Pertama Di Asia Tenggara  Bas Rapid Transit  Diperkenalkan Di Malaysia!@TiongLai @NajibRazak @SPAD


Oleh rmf

IMG-20150601-WA0019

Menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Malaysia merupakan salah satu dari agenda kerajaan bagi memastikan pengangkutan awam darat berada ditahap  yang memuaskan untuk kegunaan rakyat.

Bas Rapid Transit adalah satu sitem pengakutan awam yang menggunakan kaedah mesra alam yang pertama di Asia tenggara. Ianya merupakan pengangkutan awam yang menggunakan kaedah  letrik atau dikenali dengan Bas Elektrik.

Sebentar tadi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan satu lagi kemudahan pengangkutan awam baru di negara ini dan pertama di Asia Tenggara iaitu Perkhidmatan Bas Elektrik, Bas Rapid Transit (BRT)

IMG-20150601-WA0011

Kemudahan dan perkhidmatan baru  ini akan menggunakan laluan khas sepanjang 5.4 KM yang mana melalui kawasan Bandar Sunway dan USJ. Bas Rapit Transit ini dijangkakan akan memberikan kemudahan perkhidmatan kepada hampir 500 ribu oarang  pengguna disekitar kawasan laluannya.

Sebagai menarik minat pengguna perkhidmatan Bas Rapid Transit ini akan beroperasi secara percuma selama dua bulan untuk pengguna menikmati keselesaan yang ditawarkan.

BRT ini akan melalui tujuh buah stesen disepanjang laluannya iaitu Sunway-Setia Jaya,­ Mentari, Lagoon, Sunmed, Sun U-Monash, South Quay dan USJ 7..Kemudahan pengangkutan awam ini telah menelan belanja sebanyak RM634 juta yang mana dijalankan di bawah konsep perkongsian sektor awam dan swasta melibatkan Prasarana dan Sunway Group Berhad.

IMG-20150601-WA0017

Antara keistimewaan yang terdapat dalam perkhidmatan BRT ini ialah mesra orang kurang upaya (OKU) dan ianya menghubungkan pengguna ke kawasan perumahan, premis perniagaan, institusi pendidikan, hospital, pusat beli-belah, stesen Komuter serta Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan landasan khas.

Bukan itu sahaja Bas Rapid Transit ini juga akan memberikan kemudahan lain yang terdapat dalam projek BRT ini nanti  ialah 1,153 ruang letak kenderaan, laluan pejalan kaki, sistem kamera litar tertutup, kios, lif dan kerusi roda untuk OKU.

Dengan terlaksananya Bas Rapid Transit ini, maka sistem pengangkutan awam telah  menapak maju selangkah kehadapan untuk memastikan  peningkatan kualiti perkhidmatan disamping mengurangkan kesesakan lalu lintas dikawasan yang berada disekitarnya.

Perkhidmatan Bas Rapit Taransit ini akan memulakan operasi bermula jam 06:00 pagi hingga  jam 12:00 tengah malam.

Dengan wujudnya sistem pengangkutan ini , maka ker5ajaan Malaysia sebenarnya melihat keperluan keperluan jangka panjang serta melihat keperluan pengguna yang inginkan sesuatu pembangunan yang cukup selesa bagi mengurangkan masalah dalam pengangkutan awam di atasi.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s