SPAD Tangguh Operasi Tren ETS Kuala Lumpur ke Padang Besar


Oleh rmf

IMG_2425

Sebelum ini pengumuman yang telah dibuat oleh SPAD mengenai perlancaran tren ETS dari Kuala Lumpur ke Pandang Besar akan dilancarkan pada 1 Julai yang lalu. Berita ini amat mengembirakan banyak pihak yang menggunakan pengangkutan awam  dimana ianya memudahkan untuk  pulang berhari raya.

Namun setelah kajian dibuat , SPAD telah menangguhkan perkhidmatan perjalanan tren ETS sebagaimana yang telah diumumkan. Keputusan ini  telah memberikan sedikit sebanyak kekecewaan dikalangan pengguna.

SPAD  sebagaimana kita maklum  telah membuat kajian terperinci mengenai keselamatan dan perkara perkara yang  penting bagi menjamin keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren ini.

Walaupun pelbagai reak si rakyat atau pengguna dikemukakan, namun SPAD sebagai Suruhanjaya  Pengangkutan Awam darat yang bertanggung jwab tidak akan  sesekali berkrompomi dalam isu keselamatan yang akan membahayakan nyawa penumpang  nanti.

Mungkin ada sebahagian daripada rakyat atau penumpang  tidak memahami SOP yang disyaratkan oleh SPAD bagi setiap pengangkutan  awam yang digunakan oleh rakyat.  Pematuhan kepada garis panduan keselamatan  amatlah dititik beratkan oleh SPAD.

Kegagalan menepati garis panduan tersebut  berkemungkinan akan membawa padah dan kehilangan nyawa jika perkara ini diambil mudah dan ringan. Justeru itu SPAD  dengan kuasa yang ada  bertindak memastikan  langkah keselamatan dipatuhi 100%.

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar “pengendali perkhidmatan berkenaan sedia maklum bahawa syarat utama adalah memenuhi aspek keselamatan dan piawaian yang ditetapkan SPAD.”

“Ada lagi 12 hari lagi menjelang hari raya,ada cukup masa lagi (mendapat kelulusan) bagi membolehkan ETS mula beroperasi pada Aidilfitri ini” katanya…

Walaupun pelbagai tohmahan dan kritikan yang bersifat negative ditujukan kepada SPAD , namun bukan tujuan SPAD untuk melengah lengahkan perkhidmatan  tren tetapi perkara yang paling penting ialah isu keselamatan yang akan ditanggung oleh SPAD jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak dingini.

Tan Sri Syed menafikan dakwaan dengan berkata “bukan kita lambat-lambatkan (kelulusan) seperti dakwaan sesetengah pihak. Apabila bagi kelulusan, kita mahu memastikan keselamatan orang awam terpelihara,”katanya.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa SPAD lebih mengutamakan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam darat  disampaing memastikan  langkah keselamatan yang diambil mengikuti  garis panduan yang ditetapkan tanpa membahayakan nyawa rakyat.

Seharusnya kita berterima kasih kepada SPAD yang  bertindak sebagai  pemantau dalam kepelbagaian sudut kualiti , keselamatan untuk memastikan pengakutan awam darat berkualiti dari mutu perkhidmatan dan keselamatan serta keselesaan pengguna.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s