Plan Laluan Strategik- MAS Beri Tumpuan Laluan Sederhana- Liow


Oleh rmf

MALAYSIA-AIRLINES-7

Meskipun pelbagai usaha penyusunan semula dilaksanakan, setiap daripadanya mempunyai kekangan dari segi struktur atau penetapan-pasaran yang tersendiri, kerugian yang dicatatkan dalam tempoh dua tahun yang lepas amat membimbangkan.

Selaras dengan usaha penyusunan semula MAS yang sememangnya sedang dilaksanakan, maka Kerajaan dan Khazanah telah memulakan usaha pembentukan pelan pemulihan ini yang bermula pada Februari 2014.

Terma Pelan Pemulihan MAS, seperti yang dimandatkan oleh Jemaah Menteri pada Februari 2014 adalah untuk melaksanakan kajian yang komprehensif dan meneliti semua pilihan yang ada buat MAS untuk memahami dan mengatasi segala masalah yang berkaitan struktur MAS.

Dalam tempoh dua dekad, MAS telah berkembang daripada sebuah syarikat yang memiliki hanya sebuah pesawat kepada syarikat yang menerbangkan pesawat terkini serta memberikan pekerjaan kepada 2,400 orang kakitangan.

MAS telah terbang ke lebih daripada 34 destinasi dalam negara dan enam destinasi luar negara. Pada akhir 1990an, rangkaian destinasi MAS telah diperluaskan kepada 68 destinasi antarabangsa termasuk London, Sydney, Los Angeles, Honolulu dan Buenos Aires.

Hari ini, MAS terbang ke 30 destinasi dalam negara dan menghubungkan Malaysia dengan 850 destinasi di 150 negara sebagai ahli pakatan oneworld. Anak syarikatnya, MASWings pula menyediakan perkhidmatan menghubungkan 22 destinasi pedalaman di Sabah dan Sarawak

Mengikut kenyataan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MAS akan mempunyai kelebihan yang kuat untuk penumpang luar terbang ke Kuala Lumpur dan menggunakan ia sebagai transit untuk terbang ke negara lain seperti Australia, China, India dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Thailand.

“MAS boleh memainkan peranan utama untuk transit penumpang, bagi membuat penerbangan ke dalam negara serantau, terutamanya bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh,” kata beliau, selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Jepun Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, Akihiro Ohta di Tokyo, semalam.

Liow berkata, di bawah pelan penyusunan semula MAS, tumpuan akan lebih diberikan kepada laluan jarak sederhana, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu boleh menggunakan keahliannya dalam ‘One World Alliance’ untuk melakukan lebih banyak transit dan perkongsian kod penerbangan.

“Jika MAS memutuskan untuk menghentikan laluan di Eropah misalnya, kita akan menawarkan (penerbangan tersebut) kepada AirAsia X atau Malindo. Tetapi pengurusan MAS yang baru akan membuat kata putus samaada, ada laluan yang dihentikan atau ditambah” katanya lagi.

Tambah Beliau, ini adalah salah satu sebab Malaysia sudah memohon hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Haneda untuk MAS. Mas dalam operasinya kini terbang 10 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, tiga kali dari Kota Kinabalu dan sekali untuk Kanzai di Lapangan Terbang di Osaka .

Liow juga berkata, AirAsia X terbang tujuh kali seminggu ke Haneda, manakala MAS telah meminta kementerian untuk berunding hak pendaratan sejak dua tahun lalu, tetapi pihak Jepun tidak dapat menampung kerana slot mereka penuh.

Mungkin ini perancangan baru bagi MAS mengurangkan penerbangan jarak jauh yang kurang menguntungkan, dan memberi lebih fokus kepada penerbangan jarak dekat bagi membantu syarikat penerbangan itu pulih semula dan kembali membuat keuntungan bagi mengukuhkan semula kedudukan syarikat penerbangan negara.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s