Awas !!! Jangan Terpengaruh Dengan Agenda Tersembunyi DAP – Tiong Lai


Oleh rmf

download (5)

Ramai  yang mungkin sudah terlupa bahawa DAP melalui master mindnya telah merancang  banyak perkara  didalam negara ini melalui apa yang dinamakan penjajahan terancang dengan menggunakan segala bentuk strategi merangkumi bangsa  itu sendiri- Mereka menggunakan segala kelemahan PAS untuk mencapai matlamatnya.

Didalam gabungan Parti ini adalah majoritinya ialah orang-orang PAS dan PKR yang menolak sistem yang ada sekarang bukan kerana isu isu yang dibangkitkan, akan tetapi kerana  untuk merealisasikan konsep kesamarataan yang selama ini diperjuangkan oleh DAP melalui PAP untuk membolehkan negara ini bertukar pemerintah.

Pas dan DAP kelihtannya bergolak dalam agenda politik masing masing, namun disebalik pergolakn tersebut DAP masih juga memainkan peranannya sebagai parti yang mendominasikan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam hal ini Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesa kerajaan Selangor memulangkan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan..

Menurut Liow, Pakatan sudah tidak layak mengurus negeri Selangor atas sebab mereka sering gagal mencapai kata sepakat dalam apa sahaja hal sesama mereka..

“Mereka gagal wujudkan polisi yang dipersetujui bersama untuk memerintah negara kerana negara ini ada pelbagai jenis kaum maka satu konsensi yang dipersetujui bersama diperlukan” katanya lagi…

Biarpun kita lihat hubungan PAS dan DAP semacam gantung tidak bertali namun ianya tidak akan memisahkan hubungan kedua-dua parti itu….

Tiong Lai berkata DAP sedang cuba mencipta satu lagi Pakatan baru bersama PasMa atas nama PAS yang amal kesederhanaan.

Berkaitan perkara ini, Tiong Lai menasihatkan orang ramai agar jangan sesekali diperdayakan oleh DAP, tiada kesederhanaan dalam PAS, objektif mereka tegap sama iaitu mahu mewujudkan negara Islam di Malaysia..

Tiong Lai berpendapat DAP akan sentiasa menyembunyikan hasrat mereka yang sebenar asalkan mereka dapat kuasa. DAP akan tetap bersama PAS asalkan kehendak politik mereka tercapai..

DAP yang sudah terkenal dengan sikap bermulut manis dan berpura pura menyokong satu satu agenda  sememangnya mempunyai cara untuk memikat hati PAS. Mereka sanggup kemana sahaja demi memberikan kepercayaan bahawa mereka bersama PAS.

Semua ini hanya lah wayang sebelum mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Pelbagai kejadian telah berlaku , namun ianya tidak pernah memberikan pengajaran kepada PAS agar menolak DAP secara terus.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s