Sekalung Tahniah Kepada Tan Sri Syed Hamid Albar Atas Pelanjutan Kontrak Sebagai Pengerusi SPAD


Oleh rmf

79204-spad-chairman-tan-sri-syed-hamid-syed-albar-custom

Agenda mengwujudkan SPAD adalah sebagai pelengkap kepada transfomasi negara yang mana bertujuan untuk menaiktaraf dan mengesan kelemahan kelemahan  yang terdapat dalam sistem pengangkutan awam darat dalam negara ini.

Kerajaan telah mengambil langkah awal ke arah perancangan bersepadu melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Salah satu inisiatif utama SPAD dibawah fungsi dasar dan perancangan ialah memperkenalkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang menyeluruh bagi tempoh 20 tahun.

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (Rancangan Induk Negara) ini bertujuan menyokong usaha Malaysia ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan menyediakan transformasi pengangkutan awam darat berimpak tinggi.

Rancangan tersebut menyediakan strategi yang komprehensif bagi mencapai visi untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai pilihan mobiliti rakyat menjelang tahun 2030.

Kecemerlangan perkhidmatan yang telah ditunjukkan oleh  Tan Sri Syed Hamid Akbar selaku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilanjutkan dua tahun lagi berkuatkuasa 4 Jun lalu.

Pelanjutan perkhidmatan Tan Sri Syed bakal memberi lebih masa kepada beliau untuk meneruskan reformasi penambahbaikan standard sistem pengangkutan awam darat di negara ini.

Dengan berbekalkan idean dan sikap mendengar dan melihat segala teguran yang positif telah melonjak prestasi Tan Sri Syed Hamid Akbar selaku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membangunkan mobiliti yang berkaitan dengan keselesaan  perkhidamatan sistem pengangkutan awam darat.

Seiring dengan pembangunan yang berorientasikan rakyat, tumpuan harus diberikan terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan bagi menambah baik pengalaman penumpang menggunakan pengangkutan awam darat.

Hal ini dapat dimulakan dengan meningkatkan pengawalseliaan terhadap sistem pengangkutan awam darat dan pemanduan yang cekap dan berkesan

Bagi merealisasikan visi untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai pilihan mobiliti rakyat, Tan Sri Syed Hamid Akbar bertanggungjawab  memastikan  pengangkutan awam mestilah selamat dari segi fizikal dan visual.

Dengan mengambil langkah yang mantap dan dapat dilihat untuk mengurangkan kadar kemalangan dan insiden jenayah, hal ini mampu memberikan keyakinan kepada pengguna pengangkutan awam darat.

Dengan melanjutkan kontrak Tan Sri Syed ini dapat meneruskan sebagai Pengerusi SPAD adalah diharapkan  agenda mentransformasikan pengangkutan awam negara ke tahap lebih baik bersesuaian dengan harapan untuk melihat sistem pengfangkutan awam darat standing dengan  negara lain.

Kebanyakan cabaran dan aspirasi pengangkutan awam darat tidak asing kepada Malaysia, sama ada pada peringkat objektif strategik ataupun pada peringkat dasar.

Kebanyakan negara luar menggariskan cabaran dan tema yang hampir sama berkenaan dengan sistem pengangkutan awam darat: kesalinghubungan, mudah diakses, kualiti perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan alam sekitar.

Dalam perkara ini juga, kebanyakan negara luar juga menghadapi masalah dan cabaran yang sama, seperti yang kita hadapi, iaitu memerlukan penyelesaian yang inovatif untuk mengatasi cabaran tersebut.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Tan Sri Syed Hamid Akbar diatas perlanjutan kontrak sebagai Pengerusi SPAD dan akan diharapkan akan terus memacu dan meningkatkan sistem pengangkutan awam darat dengan lebih Efisien lagi dan sejajar dengan harapan negara untuk melihat kemajuan  dalam pengangkutan darat.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s