Wanita MCA Terus Mencari Dana Untuk Mangsa Gempa Bumi di Sabah.


Oleh rmf

prkkajang_chew

Sebagai masyarakat dan sebuah parti politik BN yang mempunyai sifat kemanusiaan , dan dalam mana mana bencana alam yang berlaku MCA sebagai sebuah parti politik yang kini bersemangat baru telah  menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuanibarat hulurkan tangan, ringankan beban. 

Dalam hal yang sedemikian, tragedi bencana gempa bumi di Sabah baru baru ini telah mengerakkan wanita MCA  secara aktifnya  mencari dan dana bantuan yang seharusnya disalurkan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.

Wanita MCA yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie tewlah melancarkan julan barangan untuk mengutip dana  bagi membantu mangsa gempa bumi di Sabah.

1-Chew-Mei-Fun-1024x576

Hasil kutipan tersebut akan disalurkan kepada mangsa yang terlibat bagi mengurangkan beban kesedihan dan sekurangnya mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang datang membantu.

Wanita MCA memang amat peka terhadap permasalahan rakyat lebih-lebih lagi yang sedang ditimpa bencana. Dahulu pun masa banjir teruk di Kelantan, MCA turut memberi khidmat bakti meringankan beban mangsa banjir pantai timur.

MCA telah menghantar sekurang-kurangnya 1,000 tan bekalan makanan dan pakaian kepada mangsa banjir di pantai timur semasa bencana banjir tempoh hari.

Skuad Bantuan Krisis Malaysia (CRSM) MCA akan menubuhkan dana khas bagi membantu mangsa bencana alam di beberapa negara, kata ketuanya Datin Paduka Chew Mei Fun

Beliau berkata kini lebih kurang sembilan negara dilanda bencana alam dan CRSM berasa bertanggungjawab menubuhkan dana itu bagi membantu mangsa.

Berucap pada majlis penyerahan cek bagi membantu mangsa taufan Morakot di Taiwan kepada wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei dan sebuah klinik bergerak kepada CSRM Johor di sini, Chew berkata CRSM telah mengumpul RM170,000 bagi membantu usaha pembangunan semula di Taiwan.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, yang hadir pada majlis itu, mengucapkan tahniah kepada CSRM atas usahanya itu serta berharap skuad berkenaan akan terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ong menyerahkan replika cek berkenaan kepada wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia Victor Tseng dan kunci klinik bergerak itu kepada ketua CSRM Johor Tan Cher Puk.

Dalam misi bantuan ini, Wanita MCA akan menyertai MCA Crisis Relief Squad. Sebarang maklumat untuk menyalurkan bantuan boleh terus menghubungi Sekretariat Wanita MCA di talian 03-22033880…

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataannya telah telah menghubungi Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai dan telah memaklumkan bahawa MCA telah memberi beberapa peruntukan.

“Peruntukan khas dari MCA Crisis Relief Squad telah diumumkan di mana sejumlah RM 30,000 akan diberi kepada SJKC Pai Wen dan sejumlah RM 20,000 akan diberikan kepada rumah agama Hwa Shan Sheng Zu Gong” kata Mei Fun

FB_IMG_1434167330370

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s