Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu–Krai dan Pembukaan Penuh Ipoh–Padang Besar dan Seremban–Gemas


Oleh rmf

KTM

Sehubungan dengan menjelangnya Hari Raya, Sistem pengangkutan awam darat telah menjadi pilihan utama rakyat  Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing masing.

Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota dan luar Bandar sebagai penghubung utama.

Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat

Sehubungan itu, satu kenyataan akhbar telah dibuat oleh SPAD bagi membuka laluan ke Pantai Timur  dan Pantai Barat melalui jalan keretapi.

26 Jun, 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum  kenyataan media daripada KTMB baru-baru ini mengenai pengoperasian semula  perkhidmatan keretapi antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Krai serta pembukaan  landasan Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas.

Walaupun cadangan KTMB untuk memulakan perkhidmatan tersebut menjelang perayaan  Hari Raya Aidilfitri dialu-alukan oleh SPAD, namun faktor keselamatan penumpang tidak boleh diabaikan.

Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang dan Kemubu-KraiKTMB telah dibentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai cadangan kerja  baikpulih landasan di antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Krai untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap yang selamat bagi penggunaan dan operasi keretapi

Sejurus itu KTMB merancang untuk memulakan operasi secara separa bagi laluan yang kritikal di jajaran Pantai Timur sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah kawalan yang ketat akan diutamakan. Ini merangkumi kerja-kerja seperti pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baru.

Manakala kerja-kerja pembaikan secara keseluruhannya di sepanjang koridor yang terjejas teruk akibat banjir akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan serta persediaan untuk operasi secara separa dibuat dengan rapi, KTMB perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan SPAD sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Dengan itu KTMB telah diarahkan oleh SPAD untuk mengemukakan semula permohonan tersebut setelah kerja-kerja pemulihan dilaksanakan berserta dokumen sokongan dan pengesahan perunding bebas bahawa keadaan landasan telah diperiksa dan selamat untuk pembukaan semula.

Untuk pembukaan semula landasan Pantai Timur, SPAD sedang bekerjasama dengan KTMB bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan penumpang terjamin. Di masa yang sama keputusan pembukaan mestilah telus supaya penumpang dapat menggunakan perkhidmatan keretapi dengan penuh yakin.

Memandangkan jajaran di Pantai Timur telah teruk dilanda banjir pada akhir tahun lepas, keadaan landasan, cerun dan stesen terlibat adalah tidak selamat digunakan. Lebih-lebih lagi dimana selipar kayu digunakan. SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan bagi mengenalpasti tahap keselamatan jajaran Pantai Timur.

Antara isu-isu yang  dititikberatkan oleh SPAD adalah faktor keselamatan landasan, semboyan, stok kereta, kemudahan-kemudahan di stesen dan keselesaan.

SPAD ingin menegaskan di sini bahawa pembukaan jajaran Pantai Timur akan diputuskan  setelah dokumentasi serta pengesahan perunding bebas dikemukakan dan diterima oleh  SPAD. Laporan tersebut hanya boleh dikemukakan kepada SPAD selepas kerja-kerja  pemulihan selesai.

Buat masa ini KTMB masih belum mengesahkan bahawa kerja-kerja  pemulihan telah selesai. Pengesahan tersebut adalah kritikal kerana ia akan mengesahkan  yang jajaran adalah selamat untuk operasi.

Perkhidmatan Ipoh-Padang Besar dan Seremban Gemas SPAD juga mengambil maklum bahawa KTMB juga telah mengemukakan cadangan  pengoperasian sektor Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas yang telah siap.

SPAD sedang bekerjasama dengan KTMB di dalam memastikan tahap keselamatan dan keselesaan terjamin secara telus bagi memberikan keyakinan kepada penumpang.

Sejurus itu, SPAD telah memeriksa landasan Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas bagi mengenalpasti tahap keselamatan dan keselesaan bagi jajaran-jajaran tersebut; ini termasuk aspek keadaan landasan, semboyan, stok kereta, kemudahan-kemudahan di stesen.

Setakat hari ini, KTMB telah mengemukakan dokumentasi bagi pembukaan penuh sektor  Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas kepada SPAD pada 22 Jun 2015.

Walaupun sektor Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas telah siap untuk pembukaan  penuh, berdasarkan pemantauan SPAD, set keretapi baru masih belum memenuhi syarat- syarat yang telah ditentukan. SPAD dengan itu mengesyorkan kepada KTMB supaya  menggunakan keretapi ETS yang sedia ada bagi operasi tersebut.

Keputusan muktamad akan ditentukan SPAD Oleh itu, keputusan muktamad bagi pembukaan landasan dan perkhidmatan keretapi di  sektor-sektor tersebut akan ditentukan oleh SPAD setelah KTMB memenuhi kesemua  keperluan mandatori yang merangkumi syarat operasi dan keselamatan.

Sebagai operator  yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap  aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s