BANGGA TEMAN -Orang Parit Berjaya Berkayak Secara Solo Keliling Semenanjung Malaysia


Oleh rmf

image

Artikel ini saya ambil dari sinar harian  adalah kerana tumpang rasa bangga teman disebabkan naka watan Parit telah berjaya mengelilingi Semenanjung  menggunakan kayak  secara solo.

KOTA BHARU – Seorang bekas tentera yang mengelilingi perairan Semenanjung dengan kayak sejauh 2,200 kilometer sejak 1 April lepas, mengambil masa 52 hari untuk menamatkan misinya itu.
Murad Mohd Kassim, 45, yang tiba di Tambatan Diraja di sini, kira-kira 5.15 petang tadi, disambut 50 pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Baharu serta ahli Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B).
Ketika ditemui pemberita, Murad berkata ia merupakan pengalaman terbaik dalam hidupnya memandangkan kayuhannya pada kali ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Memang misi kali ini amat sukar, persiapan rapi diperlukan dan kalau tiada kepakaran memang sukar untuk menjayakan misi ini,” katanya pada Majlis Sambutan XPDC KE7B Kayak Solo Mengelilingi Semenanjung 2015 di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden KE7B dan Penasihat Kehormat KE7B yang juga Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles.
Murad berkata pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sebelum berjaya menamatkan kayuhannya itu hari ini.
“Ketika sedang berkayak saya pernah dilanda ribut beberapa kali namun itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk teruskan kayuhan,” katanya.
Program kayuhan kayak secara solo itu merupakan antara program yang dirancang kelab tersebut pada tahun ini, selain Ekspedisi Merentasi Kutub Selatan, Ekspedisi KE7B Kayuhan Altitut Tinggi Annapurna dan KE7B Srikandi 7 Benua.
Bekas pesara tentera itu pernah mencatat beberapa kejayaan berkayak secara solo sebelum ini, antaranya ‘Kayak Solo Survivor Down River 24 Hours Chenderoh Dam’ dan ‘Solo Survivor Upstream Teluk Intan-Kuala Kangsar’ sejauh 150 kilometer.
Sementara itu, Akmar Hisham berkata ini merupakan penanda aras buat sukan kayak di negara ini memandangkan pada usia yang agak lanjut, Murad mampu menamatkan misinya itu.
“Saya harap generasi muda akan rasa tercabar dan menyahut cabaran ini…ini juga untuk merangsang golongan muda untuk terus bersukan,” katanya.  – Bernama
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s