Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang


Oleh rmf

Stesen_keretapi_Gua_Musang

Penutupan landasan tren diantara Gemas  ke Gua Musang oleh SPAD disebabkan kegagalan ciri keselamatan disebabkan berlakunya banjir  tahun lalu  telah menyebabkan terputusnya hubungan  kawasan kawasan pantai timur yang mana rata rata menggunakan perkhidmatan tren sebagai  pengangkutan pilihan.

Arahan SPAD ini akan mengurangkan risiko terhadap aspek keselamatan penumpang dan operasi tren. Susulan daripada arahan ini, KTMB juga dikehendaki untuk melaksanakan dengan segera plan komunikasi menyeluruh serta penjadualan semula perkhidmatan mereka.

Walaupun keputusan ini akan memberi kesan terhadap perjalanan perkhidmatan tren yang disediakan, SPAD selaku pengawal selia pengangkutan awam darat   sentiasa meletakkan aspek keselamatan penumpang sebagai asas utama dalam membuat apa-apa keputusan.

28 Mei, 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum bahawa KTMB telah mengemukakan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu; yang dicadangkan akan bermula pada pertengahan bulan Julai 2015, setelah kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap dijalankan.

SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan yang terperinci pada 21 Mei 2015. Lanjutan itu, KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai kerja baikpulih dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu, untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap selamat bagi penggunaan dan operasi tren.

KTMB dengan itu merancang untuk memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah kawalan yang ketat akan diutamakan. Kerja-kerja pemulihan sementara landasan tersebut merangkumi kerja-kerja seperti pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baru.

Kerja-kerja pembaikan secara keseluruhannya di sepanjang koridor yang terjejas teruk akibat banjir akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan serta persediaan untuk operasi secara separa dibuat dengan rapi, KTMB perlu mematuhi keperluan yang telah ditetapkan Suruhanja

Pengangkutan Awam Darat sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta

Pengangkutan Awam Darat 2010. Sejurus itu KTMB telah diarah oleh SPAD untuk mengemukakan semula permohonan bagi pembukaan separa landasan serta operasi tren tersebut setelah kerja-kerja pemulihan dilaksanakan berserta dokumen sokongan dan pengesahan perunding bebas bahawa keadaan landasan telah diperiksa dan selamat untuk kembali beroperasi.

Oleh itu, tarikh bagi pembukaan landasan dan perkhidmatan tren di sektor Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu akan ditentukan oleh SPAD setelah KTMB memenuhi semua kerja pemulihan sementara landasan tersebut serta syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh SPAD. Sebagai operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s