Penarafan stabil Fitch rangsang Ringgit, Bursa Malaysia


Oleh rmf

Pengumuman penarafan terbaharu oleh agensi antarabangsa, Fitch Ratings yang menyemak naik unjuran Malaysia kepada stabil, terbukti menyuntik kelegaan kepada pasaran tempatan, sekaligus melenyapkan kebimbangan sebelum ini.

Ringgit dibuka lebih kukuh apabila menokok 385 mata atau 0.97 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipacu peningkatan permintaan terhadap unit tempatan yang menyusuli pengumuman Fitch berkenaan.

Pada rehat tengah hari, ringgit mengukuh pada 3.7355/3.7395 berbanding dolar AS daripada 3.7740/7770 yang dicatatkan pada 5 petang, semalam.

Di pasaran ekuiti, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turut melonjak 30.56 mata atau 1.79 peratus kepada 1,737.20 pada tengah hari, didorong saham mewah perladangan dan pengguna.

Mengulas perkembangan ini, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, menyifatkan berita baik ini seharusnya memberi sedikit kelegaan kepada ketidaktentuan pasaran mengenai kemungkinan Fitch menyemak turun unjurannya terhadap Malaysia.

“Kita gembira dengan penarafan Fitch terhadap akaun semasa Malaysia ketika ini yang dikaitkan dengan peningkatan dalam aktiviti pelaburan.

“Ini akan mengukuhkan profil penarafan itu kerana kerajaan dijangka meningkatkan perbelanjaan bagi projek infrastruktur seperti disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Menerusi penarafan terbaharunya hari ini, Fitch mengesahkan penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘A-‘ selain menyemak semula unjuran Malaysia kepada stabil daripada negatif.

Menurut agensi penarafan itu, ia menilai kemajuan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta langkah penyelarasan subsidi bahan api sebagai menyokong kewangan fiskal.

Defisit itu juga diunjurkan terus mengecil tahun ini walaupun harga minyak rendah.

Ia juga menyifatkan kedudukan pasaran modal tempatan sebagai turut menyokong keperluan pembiayaan domestik negara.-

image

Unjuran stabil Fitch bukti dasar, pengurusan kewangan kerajaan baik – Najib

Semakan menaik Fitch Ratings ke atas unjuran Malaysia kepada stabil sesungguhnya membuktikan dasar ekonomi dan pengurusan kerajaan yang baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya gembira kerana Fitch, agensi penarafan antarabangsa, mengekalkan penarafan kredit Malaysia dan menyemak naik unjuran kita kepada stabil,” katanya dalam muat naik terkini dalam Facebook dan Twitter beliau.

Fitch Ratings mengesahkan penarafan penerbit mata wang asing jangka panjang pada ‘A-‘ dan IDR mata wang tempatan pada ‘A’.
Penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia juga disahkan pada ‘A’. Unjuran ke atas IDR jangka panjang itu disemak menaik kepada stabil daripada negatif.

Dalam membuat penarafan ke atas Malaysia, Fitch berkata, kewangan fiskal negara semakin meningkat sejak tahun lepas dengan defisit umum kerajaan susut daripada 4.6 peratus Keluaran Dalanm Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.8 peratus bagi 2014.

Hutang kerajaan secara amnya juga menguncup daripada 54.7 peratus pada akhir 2013 kepada 53.9 peratus pada akhir 2014.
Fitch berkata kemajuan yang direkodkan ke atas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan serta reformasi subsidi bahan api, turut menyokong kewangan fiskal,

Defisit fiskal juga diunjurkan terus mengecil tahun ini walaupun harga minyak masih rendah.
Ia berkata kedudukan pasaran modal tempatan yang kukuh turut menyokong keperluan pembiayaan domestik negara.

BERNAMA

mykmu.net

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s