Seri Liow Tiong Lai -RM174juta telah dibelanjakanDalam Misi Pencarian MH370


Oleh rmf

Liow-Tiong-Lai_mh370_300

Negara telah dikejutkan dengan tragedi yang mana  negara telah kehilangan pesawat MH370 setahun yang lalu, kesedihan rakyat Malaysia tidak dapatkan diluahkan dengan kata kata hanya Doa dan harapan dimunajatkan kepada Illahi.

Dalam hal ini, kebertanggungjawaban kerajaa Malaysia terhadap rakyatnya ditunjukkan tanpa memikirkan apa tohmahan yang dilemparkan . Misi mencari dari pelbagai negara diteruskan sejak mula kejadian hingga sekarang.

Wang bukan kayu pengukur untuk diukur kepada segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencari MH370. Segala usaha segala kaedah dipergunakan.

Setakat ini Malaysia telah membelanjakan lebih AUD$60 Juta atau RM 174 Juta dalam menjalankan misi mencari dan menyelamat pesawat malang MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu.

Walau apa juga keputusan yang didapati , Malaysia akan terus mencari dan mencari dan terus menambah dan membesarkan zon pencarian sehingga  adanya berita atau objek yang dijumpai  sebagai petanda harapan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia akan teruskan misi pencarian yang mana akan menambah lagi zon pencarian kepada 60,000 kilometer persegi.

Usaha ini telah mendapat persetujuan tiga negara Malaysia, Australia dan China.

Menurut Tiong Lai, “Pasukan mencari dan menyelamat beberapa minggu hadapan akan memberi tumpuan di selatan kawasan pencarian sebelum cuaca buruk dijangka berlaku semasa musim sejuk.

“Pasukan mencari dan menyelamat menghadapi rintangan yang sukar ketika operasi dimana ketika ini mereka berada di kawasan terpencil yang mempunyai ombak dan keadaan cuaca yang buruk yang mempunyai kedalaman 6,000 meter. Ketinggian ombak juga pernah mencatatkan ketinggian sehingga 15 hingg 18 meter.

Kita lihat saja usaha yang dilakukan negara Malaysia, tanpa pernah rasa mengalah kita tetap mencari walaupun tiada tanda-tanda pesawat malang itu dijumpai.

Sebagaimana biasa pembangkang akan mengambil kesempatan bahawa kerajaan tidak  bertanggungjawab dalam hal ini dan sentiasa menuduh kerajaan kita jadi boneka Amerika. Bukan itu sahaja , malah ada yang mempertikaikan penggunaan wang negara untuk misi mencari  MH370.

Untuk memberikan kenyataan sememangnya amat mudah , namun segala usaha yang dilakukan  adalah keperihatinan kerajaan terhadap rakyatnya.

Menteri Pengangkutan, beliau tetap menaruh harapan suatu masa nanti pesawat malang tersebut akan ditemui.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s