Malaysia teruskan usaha bawa perubahan untuk langit lebih selamat – Tiong Lai


Oleh rmf

images (2)

Saranan Malaysia supaya dilaksanakan perubahan untuk langit yang lebih selamat mendapat sambutan baik masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejajar dengan saranan Malaysia supaya diwujudkan peruntukan bagi pengesanan pesawat komersial secara global dan tepat masa, ICAO akan juga mengemukakan perakuan bagi peruntukan serupa pada Ogos tahun ini.

Liow akan berucap pada sesi pleno ke-34 Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC) pada 30 Jun dan 1 Julai depan, bersempena ulang tahun ke-60 pertubuhan itu.

Dalam usaha memperkukuh hubungan negara bersama rantau Eropah, Malaysia telah menandatangani satu Perjanjian Kerjasama di antara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC).

Menerusi Perjanjian Kerjasama ini, adalah diharapkan agar hubungan kerjasama yang lebih baik dapat dipertingkatkan bagi perkara-perkara berkaitan dengan penerbangan awam antarabangsa, terutamanya dari aspek keselamatan, pembangunan modal insan, peraturan, penyiasatan kemalangan dan isu berkaitan alam sekitar.

Kerjasama ini bakal menggalakkan perkongsian maklumat berkaitan tren industri penerbangan dan juga lebih banyak penglibatan bersama dalam acara dan mesyuarat bertaraf antarabangsa serta kolaborasi inisiatif dan aktiviti latihan yang berkaitan dengan pembangunan sektor penerbangan awam.

Di samping itu, kerjasama ini turut dilihat akan menjadi pemangkin kepada peluang pertumbuhan sosio-ekonomi antara Malaysia dan Eropah.

Harapan Malaysia adalah untuk mewujudkan ekosistem mampan yang menyokong aspirasi untuk mewujudkan sektor penerbangan antarabangsa yang selamat dan efisien.

Malaysia telah diberi penghormatan untuk memberi ucaptama pada Sesi Plenari ke-34 ECAC bersempena dengan ulangtahun ECAC ke-60. Dalam ucaptama pada Sesi Plenari tersebut, saya telah merayu sokongan daripada ECAC terhadap cadangan Malaysia berhubung pengesanan global secara ‘real-time’, jangka hayat bateri kotak hitam yang lebih lama serta perkongsian maklumat secara mandatori antara negara-negara anggota ICAO dan industri penerbangan. Malaysia turut menggesa ECAC untuk bekerjasama dengan ICAO berhubung perkara ini.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s