Satu Analisis – DAP sebagai Tuan , Melayu Sebagai Hamba.


Oleh rmf

1

Kata kata “ Menang sorak Kampung tergadai kini boleh saya ubah kepada Menang Takbir Negeri tergadai” bagi merujuk kepada scenario politik yang  berlaku sekarang. Sikap tidak mahu  sedar bahawa kepentingan bangsa amat penting untuk diperjuangkan sebagaimana dilakukan oleh DAP.

Berdasarkan sejarah, Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingat, sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan ‘Melayu’ atau ‘Tanah Melayu’ itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

Ringkasnya, istilah Tanah Melayu, Malaysia dan Malaya 63 Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah adalah jelas merujuk pada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays.

Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu. Semua fakta di atas menunjukkan bahawa politik Malaysia sejak dari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan imigran, adalah bersifat perkauman (komunalisme)

Selain daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British, sikap bertolak ansur dan mesra dan boleh menerima  orang Melayu terhadap orang lain dan kepandaian orang lain mengekspoitasikan orang Melayu turut menyumbang kepada masalah kaum sehingga ke hari ini.

Sekarang ini lah yang teah berlaku dalam negara ini Malaysia. Walaupun pada dasarnya hubungan antara kaum di Malaysia masih baik. Rakyat  berbagai kaum masih menjalani hubungan seperti biasa. Tidak ada ketegangan di  antara kaum dalam hubungan mereka seharian. Hubungan sosial di antara sesama orang Melayu juga baik, tidak kira apa parti politik mereka.

Apakah yang berlaku sejak tahun 1969 lagi, dasar dasar yang diperjuanggkan oleh orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

Sedar atau tidak setelah hampir 55 tahun mereka gagal menjadikan dasar tersebut secara reality , namun sekarang dalam politik  yang semakin memecah, DAP menggunakan orang Melayu sebagai perlaksana dasar yang mereka impikan atas nama perpaduan dalam parti.

Kebanyakan nya oarang Melayu yang sememangnya terkenal dengan hasad dengki dan  amat berani dengan bangsa sendiri, kini sedang berhadapan dengan krisis identity yang mana mereka cuba  keluar dari kelompok Melayu dan menjadi  Melayu yangt lebih terbuka tanpa memikirkan kesan terhadap penjajahan bangsa yang baru.

Apkaha natijahnya bila mana konsep Malaysian Malaysia ini terlaksana. Sedar atau tidak dalam agenda yang terancang hampir 50 tahun oleh DAP selepas 13 Mei telah menjurus satu azam yang mana  kedudukan orang melayu hanya tinggal pada nama sahaja. Apa yang tinggal pada orang Melayu ialah Sultan Sultan yang dilihat sebagai boneka sahaja.

Jawatan jawatan yang ingin di sandang dalam kerajaan akan  dimanopolikan oleh DAP sebagai mana yang  berlaku di Singapura sekarang ini. Kehadiran melayu hanya lah 0.01% sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan.

Sedar atau tidak rancangan Malaysian Malaysia ini adalah satu agenda yang mana  Lee Kwan Yew telah mengariskan satu  tempoh yang agak panjang iaitu 30 tahun dari tahun 1969  untuk Malaysia mempunyai perdana Menteri yang berbangsa Melayu.

Disebalik  rancangan tersebut, sejak 2008 lagi DAP telah berjaya menarik banyak orang Melayu untuk menjadi Ahli Parti mereka dan  sebagaimana berlakunya di Singapura satu ketika dahulu, Melayu akan digunakan sebagai senjata untuk menjadikan impian mereka tercapai.

Sebagai langkah menusnahkan sejarah bangsa , DAP sebagaimana PAP yang diketuai oleh Sdingapura sedikit demi sedikit telah memusnahkan sejarah bangsa  Melayu tanpa disedari oleh banyak  orang Melayu.

Sejak zaman PAP atau Lee Kuan Yew secara terang-terang menolak hak istimewa orang Melayu. “Mengikut Sejarah” katanya, “orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Pendek kata, Lee Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan kepulauan Melayu. Dengan sedikit bukti yang ada kenyataan in telah mempengaruhi bukan Melayu pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu.

Perkara ini jelas diperkatakan  dalam misi mereka untuk memastikan fakta yang salah itu akan dijadikan isu untuk mempengaruhi generasi muda yang mana bakal mengubah lankskap politik masa akan datang.

Tidak dapat dinafikan pengaruh sejarah memang tidak dapat dipisahkan dalam proses sosialisasi politik. Sejarah telah mewujudkan masalah perkauman sehingga kini. Lihat sahaja yang telah berlaku di Pulau Pinang sekarang. Ini adalah bukti sikap perkauman yang diamalkan oleh DAP amat ketara dan begitu kuat sekali terhadap orang Melayu.

Kuasa politik berada di tangan orang Melayu, sementara ekonomi didominasi oleh orang Cina. Ketidakseimbangan ekonomi ini menjadikan keadaan bertambah buruk. Masalah status orang Melayu sejak dahulu lagi telah menghantui orang bukan Melayu.

Orang bukan Melayu menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara. Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan. Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus

Bercakap mengenai kemasarataan ini, sedar atau tidak oleh kita bangsa Melayu bahawa sedikit  demi sedikit hak hak kesamarataan ini telah dicapai oleh  DAP dengan sokongan yang dibuat oleh  Melayu PAS dan PKR.

Difahamkan  bahawa di Pulau  Pinang Wang Zakat umat Islam boleh diberikan kepada bukan Islam. Ini lah yang mereka mahukan, segala yang berkaitan dengan orang Melayu telah  dikikis  satu persatu dan secara jelas telah mendapat sokongan orang Melayu yang buta politik bangsa sebagaimana DAP perjuangkan.

Sedacara dasarnya perkauman ini wujud sejak abadke-19 lagi. Imigran Cina bukan sahaja membawa bersamasama adat, kepercayaan, agama dan kebudayaan keluarga, tetapi juga sistem pendidikan mereka ke Tanah Melayu.

Sikap perkauamna yang diamalkan oleh DAP amat terserlah dimana mereka amat senada dengan  apa yang mereka perjuangkan. Isu sekolah cina , bahada dan budaya ini adalah teras kepada  mereka untuk mengekalkan tradisi  yang mereka bawa dari tanah besar.

Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan dan memberikan penghormatan tinggi kepada pendidikan. Mereka telah mendirikan sekolah Cina melalui usaha orang perseorangan dan persatuan bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa mereka. Hal ini dibuktikan dengan pembinaan sekolah Cina di mana sahaja terdapat penempatan orang Cina

Melihat perpecahan orang Melayu, orang Cina khususnya, yang memang pandai  membuat perkiraan, telah bersatu di belakang  DAP, mengambil faedah daripada  undi penyokong PKR dan PAS untuk menjatuhkan BN dan menjadi parti dominan  dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah. Negeri Perak selepas PRU12 adalah misalan yang baik.

Wakil PAS dijadikan sebagai Menteri Besar menyebabkan  penyokong-penyokong PAS merasa bahawa mereka telah berjaya menubuhkan sebuah “Kerajaan Islam”. Maka bertakbirlah mereka disepanjang jalan menunjuk  perasaan. Hakikatnya majoriti ahli Exco adalah ahli-ahli DAP dan merekalah yang

Tetapi di satu sudut yang lain mereka lupa, bahawa disebalik jawatan  yang diberikan , mereka PAS hanya lah tidak ubah seperti  kereta mainan yang dikawal.

PKR telah berjaya menarik orang-orang yang kecewa, yang tidak mendapat tempat dalam UMNO, golongan oportunis dan  yang marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO tidak kira samada alasannya munasabah atau tidak.

PKR telah membuktikan bahawa ia hanya mempunyai satu  matlamat iaitu berjuang untuk menjatuhkan Kerajaan BN untuk membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka sanggup melakukan  apa sahaja untuk mencapai hasrat mereka, termasuk mengorbankan hak orang  Melayu dan kedudukan agama Islam.

Pembohongan yang dilakukan oleh PKR telah menyebabkan  perpecahan dikalangan orang Melayu meruncing. Kini peluang dari perpecahan ini telah digunakan sepenuhnya oleh DAP untuk menghancurkan terus   kekuatan Melayu yang dahulunya amat sukar dipecahkan.

Melihat keadaan ini , DAP yang mana berperanan sebagai “Khalifah” dalam Pakatan telah mula menunjukkan taring kiasu mereka yang sebenarnya. NGO-NGO Cina mula menunjukan sikapnya yang sebenar:  tamak dan “kiasu”.

 Mereka mula membuat tuntutan-tuntutan yang tidak berpatutan  yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan khususnya mengenai hak  orang Melayu dan kedudukan Islam. Tindakan Gereja Katholik juga sangat merbahaya.

Semua perbuatan itu bukan sahaja boleh menggugat perpaduan negara, malah ketenteraman negara. Semua ini tidak berlaku semasa orang Melayu  teguh di belakang UMNO. Perbuatan itu mesti dibendung. Untuk itu Kerajaan hendaklah memikir semula mengenai keperluan mengadakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehingga kini DAP terus menerus memainkan isu perkauman yang mana akan mengoncangkan negara ini dengan sokongan PAS dan PKR . Hak hak kesamarataan dalam semua bidang yang dimiliki oleh orang Melayu kini  hampir lenyap.

Mempertikaikan hak hak orang Melayu tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan. Ketidakpuasan hati orang Cina disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salah faham dan Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia

Kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia. Inilah persepsi yang rata-rata berlaku antara kedua-dua kaum terbesar di Malaysia yang menjadi bahan untuk mengadu domba diantara kaum.

Dalam ertikata lain  kerajaan tidak patut terlalu berlembut apatah lagi takut kepada  mereka sehingga tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap  mereka. Tidak guna mempunyai undang-undang jika tidak berani menggunakannya.

Kerajaan mestilah bersikap tegas dan tidak melayan tuntutan-tuntutan melampau itu.  Malah tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap mereka jika mereka melanggarnya. Di kebelakangan ini, Kerajaan nampak seolah-olah takut mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis yang menyebabkan mereka semakin melampau

Cuba bayangkan bagaimana Singapura akan bertindak dalam keadaan yang serupa. Seperti disebut tadi, Kerajaan mestilah memberi pertimbangan serius untuk mengadakan semula ISA. Pelampau hanya faham ketegasan, bukan diplomasi.

Dalam erti kata lain, UMNO, mesti kekal di landasan moderate yang berjuang menegakkan keadilan, menolak kesamarataan kerana jika UMNO berubah kepada lebih liberal, dibimbangi kaum lain tidak akan berbuat perkara yang sama dan akhirnya UMNO akan dilihat lebih banyak memberi apa yang orang Melayu miliki kepada bangsa lain.

Bangsa lain juga perlu mengorbankan kepentingan kaumnya bukan sahaja UMNO. Jika perpaduan nasional dan juga kesamarataan menjadi pilihan, bangsa lain perlu sanggup mengorbankan sistem pendidikan mereka seperti yang berlaku di negara Singapura. Jika tidak, tiada sebab mengapa UMNO harus bergerak daripada moderate kepada perjuangan yang lebih liberal.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Satu Analisis – DAP sebagai Tuan , Melayu Sebagai Hamba.

  1. Lim Pan Tat says:

    Bro,

    Melayu terdesak sekarang bro. Aku sesekali tidak akan menyerahkan negara ini kepada mana mana Cina. Tapi kebanyakan Melayu dari yang terpelajar sampaila yang tidak, semuanya hidup dihimpit rasuah melampau golongan yang berkuasa mengubahnya(Melayu jugak) dan yang berkuasa menguatkuasakannya(Melayu jugak). Kegagalan pemerintah mengubah perkara ini yang telah berlaku sejak sekian lama mengikis perasaan sayang kepada bangsa sendiri, sedihkan ?

    Ahli politik Melayu menjahanamkan bangsa sendiri, baik PAS,UMNO mahupun PKR. DAP jangan cakap la.

  2. Zul Shah says:

    MasyaAllah. Inilah suatu cubaan tentang politik. Sebab itu dalam Islam sendiri ada bab Politik yang tidak dibongkar secara terang-terangan oleh Ulama yg bernama Ibnu Khaldun. Semua masalah ada panduan disitu. Semuanya di nukil dari AlQuran dan Sunnah Rasulullah (selawat dan salam kpd baginda). Mana mungkin orang Kafir menjadi lebih baik dari orang Islam? Namun kita harus berhati2 kepada kepintaran mereka, kerana Politik juga sama saperti berperang, cuma ia berperang Akal dan strategi. Negeri China banyak berperang dan mereka belajar dari pengalaman yg tertulis di kitab2 sejarah mereka. Zaman tamaddun kegemilangan Islam juga ada sejarah yg gilang gemilang, pasti banyak yang boleh kita pelajari dari sejarah Ugama dan pegangan Islam kita sendiri. Zaman sekarang adalah zaman Ilmu dan Teknologi, saikologi, sosiologi, semua logi2 yg ada digabungkan, tiada hukum yg lebih indah dan baik buat semua manusia baik Islam atau Kafir melainkan Hukum dan agama Islam , agama dan cara kehidupan yang Allah istiharkan dalam Alquran. Kita hanya menjadi Hamba Allah bukan hamba kepada Harta ataupun Tahta yg tiada kekal abadi. Hanya Allah dan Rasul saja yg mengetahui sebenar2 nya segala2 nya. Hanya suatu pandangan saya yg faqir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s