Penyokong PR Kena Tipu -Helah Undi Popular Pembangkang


Oleh rmf

download

Terdapat dua kaedah undian yang digunapakai di dalam pilihanraya iaitu kiraan “undi popular” (popular vote) dan “undi parlimen” (electoral vote).

Ketika menggulung perbahasan dalam Kongres Nasional PKR pada 25 Mei 2013, Ketua Pembangkang berulang-kali menyebut tentang peratusan jumlah undi keseluruhan bagi kawasan-kawasan Parlimen yang diperolehi oleh pakatan pembangkang melebihi jumlah undi Barisan Nasional.

Penjumlahan sedemikian ditakrifkan oleh pakatan pembangkang sebagai “undi popular” walaupun takrifan sebenar untuk kaedah kiraan sedemikian ialah “undi popular mutlak” atau direct popular vote.

Akan tetapi, sistem yang digunapakai di Malaysia adalah sistem “undi parlimen” atau electoral vote.  Kemenangan wakil sesebuah parti politik yang di sesuatu kawasan parlimen dikira memberi 1 kerusi/undi kepada parti politik tersebut dalam parlimen.  Terdapat 222 kawasan parlimen di Malaysia, bermakna terdapat 222 kerusi/undi yang akan menentukan pihak yang layak membentuk kerajaan.

Dalam Pilihanraya Umum ke-13, Barisan Nasional memenangi 133 kerusi/undi di Parlimen sementara pakatan pembangkang mendapat 89 kerusi/undi.

Justeru, Barisan Nasional layak untuk membentuk kerajaan berdasarkan sistem pilihanraya yang sah dengan kiraan kemenangan 133-89.

Dengan sistem undian yang sedia ada, tidak ada asas untuk membangkitkan soal “undi popular mutlak”.  Di Parlimen Arau misalnya, saya memberi undi kepada Dato’ Seri Shahidan Kassim dan tidak kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.  Pertimbangan undi saya tidak berkait secara langsung dengan siapa sahaja individu yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya.

Kalau sistem undi popular mutlak hendak diambil kira, perlu ada satu kertas undi berasingan yang menyenaraikan calon-calon yang menawarkan diri untuk jawatan Perdana Menteri; dan disitu akan ada pertimbangan khusus sama ada seseorang pengundi itu mahu mengundi Dato’ Seri Najib atau sesiapa sahaja calon lain.  Jika ini berlaku, maka kaedah kiraan “undi popular mutlak” bolehlah digunapakai.  Akan tetapi, kenapa perkara ini tidak langsung disebutkan dalam tuntutan Bersih 3.0?

Kaedah penjumlahan undi secara langsung (direct popular vote) untuk memilih ketua kerajaan sebagaimana yang dimomokkan oleh pembangkang hanya digunapakai dalam pilihanraya Presiden di Perancis, Russia, Ireland dan beberapa negara Afrika.

Bagi negara Perancis misalnya, keputusan akhir pilihanraya pada 6 Mei 2012 menunjukkan François Hollande mendapat 18,000,668 undi (51.64%) untuk menjadi Presiden berbanding Nicolas Sarkozy yang hanya mendapat 16,860,685 undi (48.36%).

Inilah cara kiraan yang selalu disebut pembangkang selepas kalah Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, dan tidak pernah disebut sebelum daripada itu.

Di Amerika Syarikat, pemilihan Presiden tidak ditentukan dengan kaedah direct popular vote sebaliknya menggunakan kaedah electoral vote (undi senat/perwakilan/parlimen atau pelbagai nama panggilan lain).

Pemilihan Presiden ditentukan oleh 538 perwakilan/undi (438 perwakilan kawasan dan 100 Senator negeri).  Keputusan akhir pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat pada 6 November 2012 mengishtiharkan kemenangan Barrack Obama yang mendapat 332 undi berbanding pencabarnya, Mitt Romney, yang mendapat 206 undi.  Nampaknya, Amerika Syarikat pun tidak mengikut kaedah yang dimomokkan oleh pembangkang.

Dalam sejarah Amerika Syarikat, terdapat 4 kali pilihanraya Presiden yang mana kiraan penjumlahan undi secara langsung (direct popular vote) tidak memihak kepada Presiden iaitu pada tahun 1824 (John Quincy Adams – Presiden ke-6), 1876 (Rutherford B. Hayes – Presiden ke-19), 1888 (Benjamin Harrison – Presiden ke-23), dan 2000 (George W. Bush – Presiden ke-42).

Dalam semua pilihanraya tersebut, pertikaian “undi popular” oleh pihak yang kalah ditentukan dengan undian dan sokongan di peringkat perwakilan (electoral vote); atau dalam konteks negara kita, ahli-ahli Parlimen mengundi untuk memilih ketua mereka.  Jadi, Anwar bolehlah mencadangkan  ahli-ahli Parlimen mengundi siapa yang mereka mahukan sebagai Perdana Menteri tanpa menghasut kekacauan politik di jalanan.

Perlu difahami, terdapat perbezaan besar diantara pilihanraya Presiden dan pemilihan Perdana Menteri.  Negara-negara yang mempunyai sistem parlimen diketuai oleh sama ada Presiden atau Raja Monarki.

Di mana-mana negara berparlimen yang diketuai oleh Raja Monarki, Perdana Menteri dipilih melalui sokongan ahli-ahli Parlimen yang telah menang di kawasan masing-masing.

Ini bermakna, sekiranya Dato’ Seri Najib tewas di Parlimen Pekan, beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri walaupun BN menang 2/3 di Parlimen atau BN memperolehi direct popular vote yang lebih dari pembangkang.

Tidak ada negara berparlimen yang diketuai oleh sistem Raja Monarki yang menggunapakai kaedah direct popular vote dalam penentuan jawatan Perdana Menteri.

Helah “undi popular” yang dinyanyikan pakatan pembangkang adalah penafian yang jelas terhadap institusi Raja Berperlembagaan dan politiking jalanan yang dilancarkan pembangkang lebih menjurus kepada penghinaan terhadap Sistem Raja Berpelembagaan yang telah mengesahkan perlantikan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal yang berikutnya.

Sepatutnya kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang menghina dan mempertikai keputusan yang telah dipersetujui oleh institusi Raja Berperlembagaan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s