Fitnah Saham FGV – Dato’ Ehsanuddin Beri Penjelasan Kedudukan Sebenar


Oleh rmf’

Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid

Fitnah demi fitnah dilemparkan terhadap Felda untuk menakutkan peneroka dan mengharapkan peneroka akan melakukan bantahan dan serangan terhadap FELDA berhubung dengan kejatuhan saham FELDA Clobal Venture (FGV) dalam senarai Bursa Saham.

Kejatuhan harga komoditi dipasaran dunia secara tidak langsung telah menyebabkan kejatuhan saham saham perladangan  bukan sahaja FGV malahan ianya turut dirasai oleh syarikat perladangan yang lain.

Mengapa Felda Global Ventures (FGV) menjadi sasaran pembangkang? Ini adalah kerana FELDA merupakan subuah syarikat milik kerajaan yang mempunyai potensi yang terbaik untuk menjana keuntungan dalam perladangan dan perlu dimanipulasikan untuk menolak sokongan penerola terhadap kerajaan.

Fitnah yang mengatakan bahawa tanah milik peneroka akan tergadai susulan  kejatuhan saham FGV adalah merupakan fitnah yang terlampau dari pihak yang inginkan kejatuhan FELDA terjadi. Sebenarnya Tanah milik mereka (peneroka) tidak akan diusik walaupun seinci jika FGV terus merudum, malah kejatuhan saham FGV kini bukan saja dialami FELDA, tetapi semua syarikat perladangan

Ahli Lembaga Pengarah FELDA, YB. Datuk Noor Ehsanuddin semalam menafikan bahawa Saham milik Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) disingkirkan terus dari senarai Bursa Saham. Beliau menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak berasas daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Ehsanuddin berkata “FGV terkeluar daripada senarai top 30 Indeks Komposit merupakan lumrah dan perkara biasa bagi pemegang saham. FGV masih dalam pasaran utama bursa dan sahamnya akan diniagakan setiap hari seperti biasa. FGV akan berniaga seperti biasa cuma pasaran terkumpul tidak sebesar dahulu. Adalah tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30”

Datuk Ehsanuddin memberi respon tersebut ketika ditemubual selepas mempengerusi mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Pencari Fakta (AIFOCOM) Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi memerangi ancaman Dadah di Kuala Lumpur, selasa lalu.

Menurut Ehsanuddin lagi, terdapat 800 hingga 1000 syarikat yang tersenarai dalam bursa turut alami perkara yang sama tetapi orang tidak ambil pusing.

“Ada syarikat yang berada pada kedudukan nombor 300 tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. FGV walaupun keuntungannya pada penggal kedua jatuh berbanding penggal pertama, ia masih mencatat keuntungan, katanya lagi.

Sekilas pandang kita memikirkan bahawa kenapa FGV menjadi tumpuan pada kejatuhan saham  yang dilaminya- Malahan banyak lagi syarikat perladangan pada masa ini sedang mengalami kejatuhan saham yang teruk, mudah  sahaja jawapannya ini adalah kerana  FELDA adalah milikan Melayu.

mole-Felda-FGV-1

Dalam hal lain , tidak pernah dinyatakan punca kejatuhan saham saham perladangan oleh pihak pembangkang kepada rakyat. Persoalan  yang menjurus kepada jawapan, tetapi mereka hanya melihat nilai saham tersebut.

Sejak 2014, harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah turun secara drastik dan menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas.

Datuk Ehsanuddin yang menurutnya IOI Plantations rugi RM 188 juta, Sarawak Plantation turun sebanyak 98 peratus manakala Genting Plantation turun 48 peratus.

Senarai tersebut telah mencatat penurunan kerana penurunan harga kelapa sawit dipasaran dunia. Mengapakah syrikat syarikat ini tidak disentuh oleh anak. Jawapannya ianya adalah syraikat  BOSS mereka. Tidak perlu digembar gemburkan.

Saham FGV hanya turun dari senarau tangga teratas 30 indek komposit, BUKAN TERKELUAR dari senarai bursa saham.

Sebagai contoh yang terbaik dan mudah  Ahmad tersenarai diantara  5 pelajar terbaik sebelum ini tetapi telah terkeluar dari senarai tersebut, namun dia masih lagi pelajar yang boleh bersekolah  dalam sekolah tersebut.

Tetapi dalam hal FGV, Kejatuhan saham yang dimiliki dan terkeluar dari senarai  teratas 30  telah dikatakan tersingkir dari senarai Bursa Saham. Bukankah ini merupakan niat yang ingin melihat jahanamnya  sebuah GLC yang mana kepunyaan  kerajaan.

Sebagai penjelasan lanjut, Bagi yang ingin mendapatkan ulasan yang lebih terperinci boleh rujuk info di bawah ini :

FAKTA YG PERLU KITA TAHU DULU

  • Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) merupakan syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2012 dan tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Saham Malaysia Securities.
  • Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.
  • Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses penukaran syarikat yang telah tersenarai dengan syarikat dalam senarai menunggu.
  • Proses penukaran syarikat dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.

SITUASI SEMASA SAHAM FGV

  • Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI  dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015.
  • Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu.
  • Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 50 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.

PUNCA KEJATUHAN SAHAM

  • Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan.
  • Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.
  • Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.
  • Kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.

DAKWAAN TERKELUAR DARIPADA BURSA MALAYSIA

  • Jika FGV tidak lagi tersenarai dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI ini bukan bermakna FGV akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia.
  • FGV masih tetap berada dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dan sahamnya akan diniagakan setiap hari sama seperti ketika masih berada dalam senarai indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI.
  • Perniagaan FGV juga akan  beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan situasi berkenaan.

SAHAM FGV MASA HADAPAN

  • FGV akan terus mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan di peringkat domestik dan juga antarabangsa bagi mengembalikan keyakinan pelabur kepada saham syarikat.
  • FGV melihat kejatuhan harga sawit hanya bersifat sementara dan yakin kaunter-kaunter saham berasaskan komoditi sawit akan kembali menarik perhatian apabila harga komoditi berkenaan kembali naik.
  • FGV telah melaksanakan transformasi perniagaan untuk mencapai kemampanan operasi jangka panjang dengan mempelbagaikan operasi perniagaan yang menyumbang kepada keuntungan kumpulan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sektor ladang.
  • FGV juga sedang melaksanakan proses penanaman semula secara agresif bagi mencapai sasaran portfolio umur pokok kepada 60 peratus matang, 20 peratus muda dan 20 peratus tua menjelang tahun 2020, sekali gus menjadikan ladang FGV antara yang terbaik di pasaran.
  • Selain itu, FGV juga telah memperkenalkan model perniagaan baharu yang mampu menjana perolehan lebih tinggi, mengamalkan program pengurangan kos di peringkat operasi dan juga menstrukturkan  semula anak-anak syarikat menerusi penggabungan dan penjualan syarikat yang bukan teras serta tidak memberi pulangan.
  • FGV yakin menjelang 2020, progam transformasi syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan kembali menjadi tarikan sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam senarai syarikat yang mempunyai modal pasaran tertinggi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s