SPAD – Langkah Keselamatan Bas Genting Memuaskan


Oleh rmf

images

Tiada kemalangan maut direkodkan di laluan Genting Highlands sejak berlakunya nahas bas yang mengorbankan 37 nyawa pada Ogos tahun lalu.

Menerusi Operasi Bersama khas yang diketuai PDRM bersama agensi-agensi lain sejak berlakunya kemalangan ngeri tersebut, hanya satu kemalangan ringan direkodkan di sepanjang laluan ke pusat peranginan tanah tinggi itu.

Sejak kemalangan bas pada Ogos lalu, jumlah kemalangan yang berlaku di laluan ke Genting Highlands hampir sifar dengan hanya satu sahaja kemalangan yang menyebabkan kecederaan ringan.

Ini merupakan hasil tindakan operasi pencegahan dengan mengadakan sekatan, pemeriksaan alkohol dan dadah, pemeriksaan kenderaan dan terhadap atas pemandu bas di terminal

Operasi Bersama Khas ini melibatkan agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Puspakom, Jabatan Alam Sekitar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Resort World Genting.

Operasi ini menampakkan hasil dan sekurang-kurangnya ia boleh mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap  keselamatan jalanraya dan badan-badan penguatkuasa jalan raya.

Operasi yang dijalankan melibatkan empat lokasi utama iaitu di susur Genting Sempah, susur Gombak Genting dan Batang Kali serta di Terminal Bas Genting.

 Sebanyak 2,668 saman melibatkan kesalahan seperti kesalahan nombor pendaftaran, lampu brek, lesen tamat tempoh, tiada lesen memandu dan tidak memakai tali keledar telah dikeluarkan sepanjang operasi dijalankan.Daripada jumlah saman tersebut, sebanyak 210 saman dikeluarkan terhadap kenderaan jenis bas.

Pada 21 Ogos lalu kemalangan bas yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands yang dinaiki 53 penumpang terjunam ke dalam gaung di KM 3.5 Jalan Genting Highlands yang menyebabkan 37 orang maut.

Kejadian berlaku ketika bas tersebut sedang menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke Kuala Lumpur.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s