Majlis Belia Felda Negeri Pahang (MBFP) Anjur Program Eksplorasi Berakit


Oleh rmf

3

Sinonim dengan gaya hidup belia masa kini yang gemar melakukan aktiviti lasak, beberapa acara sukan lasak dilihat menjadi tarikan utama

Aktiviti sukan lasak atau lebih dikenali sebagai sukan ekstrem kini bagaikan gelombang yang membawa satu transformasi kepada gaya hidup rakyat Malaysia.

Sejajar  dengan perkembangan anak muda yang mahukan sesuatu yang baru dan mencabar menjadikan aktiviti ini antara pilihan golongan tersebut.

Sukan lasak memerlukan keberanian dan daya tahan fizikal yang tinggi di samping menggambarkan tahap kemampuan pemikiran sesebuah komuniti dan tentunya golongan ini tidak mahu ketinggalan

Sehubung dengan itu diatas kepekaan kehendak semasa anak anak muda  Program Eksplorasi Berakit Sungai Pahang anjuran Majlis Belia Felda Negeri Pahang (MBFP) pada 29 Mei ini bakal menyajikan pelbagai cabaran kepada 450 pesertanya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun berkata, program tiga hari yang disertai majoritinya generasi kedua Felda itu bertujuan memperkasakan peserta selain menghidupkan kembali aktiviti berakit Sungai Pahang.

Para peserta akan berakit bermula dari Kampung Salong, Chini sehingga ke Kampung Kiambang, Ganchong sebelum terus menyusuri sehingga ke Dataran Waterfront Bandar Pekan.

Pemilihan lokasi yang bakal dilalui peserta agak cetek dan ini akan menguji kesabaran, kekuatan mental dan kemahiran peserta dalam mengendalikan rakit mereka untuk sampai ke destinasi. Pemilihan lokasi yang sesuai adalah untuk memberikan cabaran fiziakl dan mental anak muda untuk mengharunginya.

Program seperti ini sedikit sebanyak akan memberi pengalaman berharga kepada generasi kedua Felda terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan aktiviti berkenaan. Disamping itu juga ianya akan melahirkan satu kelopon anak muda yang berjiwa kerntal dan mampu menghadapi kesukaran dan tidak mudah berputuas asa.

Ini merupakan program pertama kali yang diadakan MBFP ini mungkin akan dijadikan acara tahunan sekiranya menerima sambutan hangat daripada semua pihak.

Program eksplorasi ini tidak hanya tertumpu kepada berakit tetapi turut mempunyai pengisian bermanfaat kepada masyarakat setempat seperti program ziarah kasih Dun Chini, Bebar dan Pulau Manis.

Di satu sudut yang lain pula program ini Ia mampu mengeratkan hubungan MBFP dengan masyarakat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan sekali gus membina imej belia Felda dalam komuniti lain

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s