FELDA Tanggung 30% Bayaran PTPTN Untuk Anak Anak Peneroka Ke Menara Gading


Oleh rmf

FELDA tanggung 30 peratus bayaran pinjaman PTPTN

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah mengambil langkah yang amat bermakna dan dinantikan oleh seluruh masyrakat FELDA dan meningkatkan  tanggungjawab FELDA  kepada generasi muda dalam  pendidikan .

Dengan secara  rasminya FELDA akan menaja 30% daripada jumlah pinjaman PTPTN yang diambil oleh anak FELDA untuk melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading.

Langkah ini adalah untuk memastikan  setiap anak FELDA menikmati kemajuan dan keperihatinan FELDA dan membina satu kelompok generasi yang berilmu dan mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.

Langkah murni yang diambil oleh FELDA ini sejajar dengan misi dan visi penubuhan FELDA iaitu untuk membantu golongan bumiputera.  Setapak demi setapak FELDA menongkah  cabaran dan memastikan setiap generasi menikmati hasil bersama dalam apa bentuk sekali pun.

Umum ketahui bahawa harga kos sara hidup semakin meningkat dan oleh itu, menyedari bahawa rakyat memerlukan bantuan tabung PTPTN diwujudkan. Tabung ini adalah bagi membantu anak Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran tetapi mempunyai masalah kewangan.

 Susulan daripada kewujudan PTPTN, ramai anak Bumiputera yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti sekaligus meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga masing-masing.

Berpandangan jauh dan melihat kepentingan pelajaran FELDA telah menyumbang sebanyak 30%  dalam bentuk bantuan diberikan ini sedikit sebanyak adalah sumbangan FELDA kepada peneroka dan anak-anak peneroka.

Bantuan ini adalah mengenag jasa  peneroka atas usaha murni dan gigih yang diambil untuk menjayakan tanah-tanah yang dibangunkan dan  sekaligus memberi pulangan yang memberangsangkan kepada peneroka dan FELDA.

FELDA sebagaimana kita ketahui telah difitnah dari pelbagai sudut oleh pihak yang ingin  mengambil peluang yang terbentang luas dalam FELDA,Namun apa juga usaha yang dilakukan  para peneroka tidak pernah melupakan  bagaimana pahit amungnya untuk membina legasi FELDA yang gah sekarang ini.

Kini semua peneroka dan anak anak FELDA sedang menuai hasil  keringat yang dahulu  basah membangunkan FELDA, Semua anak FELDA yang mendapat pinjaman PTPTN mulai 1 Januari 2014 (tarikh surat tawaran PTPTN) di universiti terpilih.

Pengecualian diskaun ini diberikan kepada anak FELDA merupakan satu inisiatif FELDA dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka. Sebelum diskaun 30% ini diumumkan,.

Jemaah Menteri pada 5 September 2012 telah bersetuju menanggung sebahagian daripada kos pengajian anak-anak warga FELDA melalui surat bertarikh 13 Mac 2014 telah bersetuju untuk menanggung 30% daripada keseluruhan pinjaman PTPTN anak Felda yang berjaya menamatkan pengajian.

Sesungguhnya dengan inisiatif ini telah mematahkan fitnah yang dilemparkan terhadap FELDA yang mana rata rata dikatakan FELDA telah menjadi bangkrup. Kebenaran terserlah FELDA terus memberikan  sumbangan dan perhatian khusus terhadap peneroka dan anak peneroka demi masa depan FELDA yang cemerlang.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s