FGV Yakin Raih Pulangan Dua Angka Daripada Perlaburan Di Vietnam


Oleh rmf

images (1)

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yakin dapat meraih pulangan dua angka daripada pelaburannya dalam produk pengguna berasaskan minyak sawit di Vietnam.

Ketua bahagian kluster hiliran sawitnya, Datuk Zakaria Arshad berkata FGV membuat penerokaan ke satu daripada pasaran pengguna minyak sawit terbesar dengan pertumbuhan penduduk tinggi dan penggunaan minyak sayuran yang besar.

“Dengan bekerjasama bersama pemain-pemain utama industri yang telahpun mempunyai pelanggan, kami boleh bertapak kukuh di Vietnam,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

FGV baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan peneraju industri konfeksi di Vietnam, Kinh Do Corporation dan penyedia penyelesaian serantau bagi logistik bersepadu, Indo Trans Logistics Corporation (ITL).

Perkongsian itu menumpukan kepada pengeluaran, penjualan, pemasaran dan pengedaran minyak khusus dan barangan pengguna berasaskan minyak sawit yang dibungkus bagi pasaran Vietnam.

Zakaria berkata kerjasama itu akan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan, diakhiri dengan penubuhan syarikat usaha sama di mana kedua-dua Kinh Do dan FGV memegang 40 peratus pegangan setiap satu, manakala ITL dan syarikat-syarikat sekutu lain memegang baki pegangan selebihnya.

Kinh Do menguasai 80 peratus bahagian pasaran minyak masak di Vietnam menerusi 51 peratus pegangannya dalam Vietnam Vegetable Oils Industry Corporation (Vocarimex), pengeluar minyak masak utama.

Bagi memenuhi selera pengguna Vietnam, beliau berkata syarikat itu merancang membina kemudahan pengadunan dan pemprosesan bagi mengadun minyak sawit dengan minyak kacang tanah di negara tersebut, dengan minyak sawit mentah sebagai bahan mentah di bawa dari Malaysia.

Menurut perangkaan ekonomi, Vietnam, dengan jumlah penduduk ketiga terbesar di ASEAN seramai 90 juta orang, merupakan pengimport ke-13 terbesar minyak sawit.

Zakaria berkata FGV berharapkan kepada faktor penduduk yang ramai dan penggunaan tinggi minyak sayuran di Vietnam.

“Margin tinggi boleh dijangkakan di Vietnam. Tidak seperti Malaysia, yang minyak masak disubsidikan, harga minyak masak di Vietnam lebih tinggi kerana ia berdasarkan kepada kuasa pasaran,” katanya.

Berdasarkan kepada unjuran rasmi, beliau berkata, pengguna minyak sayuran Vietnam dijangka meningkat kepada 16 kilogram seorang setiap tahun menjelang 2020.

Beliau berkata pengimport utama dari Malaysia dan Indonesia mempertaruhkan unjuran ini kerana minyak sawit menyumbang 70 peratus daripada pasaran minyak sayuran di Vietnam.

Meskipun terdapat minyak sayuran lain dalam pasaran Vietnam, minyak sawit menjadi pilihan susulan kesedaran pengguna tentang manfaat kesihatannya dan harga yang kompetitif, katanya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s