Mampukah PAS Merangkak Bangun Dari Sisa Sisa Maruah Yang Tertinggal


Oleh rmf

images

Tiada apa yang tinggal pada PAS, dari sebuah parti yang dihormati satu ketika dulu, kini seakan sudah tidak bermaruah lagi, PAS seumpama anjing kurap dimata DAP. PAS dipergunakan sepenuhnya untuk memenangkan DAP dalam PRU/ PRK. Kini PAS di sepak ditendang terajang oleh DAP setelah semua  tenaga PAS dipergunakan dalam kepentingan DAP termasuk demontrasi.

Terlalu banyak tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP, daripada menyelamatkan akidah ummah

PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP.  Dengan susah payah, PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal.

PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina.

Atas dasar itu maka, sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan dan hanya yang tinggal adalah sisa sisa pentaksub yang mana didalamnya bukan untuk PAS tetapi adalah untuk DAP yang cukup manis  mulut dan dikatakan amat telus dalam membela nasib rakyat.

Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam.  Tahap ‘keIslaman’ PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang.

Penghinaan oleh DAP ditelan dimamah walaupun sepahit hempedu. PAS tetap merangkak tunduk sujud di kaki DAP sebagai tuan besarnya. Tidak berani mengangkat muka  walaupun sekian lama telah dipujuk agar berpatah semula dalam arus perjuangan yang sebenarnya oleh sekutu yang dimusuhinya iaitu UMNO.

Isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu.  Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia.

Dalam isu ini PAS sekali lagi menjadi anjing kurap yang mana memberikan sokongan tanpa bebelah bagi terhadap perjuangan DAP ini.  Pada masa ini mereka tidak memikirkan langsung natijah yang akan berlaku pada umat islam keseluruhannya.

Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka.

Tidak cukup dengan itu, PAS juga diuji dengan berbagai skandal Anwar Ibrahim yang tidak jemu-jemu membuat salahlaku moral.  Dan dalam setiap keadaan, PAS tetap teguh berada di belakang Anwar sehingga sanggup menggunakan hujah jahiliah dengan menolak bukti berbentuk rakaman video.

Berdasarkan semua faktor tersebut, maka sokongan terhadap PAS semakin lama semakin nipis.  PAS dicemuh oleh lawan serta tidak dihormati oleh kawan. PAS terus menerus mengadaikan maruhnya dan mengadikan ayat ayat Al-Quran demi untuk ‘Menghidupkan’ DAP dan Anwar Ibrahim.

Justeru, apabila isu Kalimah Allah sekali lagi menjadi hangat akhir-akhir ini, maka PAS yang baru tersedar dari mimpi telah mengambil keputusan U-Turn.  Malah, PAS turut kembali berdolak-dalih mengenai Negara Islam yang mana telah pun dipersetujui sebelum ini untuk digugurkan dari dasar parti.

Tindakan U-Turn, berdolak-dalih dan putar belit ini merupakan kaedah yang selalu digunakan oleh PAS untuk melindungi kesalahan mereka , walaupun tidak membantu, malah menyebabkan semakin ramai yang memalingkan muka dari PAS.

Di tambah pula dengan pendedahan mengenai kelemahan pentadbiran di Kedah dan selamanya, di Kelantan, maka PAS terus menerus meyalahkan orang lain terut6ama kerajaan dalam kegagalan negeri yang mereka perintah.

Dalam pada itu, PAS juga turut dikutuk kerana tidak pernah bertanding kerusi yang cukup,  yang mana tidak mungkin membolehkan mereka menjadi kuasa dominan di dalam PR. Kehadiran PAS dalam Pakatan seumpama pelengkap kepada DAP dan PKR untuk mendapatkan kemenangan dan berkuasa dalam sesabuah negeri.

Mengambil kira semua faktor ini, maka di saat-saat nyawa yang ada , disaat akhir maruah yang tersisa, PAS tiba-tiba mengambil keputusan untuk berusaha habis-habisan memperbetulkan segala apa yang telah terlanjur dan tersilap.

Malangnya, PAS tidak melakukan ‘pembetulan’ itu dengan cara yang betul, iaitu mengakui secara terbuka kesilapan bekerjasama dengan DAP mahupun Anwar, tetapi memilih untuk melakukan secara taktik ‘gerila’, iaitu secara sembunyi-sembunyi.

Tanpa keluar dari pakatan dengan parti kafir harbi dan parti penyokong LGBT, PAS berusaha untuk kekal bersuara dalam Pakatan, namun semuanya sudah terlambat apabila gerakan ‘pecah dan perintah’ telah dilakukan  dari dalam yang mana diketuai oleh orang upahan DAP .

Perpecahan PAS  Berjaya dilakukan  oleh upahan DAP dan sekarang wujudlah PAsMA yang mana mengecilkan lagi sokongan dan kerusi yang ada dalam PAS. DAP tersenyum lebar bilamana sebuah negeri yang didominasinya kini telah berpindah tangan secara mutlak dengan bantuan Mat Sabu.

Hakikinya PAS tidak berkuasa mutlak walaupun di negeri yang diterajui mereka seperti Kelantan.  Isu salon, arak, judi di Kelantan menjadi bukti  bahawa PAS akur kepada DAP juga.  Apa gunanya kuasa mutlak jila  ketua mereka di’remote’ oleh DAP.

Sebenarnya, tidak sukar kita membayangkan PAS mengangkat senjata menyerang DAP atau sesiapa saja kerana parti itu sememangnya dipenuhi dengan manusia-manusia yang mudah dipengaruhi emosi.  Jika tidak,

kenapakah setiap kali demonstrasi, tenaga dari PASlah yang paling mudah didapati dan boleh dikerah sesuka hati untuk melakukan kerosakan sehingga membahayakan diri mereka sendiri?  Dimanakah anak anak muda DAP.

Pada masa itu, Sepatutnya PAS melihat jauh kehadapan, bukan melihat untuk dipuji kesetiaan akan tetapai dilihat bagaimana PAS dipijak dan dijatuhkan tanpa bermaruah langsung.

Hakikatnya, PAS berakarkan ektremisme dan akar itu tidak pernah putus, atau PAS sudah tentu tidak lagi wujud hari ini.  Biarpun ia telah dijangkiti virus dan parasit, tetapi ia tidak bermakna yang ektremisme di dalam PAS yang mengidolakan pemerintahan ala Taliban itu, telah terhapus terus.  Malah, golongan syiah juga berkembang biak di dalam PAS.

Justeru, jika DAP dan PKR menyangka PAS itu boleh dipijak selama-lamanya, mereka silap, kerana PAS bukan kuda tunggangan atau anjing suruhan, tetapi syaitan.  Bukankah hanya syaitan yang layak berkawan dengan syaitan?  Dan bukankah PAS juga yang mengakui sanggup bersahabat dengan syaitan?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s