PLKN Sediakan Dua Kem Sebagai Penempatan sementara Etnik Rohingya


Oleh rmf

download (1)

Keperihatianan kerajaan Malaysia dama mini bantuan kemanusiaan tidak dapat disangkal lagi, sejak dahulu lagi Malaysia adalah sebuah negara yang  cukup memerikan kerjasama dalam isu perlarian.

Jika satu ketika dahulu , Pulau Bidong telah dijadikan pusat penempatan pelarian Kemboja yang melarikan diri dari kekejaman   yang berlaku di negara mereka. Kerajaan Malaysia menyumbang tenaga dan kemanusiaan dengan memberikan bantuan yang sepatutnya.

Bukan itu sahaja , malah dibeberapa negara juga Malaysia menghantar misi bantuan yang serupa  untuk melahirkan rasa simpati kerajaan Malaysia terhadap derita yang ditanggung oleh  pelarian.

Kini Malaysia menghadapi kemasukan pelarian yang datangnya dari Myamar. Pelarian Rohingya  yang mana telah ditindas dan dinafikan hak mereka dalam negara yang mengamalkan permusuhan etnik.

Kehadiran mereka diperairan untuk mendapat bantuan antarabangsa  , kini telah mendapat perhatian kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia melahirkan rasa simpati dengan menempatkan mereka ini  untuk sementara waktu di  dua buah kem PLKN.

Penempatan sementara mereka  telah disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin dalam akaun twitter miliknya. Dalam pada masa yang sama Datuk Seri Hishammudin tidak mengumumkan lagi kem mana yang bakal digunakan untuk penempatan interim untuk pelarian ini.

Walaupun dikhabarkan Turki akan mengambil pelarian ini, namun kita masih lagi menunggu perkembangan terkini  negara negara ketiga dalam menangani isu pelarian Rohingya ini.

Jika kita imbas semula, Kekejaman dan penindasan terhadap bangsa itu telah berlaku sejak 1942, malah sekarang kerajaan Myan­mar telah memberi pilihan terhadap etnik ini sama ada untuk ditahan di kem tahanan (yang mungkin diseksa, dibunuh, dirogol atau dibiarkan kelaparan) atau menaiki bot untuk meninggalkan negara itu.

Maka mereka tiada pilihan, sebab itu mereka bertindak menaiki bot yang disediakan dan dihanyutkan ke lautan tanpa halu tuju, itu mungkin lebih baik daripada terus menjadi mangsa jenayah genosid

Persoalannya sekarang  mengapa PBB masih berdiam diri dan tidak bertegas sedangkan Myanmar telah melakukan pelbagai kekejaman yang bukan sahaja me­langgar, malah sudah melampaui dengan mencabuli hak asasi manusia menerusi kekejaman yang dilakukan

Sekarang pun sementara PLKN ditangguhkan eloklah kita gunakan bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada yang lebih memerlukan..dunia ini hanya pinjaman sahaja.Kesungguhan Malaysia membantu etnik terbiar ini harus dipuji..negara kita memang terkenal dengan negara yang peka terhadap bantuan kemanusiaan..

Terdahulu, Malaysia dan Indonesia bersetuju menyediakan bantuan kemanusiaan dan menyediakan tempat perlindungan bagi proses penempatan dan penghantaran semula oleh masyarakat antatabangsa dalam masa setahun…

Ketiga-tiga negara Malaysia, Indonesia dan Thailand turut mengesa masyarakat antarabangsa memberi bantuan dari segi sokongan, kewangan, tempat perlindungan sementara dan bantuan kemanusiaan kepada pendatang asing ini…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s