dan stempat sahaja. Pada kebiasaannya pembawaan parti Islam ini dapat mengisi kebenaran dan mengutamakan perpaduan dalam Islam sebagaimana ianya dituntut oleh agama.

Kelebihan parti Islam ialah ianya dapat mengisi  fitrah semula jadi manusia tanpa ada batas batas yang menghalang terutama bangsa  , suku, dan warna kulit. Bukan itu sahaja parti Islam mestilah bersifat terbuka  tanpa mengira  umur , jantina , pendidikan.

Sifatnya yang tersendiri dan tidak meyebelahi mana mana pihak dalam meperjuangkan syiar Islam yang dibawa didalamnya dan penglibatannya adalah diperlukan oleh  manusia sejagat.

Perkara yang paling meyerlah sekali ialah apabila pemimpinnya dapat diterima oleh semua golongan dan  menjadi model kepada perpaduan, model kepada gaya hidup yang berlandaskan toleransi dan bertimbangrasa tanpa merngira kaum .

Dalam hal ini PAS yang dikatakan sebagai sebuah parti Islam  tidak menunjukkan bahawa ianya sebuah parti Islam yang boleh dicontohi. Ini kerana didalam PAS sendiri tidak terdapat model perpaduan yang disarankan oleh agama .

Bahkan didalam PAS sendiri terdapat medel permusuhan dan perpecahan diantara kepimpinan dan juga perpecahan dikalangan masyarakat secara umumnya. Perpecahan ini jelis dilihta apabila  ceramah ceramah yang dianjurkan itu menjurus kepada  caci , memaki sesame Islam.

Bukan itu sahaja malahan sikap  mengkafirkan sesame Islam  un terjadi, Jadi bagaimanakah PAS boleh dikatakan sebagai sebuah parti Islam? Pada dasarnya  jika mana mana pihak yang tidak meyokong perjuangan PAS , maka secara terus terang juga dianggap sesat dan jahilliah.

Penyertaan PAS dalam Pakatan juga dilihat bukan sebagai sebuah parti Islam yang mana  PAS sendiri gagal untuk menyatukan sekutunya menjadi sebuah kumpulan yang mengikut apa yang diperjuangkan oleh PAS.

Malahan PAS terpaksa akur dan tunduk kepada  anggota yang berfahaman anti Islam . Jika PAS bersifat sejagat sudah tentulah semua parti sekutunya akan membubarkan  parti masing masing dan bergerak dalam PAS seiring dengan apa yang  diperjuangkan oleh PAS.

Apa yang berlaku ialah PAS dan sekutunya masing masing membawa haluan dan berjuang untuk kepentingan diri dan akhirnya PAS sebagai sebuah parti yang deianggap sebagai pelengkap kepada dominasi sekutunya.

Maka disini jelas dan teramat jelas bahawa PAS bukan lag sebuah parti yang bersifat global atau sejagat. Sebaliknya PAS hanya lah sebuah parti serpihan yang hanya  tahu untuk mendapat sokongan kuasa dan pengaruh dalam pilihantaya sahaja.

Setelah separuh abad  PAS berjuang sepatutnya telah menjadi sebuah parti yang mendominasi PKR bukan sebaliknya yang berlaku. Secara terang dan jelas PAS bukannya sebuah parti yang menjadi pak turut dan  alat untuk digunakan oleh sekutunya.

PAS bukannya sebuah parti Islam diperjelaskan dengan tindakannya menolak apabila diajak bersatu  dengan sebuah parti yang mana rata rata didalamnya adalah umat Islam. Jika dahulu PAS pernah melebelkan bahawa  sifat kafir kepada UMNO kerana bersekongkol dengan MCA, namun sifat tersebut telah natural bila mereka sendiri telah menjalankan hubungan denga DAP yang mana nyata sebuah parti yang bermatlamat menentang Islam dan orang Melayu.

DAP dan PKR adalah dua buah parti yang mana nyata dilihat adalah  berfahaman Pluralisme dan Liberal dalam Islam , DAP lebih kepada sosialis yang mana  mengamalkan fahaman komunisme yang amat jelas menolah bangsa  lain serta agama selain bangsa mereka sendiri.

Penglibatan PAS dalam kedua parti ini telah memperlihatkan bahawa PAS bukan sebuah Parti Islam yang berlandaskan  apa yang disarankan oleh Agama Islam. Tetapi lebih kepada kepentingan  politik dan mengamalkan kaedah sikap bermusuhan sesame Islam.

Apakah didalam Islam sendiri telah mengajar umatnya agar bermusuhan sesame islam dan menolak perpaduan yang menjadi teras kepada kekuatan Islam tu sendiri. Jika perkara ini pun PAS tidak mampu lakukan, apatah lagi perkara perkara  yang melibatkan penyatuan yang lebih besar lagi.

Allah didalam ayat  sucinya telah menyindir umat ini  yang bermaksud

Kamu Melihat Mereka bersatu, Tetapi sebenarnya hati mereka berpecah pecah” (Surah Al- Hasyar ayat 14)-

Ayat ini secara jelas telah menerangkan bahawa mereka dilihat seperti bersatu diantara dengan yang lain, namun mereka mempunyai kepenting diri masing masing. Bukan atas dasar kepentingan Islam, bersatu pada zahirnya sahaja  tetapi mempunyai hati yang berbeza beza.

Jadi, bagaimanakah PAS hendak menegakkan ajaran Islam dan bersama sekutunya bersama sama menegakkan syiar Islam sedangkan pada masa yang sama PAS dianggap sebagai alat kepada mereka yang berada dalam kumpulan tersebut.

DAP bersatu dalam Pakatan hanya  lerana ingin meraih sakongan  dan undi sahaja dikalangan pengundi PAS untuk membolehkan mereka menjadi dominan dalam  sekutunya. PKR pula menggunakan PAS sebagai rakan politik hanya kerana sokongan untuk jawatan.

Jadi disini kita dapat melihat bahawa PAS tidak mempunyai kuasa sebagai sebuah Parti Islam yang dominan dalam mempengaruhi sekutu  dalam pakatan untuk mengikuti jejak perjuangan untuk memertabatkan syiar Islam. Malahan PAS adalah hanya sebuah Parti yang dianggap Islam oleh pengikutnya sahaja  tetapi tidak pada mata sekutu nya.

Jadi tidak hairanlah jika ada pemimpin DAP yang sanggup mempermainkan ayat suci Al – Quran dan sanggup menjadi “melayu Celup”  hanya kerana untuk mendapat sokongan serta pengaruh dari pengikut PAS yang mana bila sepatah ayat Al- Quran dibaca oleh si Kafir Harbi ini  cukup untuk “mengislamkan” pemimpin DAP.

PAS yang dilihat  sebagai sebuah parti Islam oleh pengikutnya  tidak mampu untuk mengawal sekutu yang ada dalam pakatan. Ini bukan lah sifat yang ada pada sebuah Parti Islam yang bersifat global dan sejagat. PAS hanya lah sebuah parti yang “mempergunakan Islam” selagi ianya tidak dapat menunjukkan dominannya terjadap sekutu.

DAP sebagaimana kita tahu adalah sebuah parti yang menentang Islam secara jelas dan terang. Berapa banyak  mereka telah menyindir PAS untuk melaksanakan  undang undang Islam . Dan Ini merupakan  tentangan yang cukup hebat  kepada PAS. PAS selama ini hanya akur kepada  tuntutan yang dibuat oleh DAP.

Sebagai sebuah parti politik yang telah mengistiharkan dan bercita cita untuk meperjuangkan Islam. Sepatutnya PAS berjunag bersendirian tanpa melibatkan fahaman social dan liberal dalam  kumpulan  politik mereka.

Selama setengah abad PAS berjuang, sepatutnya PAS lebih dominan dari parti yang lainnya. Namun perkara ini tidak pernah berlaku. Kehadiran PAS dalam PKR telah d”dirojakkan”  menjadikan perjuangan mereka bercampur aduk dari perjuangan asal.

PAS secara dasarnya kena membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berwibawa dalam memperjuangkan hal hal berkaitan Islam sejagat, bukan  hanya kerana dendam kesumat yang ada  dalam jiwa perjuangan untuk menjadikan  sesame Islam UMNO sebagai musuh yang tidak pernah diampunkan.

Sedangkan pada masa yang sama PAS terus  berkompromi dengfan kafir harbi yang mempunyai agenda untuk memusnahkan Islam secara total. Kesilapan paling besar PAS ialah mempercayai DAP bukan UMNO. Jika PAS sebagai sebuah parti Islam sudah tentunya ianya akan menitik beratkan perpaduan sesame Islam dan bersatu demi memertabatkan Islam.

Telah dinyatakan secara jelas dengan firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya PARTI ALLAH ( Parti Islam) itu akan sentiasa menang” ( Surah Al- Maidah ayat 56)-

Jika benar PAS sebuah Parti Islam , sudah tentunya janji Allah akan berpihak kepada mereka. Dan PAS akan terus meraih kemenangan untuk mendaulatkan syiar Islam dan menjadi pemerintah kepada kerajaan.

Diantara sebab yang meyebabkan PAS sentiasa kecundang untuk menjadi pemerintah adalah kerana sikap pemimpin hingga lah kepada pengikutnya sentiasa melanggar apa yang disarankan oleh agama Islam.

 Perbuatan yang lain tidak disukai oleh Allah dan Rasul ialah bila PAS sendiri menolak Perpaduan yang mana ianya  merupakan teras kepada kekuatan Islam.Ini merupakan kesalahan yang amat besar dilakukan oleh PAS ialah mengkafirkan sesame Islam.

Kesimpulannya, Sekiranya PAS sebuah Parti Islam yang mana berlandaskan perjuangan syiar Islam, semestinya teras kekuatan Islam tidak akan ditolok begitu sahaja. Namun apa yang kita lihat PAS hanya sebuah parti politik yang hanya mementingkan kuasa dan undi untuk kepentingan diri semata mata.

Apa yang ada hanya la lebel Islam sahaja digunakan , tetapi ruh perjuangan Islam yang disarankan oleh Agama Islam tersebut tidak pernah ada dalam perjuangan Pas. Benar janji Allah akan membanti Parti Islam dengan memberikan kemenangan,  Tetapi sehingga kini Allah tidak mengisinkan PAS  sebagai sebuah Parti yang bertopengkan Islam untuk kemenangan.

Pertolongan Allah tiada dapat dikecapi oleh PAS walaupun berbagai usaha dilakukan untuk menguasai negara ini sebagai pemerintah yang sah melalui sistem yang diamalkan dalam negara ini. Dan ingatlah janji Allah’

Allah berfirman : “Janji Aku ( Memberi Kuasa pada pemerintah) tidak akan terkena ( Tidak diberikan) kepada orang yang zalim” (Surah al-Baqarah.124)-

Zalim bukan sahaja terhadap makhluk tetapi termasuk diri sendiri dan memfitnah zahir dan batin.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s