Agihan Wang Zakat Oleh FELDA Bernilai RM23.1 Juta Kepada Negeri


Oleh rmf

22_01

Rakyat Malaysia acap kali telah disajikan dengan pelbagai fitnah yang melibatkan kepenting Melayu dalam negara ini. Apa juga kepentingan yang menjana pendapatan untuk memajukan ekonomi oarang Melayu sudah pastinya akan mendapat tentangan dari mereka yang tidak mahu melihat  syarikat dan agensi yang berteraskan Melayu berkembang.

Begitu juga yang dihadapi oleh FGV , sejak penubuhannya  FGV telah diserang bertali arus dengan fitnah fitnah yang luar kotak pemikiran. Paling menghairankan ialah  fitnah ini datangnya dari bangsa Melayu sendiri  yang mempunyai kepentingan dalam politik.

Bukan itu saja, FGV telah banyak menelan segala tuduhan yang tidak berasas dalam usaha pihak yang tidak bertanggungjawab  menjatuhkannya. Pelibatan FGV disenaraikan dalam barisan  di bursa saham juga telah mendatangkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka.

22 Jun – FELDA telah mengagihkan zakat berjumlah RM 23.1 Juta kepada negeri-negeri yang menjadi pusat operasi perniagaan mereka. Penyerahan wang zakat ini adalah hasil keuntungan yang diagihkan dan dibersihkan mengikut apa yang di tuntut dalam agama Islam.

Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak kepada Menteri-Menteri Besar setiap negeri, Ketua Menteri dan wakil pusat bagi 14 buah negeri dimana FELDA beroperasi..,

Penagihan  wang zakat ini sekali gus telah menjawab semua tohmahan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap FGV.  Sebelum ini FGV dikatakan bangkrup dalam urusniaga yang telah dijalankan dan ianya merugikan peneroka.

Pengeluaran wang zakat ini sekali gus telah menunjukkan bahawa  nilai harta dan keuntungan  perniaagaan diagihkan. Mana mungkin sebuah syarikat yang mengalami kerugian dan tiada  nilai harta yang banyak mampu mengeluarkan wang zakat.

Disini , sekalung tahniah diucapkan kepada FGV yang mana mampu mengeluarkan wang zakat untuk dfiagihkan kepada peneroka dan seterusnya akan terus bergerak maju seiring dengan  agenda kerajaan melalui FELDA untuk menaiktaraf kehidupan peneroka dan bergiat dalam  urusniaga yang lebih global lagi.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s