SPAD Lancar 20 Buah Bas GoKL  Yang Mesra OKU dan Warga Emas


Oleh rmf

image

SISTEM pengangkutan yang mantap merupakan salah satu infrastruktur paling penting dalam kehidupan warga kota Kuala Lumpur. Ini kerana, kesibukan dan kesesakan lalu-lintas sememangnya rencah hidup yang tak pernah padam dalam kamus kehidupan warganya

Dari masa kesemasa SPAD telah merangka  strategi sitem pengangkutan awam darat agar lebih selesa dan efiesen perkhidmatannya dan memberikan keselesaan kepada penumpang.

Mana mana negara di dunia pasti akan mementingkan sistem pangangkutan , ini adalah kerana sistem pengangkutan darat merupakan nadi kepada pergerakan ekonomi  negara selain udara dan laut.

Tanggungjawab yang berat dipikul oleh SPAD bagi memastikan sistem pengangkutan darat dapat memenuhi dan seiring dengan kemajuan negara. Bukan itu sahaja ianya merupakan harapan Perdana Menteri  kepada SPAD untuk memstikan setiap permasalahan yang berkaitan pengangkutan awam dapat di pertingkatkan.

Atas faktor itulah, kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar mewujudkan inisiatif perkhidmatan bas bandar percuma GO-KL di bawah seliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Baru baru ini perlancaran 20 bas GoKL telah dilakukan. Perlancaran bas Go KL ini sekali gus telah memberikan  satu sistem pengakutan yang serba lengkap dan mesra OKU.

Warga kota sekarang boleh menikmati pengangkutan  yang lebih baik dengan pengenalan 20 bas GoKL baharu oleh SPAD yang berupaya  memberikan mod pengangkutan yang selesa pada masa puncak.

Bas baharu GoKL ini menggantikan bas telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan  Merah daripada 1 Mei, 2015. Bas baharu tersebut dilengkapi dengan internet WiFi,  tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU.

Bas yang mematuhi piawai NGV EURO 5 mempunyai kapasiti bagi 65 penumpang.  Bagi meningkatkan tahap keselamatan, setiap bas baharu dilengkapi 4 kamera CCTV,  sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem  penjejakan GPS.

Perkhidmatan bas GoKL telah diperkenalkan pada 2012 dengan dua laluan (Hijau dan  Ungu) yang beroperasi sepanjang laluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang.   Ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan laluan Biru dan Merah pada  2014.

Perkhidmatan laluan Merah adalah dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke KL  Sentral dan mempunyai 21 hentian. Sementara laluan Biru bermula dari Terminal  Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang dan mempunyai 20 hentian.

“Ini secara terus meningkatkan lagi kawasan perkhidmatan GoKL bagi memberikan  ketersambungan kilometer pertama dan akhir kerana adanya 70 hentian sepanjang  laluan-laluan GoKL. Ini termasuk stesen-stesen LRT dan KTM Komuter di dalam bandar dan menjadi sebahagian daripada integrasi sistem pengangkutan awam.

Sehingga kini, Kerajaan, melalui SPAD, telah melabur RM28.4 juta bagi  pengoperasian perkhidmatan bas GoKL. Perkhidmatan bas percuma GoKL diadakan  sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli  belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat.

Dianggarkan  27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian GoKL dan dengan 20 bas  baharu ini, SPAD berharap jumlah penumpang akan terus meningkat” tambah En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD.

Sempena pengenalan bas baharu tersebut, SPAD juga mengumumkan peraduan  #GoKLNow bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan bas percuma GoKL.

Maklumat tambahan mengenai peraduan (dari 1 Jun sehingga 26 Jun 2015) tersebut  boleh didapati di laman Facebook SPAD (facebook.com/SPAD.my).

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s