DAP adalah Punca Masalah Perpaduan Kaum Di Malaysia.


Oleh rmf

pap1

Perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. Ringkasnya, istilah Tanah Melayu, Malaysia dan Malaya 63 Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia:

Perspektif Sejarah, adalah jelas merujuk pada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu.

Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu. Kalau dahulu, hubungan antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan secara besar-besaran, namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini1 .

Ini bermakna, masyarakat majmuk di negara ini bukanlah muncul secara semula jadi seperti didakwa oleh sesetengah pihak. Negara ini ada penghuni asalnya. Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya.

dap_rasis

Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadikan kemasukan mereka tidak boleh dihalang lagi. Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu.

Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang-orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang-orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber 2007). Setelah Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, British kembali semula menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union2 .

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk kepada bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan orang Asli.

Antara ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip Jus Soli diperkenalkan yakni melalui kuatkuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan.

IMG_16218009957100

Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

Antara Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-Raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-Undang baru akan diperkenalkan bagi pihak Raja-Raja.

Ini bermakna British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu, termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat keadaan ini sebagai satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Comber 2007; Ongkili 1985; Ruslan Zainuddin 2005).

Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili 1985) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu.

Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ bagi melindungi kepentingan 64 Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84 mereka.

Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina. Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina.

Semua fakta di atas menunjukkan bahawa politik Malaysia sejak dari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan imigran, adalah bersifat perkauman (komunalisme). Abdullah Dahana (2002) menyifatkan politik komunalisme begitu kaku sehinggakan kehidupan politik dibentuk mengikut garisan etnik.

Selain daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British, sikap lunak orang Melayu terhadap orang lain dan kepandaian orang lain mengekspoitasikan orang Melayu turut menyumbang kepada masalah kaum sehingga ke hari ini.

Dengan kebijaksanaan penjajah dan imigran ini juga, negara ini diberikan kemerdekaan dengan bersyarat iaitu mereka mesti sanggup berkongsi kuasa dan ekonomi (Ling Liong Sik 1995). Setelah penjajah meninggalkan Tanah Melayu, yakni setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, politik perkauman menjadi semakin meruncing.

Kemuncak kepada pertubuhan Cina dalam memperjuangkan dasar perkauman mereka berlaku dalam tahun 1958, apabila wujud satu kumpulan baru dalam MCA yang mencabar kewibawaan pemimpin mereka.

Kumpulan ini diketuai oleh Lim Chong Eu yang tidak berpuashati dengan kepemimpinan Tan Cheng Lock yang dikatakan gagal menjaga kebajikan dan kepentingan orang Cina. Isu perkauman ini telah digunakan oleh Lim Chong Eu untuk mengalahkan Tan Cheng Lock dalam pertandingan merebut jawatan presiden MCA.

Lim Chong Eu begitu hebat mengkritik Dasar Pelajaran Kebangsaan. Mereka mendesak kerajaan supaya menerima bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi negara (Haris Md Jadi 1990).

Keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultansultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum.

Lee Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri (Siasah 2006). Lee Kuan Yew secara terang-terang menolak hak istimewa orang Melayu. “Mengikut Sejarah” katanya, “orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Ja’afar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum 65 perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka”.

Pendek kata, Lee Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan kepulauan Melayu (Comber 2007). Kenyataan Lee Kuan Yew ini terus mempengaruhi bukan Melayu pada hari ini.

Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang bukan Melayu. Ini bermakna, seolaholah bukan Melayu menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan bukan Melayu sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik mereka. Pendek kata, peranan agen sejarah sememangnya meninggalkan impak yang besar ke atas sosialisasi politik orang Melayu dan bukan Melayu, apatah lagi apabila dilihat dari persepsi yang berbeza-beza.

Bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Douglas (1967), pengaruh sejarah memang tidak dapat dipisahkan dalam proses sosialisasi politik. Sejarah telah mewujudkan masalah perkauman sehingga kini. Ratnam (1967) dan Abdullah Dahana (2002) merujuk masalah ini sebagai politik komunalisme.

Ia telah meninggalkan kesan yang negatif ke atas beberapa perkara.

Pertama, tidak wujud kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai bahasa, tradisi, agama dan budaya hidup masing-masing.

Kedua, tidak wujud kesatuan wilayah kerana kebanyakan orang Melayu tertumpu di kawasan pantai timur dan utara yang kurang maju, sedangkan orang Cina hidup kawasan pantai barat yang lebih maju. Ini menjadikan orang Melayu cemburu dengan kemajuan yang dicapai oleh orang Cina.

 Ketiga, tiadanya keserataan dalam pemusatan kekuatan ekonomi dan politik. Kuasa politik berada di tangan orang Melayu, sementara ekonomi didominasi oleh orang Cina. Ketidakseimbangan ekonomi ini menjadikan keadaan bertambah buruk.

Keempat, masalah status orang Melayu.

Orang bukan Melayu menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara. Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.

Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.

Ketidakpuasan hati orang Cina disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salah faham dan Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia:

Perspektif Sejarah… 66 Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84 kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia. Inilah persepsi yang rata-rata berlaku antara kedua-dua kaum terbesar di Malaysia yang menjadi subjek kajian. Persepsi ini semakin menonjol apabila agen-agen sosialisasi politik yang lain turut mempengaruhi mereka seperti keluarga dan pendidikan yang diperolehi

Selanjutnya : http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v2n12010/makalah-v2n1-n4.pdf

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s