Pelarian Rohingya  Tindakan Serius Dari Anggota ASEAN Amat DiPerlukan- Tan Sri Syed Hamid Albar


Oleh rmf

SPAD 2

Malaysia yang merupakan Pengerusi ASEAN 2015 berpendapat isu pelarian etnik Rohingya  harus diselesaikan segera kerana jika tidak, perkara itu bakal memberi tamparan kepada komuniti berkenaan.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2015, sesuatu akan dapat dilakukan untuk mencapai penyelesaian positif dan Myanmar dapat memainkan peranan mereka.

 Malaysia sejak dahulu lagi berpegang kepada prinsip kita tidak mencampuri urusan mana-mana negara tetapi setiap keputusan dibuat (Myanmar) seharusnya tidak mengakibatkan kehilangan nyawa dan menjejaskan imej ASEAN –

Etnik Rohingya kini tidak diterima negara Myanmar berikutan isu pelarian, dan kedua adalah pemerdagangan manusia. Tan Sri Syed menjelaskan bahawa isu ini penting dan sekiranya tidak diatasi, ASEAN akan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Tan Sri Syed menegaskan bahawa, ASEAN tidak boleh pandang remeh isu pelarian Rohingya dan perlu berfikir atas dasar kemanusiaan dan perlu melihat hingga ke akar sebab perkara ini berlaku…

ASEAN perlu bertangggungjawab mengetuai misi bantuan kemanusiaan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku bagi etnik pelarian Rohingya..Tan Sri Syed Hamid berkata,ASEAN jangan lakukan tindakan yang berasaskan perbezaan agama, kaum dan budaya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran pakaian seragam baru kakitangan kaunter Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena ulang tahun pertama pejabat SPAD di Kelana Jaya.

SPAD

Mengulas tentang pelancaran pakaian baru kakitangan Kaunter SPAD, Tan Sri Syed berkata, “Dengan pakaian seragam baharu ini, diharap akan meningkatkan keyakinan pelanggan ketika berurusan dengan SPAD.

“Saya berharap kakitangan kaunter-kaunter SPAD dapat memberikan tumpuan kepada kecemerlangan perkhidmatan dan menunjukkan ciri-ciri mentadbir urus yang baik (good governance)”

Syabas SPAD, satu lagi pembaharuan telah dilakukan untuk keselesaan pelanggan dan rebranding terhadap imej SPAD umumnya..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s